Monday, April 2, 2012

jangan menunggu mereka berubah melainkan kamu UBAH CARA!




1D/E/F

Hari ini, hasanah pulang dengan mood yang tidak berapa baik. Geram dengan kerenah pelajar tingkatan 1 D/E/F. Hendak menangis pun ada bila difikirkan kembali. Tidak mahu mendengar kata langsung! Apa lagi yang hasanah mampu lakukan selain bersabar. Hasanah  tidak pernah mengalami situasi sebegini semasa di sekolah satu ketika dahulu. Kawan kawannya dulu yang super nakal pun tidak begini. Di sini bagaikan dia mengalami school culture shock! Bagaikan mahu mengalah sahaja untuk tidak masuk ke kelas mereka rasanya. Hasanah  malu dengan guru pembimbing kerana tidak mampu untuk mengawal kelas dengan baik. Entah bila rasa geram ini akan surut. Beberapa kali hasanah beristighfar di dalam kelas tadi. Jika dapat dicubit, hendak saja rasanya dicubit! Kelas yang terdiri daripada semua pelajar lelaki. Hasanah  seorang perempuan mengawalnya! Untuk menyampaikan sepatah ayat pun amatlah susah dan mencabar. ” Ohhh..anak muridku..berapa lama lagi cikgu boleh bertahan dengan keadaan sebegini”, hasanah meruntun rasa.

Positif..positif..positif…pasti ada jalannya..hati memujuk. Solat hajat banyak banyak untuk lembutkan hati mereka lebih-lebih lagi Chinese student. Pernah dulu semasa pertama kali hasanah dan kawan kawan yang lain menjejakkan kaki di sana, seorang guru pernah berpesan, “mengajar bukan mudah, lebih lebih lagi pelajar cina. Senakal nakal pelajar islam, mereka masih boleh mendengar kata kerana mereka ada kalimah ‘bismillah’, insyaAllah.
1 KAB

Hari ini cikgu hasanah pulang ke bilik guru dari kelas 1 KAB dengan perasaan senang hati kerana dapat menyempurnakan amanah yang diberi untuk mengajar mata pelajaran sejarah. Bercerita berkenaan kegemilangan pentadbiran kesultanan Melaka, selain berkenaan dengan sultan melayu, hasanah cuba menyelitkan penerangan dengan cerita sultan Muhammad al fateh iaitu berkenaan  dengan cara kepimpinannya. Alhamdulillah, dia merasa puas pada pagi itu. Mod gembira ^_^

Ironinya, Zaman yang dilalui pelajar pada hari ini jauh berbeza daripada zaman yang telah kita hadapi. Cabaran dan gaya hidup pelajar telah mengalami perubahan sehingga menjadi semakin sukar dan kompleks seiring kemajuan sains dan teknologi. pelajar zaman ini lebih matang dan lebih berani untuk bersuara.

Guru-guru di sekolah sekarang ‘berkerut dahi’ mencari kaedah terbaik berdepan kerenah pelajar nakal atau bermasalah dalam pelajaran. Jadi, kesimpulannya (setelah berfikir lama) bukan hanya tunggu pelajar  ubah diri mereka, tetapi anda sebagai guru perlu ubah cara! Jangan mudah mengalah!
 

Untuk membangkitkan motivasi, Hasanah menjenguk beberapa kisah kisah guru di internet.., owh, mereka sudahpun merasainya. Nah, sekarang giliran AKU untuk merasainya!

 Padan muke, sape suruh nak jadi cikgu!(erk, ni kata kata dari seorang guru lama kepada guru praktikal)
hihi, ambik sebijik...