Alhamdulillah..syukur tak terhingga
kepada Allah yang masih memberikan nikmat iman dan islam dalam diri. Kadangkala
dalam kesibukan tak sempat nak menghadam semua perkara termasuklah blog
khairamujahidah ini. Kini, Alhamdulillah, moga Allah lebih memberkati masa yang
ada untuk kita bersama sama berkongsi.
Agak terasa sedih juga apabila
teringatkan bahawa semester ini merupakan semester akhir saya bersama sahabat
sahabat yang bakal habis semester hadapan kerana saya akan pergi latihan mengajar
selama satu semester bagi semester hadapan. Terutamanya pada sahabat sahabat
yang pernah bekerjasama dalam kerja-kerja persatuan, sahabat-sahabat muslimat
yang saya kira baru sahaja saya ingin merasai nikmat bersahabat kerana Allah
ini bersama mereka, sahabat-sahabat satu kolej dengan saya dan mereka yang
sentiasa bersama saya. Tak mampu saya ungkapkan kesemuanya. Agaknya, itulah
lumrah kehidupan. Dunia ini hanya tempat persinggahan. Allah beri sahabat
kepada kita untuk bersama hanya seketika, tetapi ALLah kekal bersama selama
lamanya.
Dalam mode study week (projek dan
assignment, usrah) dan final exam terimbau saya kesemua kenangan itu. Terlalu banyak
saya kira, tetapi hidup perlu diteruskan. Walau indah saat dulu, kenangan yang
bakal terukir akan datang mungkin lebih indah. Dahulu semasa berpisah bersama
sahabat-sahabat di utmkl, saya menangis sendiri kerana ukhuwah yang terpasak
terlalu kuat untuk dirungkaikan. Dan saya tidak pasti samada saya akan dapat
merasai nikmat bersahabat seperti itu lagi, tetapi Allah lebih mengetahui, Dia
memberikan saya lebih dari itu.
Dan kehidupan perlu diteruskan. Saya bakal
mengajar di SMK Tun Mamat, Muar. Agak jauh juga dari skudai. Bukan mahu
melarikan diri, tetapi mungkin telah tertulis sejak dulu saya akan kesana. Pelajar
SPH agak ramai, jadi kami perlu compete each other untuk mendapat sekolah yang
terdekat. Alhamdulillah, mujur saya bersama kakak tersayang, merangkap rumate
iaitu Ummu Hazimah yang akan bersama sama saya ke sana. Mulai sekarang sempat
juga saya merisik keadaan sekolah melalui internet. Saya kira sekolah itu bagus
dan saya tiada apa apa masalah untuk ke sana. Mungkin kami akan memohon untuk
menjadi warden. Bila difikir semula, jangan saya kene buli sudah la. Maklumlah,
keadaan fizikal saya yang agak kecil ni memungkinkan orang menganggap bahawa
saya pula yang menjadi pelajar sekolah di sana.
Agak banyak juga anugerah kecemerlangan
yang sekolah ini perolehi antaranya:
2008,
Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Harian Berasrama ( Bandar)
Daerah Muar.
2007,
Anugerah Seri Asrama Terbilang Negeri Johor Kategori Sekolah Menengah).
2007,
Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Harian Berasrama (
Bandar).
2007,
Anugerah Sekolah Terbaik SPM(KAA).
2007,
Lonjakan Saujana Mata Pelajaran Ekonomi Rumah Tangga Dalam SPM.
2006, Anugerah
Sekolah Cemerlang Negeri Johor Kategori Sekolah Harian Biasa (Luar Bandar)
Terbaik PMR.
memandangkan terlalu banyak anugerah yang diperoleh, nampaknya saya perlu meningkatkan potensi diri untuk mampu berada di sana.
ini gambar sekolah..Ini merupakan antara barisan para guru smk Tun Mamat. erk, takut la pulak.
Gambar pengetua sekolah baru smk Tun Mamat. pengetua ni macam islamik. pakai tudung labuh. macan best je. ^_^
Saya akan berada di sekolah ini selama 13 minggu iaitu bermula dari 19 mac sehingga 29 jun. Dan kemudian akan kembali semula ke UTM selama setahun dengan suasana baru....la tahzan innallahama'ana...
doakan ye sahabat sahabat semoga semuanya dipermudahkan..
Biarlah dicampak ke mana manapun, saya tetap ingin menjadi pendidik. saya sedang berusaha mencuri masa untuk menghabiskan buku 'Hebatnya cara Rasulullah mendidik' dan juga 'why men don listen and women can't read maps'..mudah mudahan bahan bacaan ini banyak membantu..insyaAllah..