Sunday, April 11, 2010

dimanaka kEBERKATANNYA?




Sejak dua menjak ini, sering berlegar dalam fikiran..dimanakah keberkatannya..saya berharap pembaca termasuk dari kalangan orang yang hanya pada setap perbuatannya semata-mata hanya mencari redha dan keberkatan dariNYA..

Pada waktu kritikal musim peperiksaan ini banyak perkara yang boleh berlaku..samada sedar atau tidak..adakah kita benar-banar jujur dengan diri sendiri..dimanakah keberkatannya sekiranya pada waktu peperiksaan masih sempat berbincang dan meniru. Kadang-kadang hati ini teramat geram dengan tingkah laku sesetengah pelajar antara layak atau tidak bergelar mahasiswa dengan bersahajanya berlaku tidak adil sewaktu menjawab peperiksaan..

Dari pihak diri saya sendiri berasa amat kesal dengan suasana begini. Tidak sedarkah kita yang ilmu yang dituntut ini akhirnya akan ditanya kelak oleh Allah s.w.t. ilmu itu wajib untuk kita tuntut, tetapi perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara. Tidak bimbangkah kita apabila bekerja nanti, ijazah yang digunakan sebagai syarat ini akan kita gunakan untuk kita mencari rezeki di bumi Allah ini.dengan rezeki itulah kita suatu hari nanti akan memberi kepada orang lain..jadi, di sini, dimanakah keberkatannya..bahagiakah kita tanpa redhanya?



Cubalah berpijak di bumi yang nyata, dimanakah kita sekarang? Apakah kita selama-lamanya akan hidup? Adakah dengan segulung ijazah ini akan menjamin kita untuk ke syurga milik Allah. Atau dalam hati langsung tidak berminat untuk memasukinya..nauzubillah..periksa hati kita sekali lagi..

Adakah apabila dikatakan amaran Allah, hati kita tidak tersentuh langsung..ataupun buat-buat tidak endah. .

‘Allah tidak melihat hasil, tetapi Allah menilai usaha kita’

Nah, berusahalah sehabis daya dengan cara yang betul. Jika merasa diri lemah dan tidak mampu, Allah ada untuk mendengar segalanya. Allah ada untuk membantu kita. .siapa kita untuk menentukan yang terbaik untuk diri sendiri melainkan semata-mata melalui ‘iradatnya’.

Moga-moga kita mampu bermuhasabah. .Bukan mahu menyalahkan sesiapa tetapi mahu membuka minda untuk sama-sama kita berfikir dengan sedalam-dalamnya.