Sunday, February 13, 2011

HAKIKAT SEBUAH CINTA DAN KEJAYAAN



Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk meneruskan penulisan walaupun ianya tidaklah seberapa. Kali ini saya ingin berkongsi bersama-sama sahabat-sahabat berkenaan dengan ceramah yang saya hadiri pada petang jumaat di MSI bersama sahabat mahasiswi yang lain tetapi isinya sudah saya tambah dan inovasikan..=). Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberi kelapangan masa untuk saya bersama sahabat-sahabat untuk hadir ke majlis ilmu yang mana setiap majlis ilmu itu ada malaikat bersama-sama dengan kita dan moga dengannya, kita mendapat rahmat Allah sentiasa.


Menggapai cita-cita

Masing-masing mempunyai cita-cita tersendiri. Begitu juga dengan saya. Dan setiap cita-cita yang diletakkan pastinya yang dirasakan terbaik untuk diri kita. Dan pastinya setiap orang bercita-cita kea rah kejayaan dan bukannya kegagalan. Hmm..Apa yang kita faham dengan kejayaan? Jika ditanya kepada mahasiswa atau pelajar sekolah pastinya mereka mahu untuk Berjaya di dalam pelajaran. Tetapi adakah hanya itu sahaja kejayaan yang hendak dicapai? Tidakkah ianya terlalu sempit dan sementara.

Saya ingin membawa sahabat-sahabat untuk memahami erti kejayaan itu, dimana kejayaan manusia itu sebenarnya hanyalah dalam agama dengan cara mentaati Allah dan mengamalkan sunnah rasulullah. Diperumpamakan dalam situasi dimana andaikata kita ditakdirkan untuk gagal dalam peperiksaan (nauzubilllah), boleh sahaja kertas itu di ulang semula dan cuba kita bandingkan pula dalam satu situasi dimana sewaktu sudahpun berada di alam kubur, bolehkah kita ulang semula dan meminta untuk dikembalikan hidup untuk memperbaiki amalan kita yang boleh dikatakn tidak seberapa?

Nah saya tinggalkan persoalan ini kepada sahabat-sahabat. Bila sudahpun berada di alam kubur, soalan pertama yang akan ditanya oleh malaikat adalah ‘siapa tuhan kamu?’ dan pa
da waktu itu bukan mulut petah kita yang menjawab tetapi iman kita yang menentukan jawapan yang keluar nanti.



Hakikat cinta

Hakikat cinta itu adalah dengan yakinnya kita dengan kalimah Lailahaillallah muhammadarrasulullah. Saya kira semuanya sedia maklum dan biasa dengan kalimah ini. Sebuah kalimah keramat yang menetukan samadaa manusia itu kelak berada di neraka ataupun syurga. Kalimah inilah yang membuktikan hakikat cinta kita kepada Allah, Jika benar-benar yakin dengan keesaan dan zat Allah. Makanya, Sentiasalah perbaharui iman kita dengan mengucapkan kalimah lailahaillahllah. Cintanya kita kepada Allah dengan cara selalu bercerita mengenai Allah secara berulang-ulang. Seperti seorang kekasih yang selalu menyebut tentang kekasihnya dalam setiap saat hidupnya kepada orang lain. Begitu juga dengan kisah cinta Qais dan Laila dimana qais begitu mencintai laila sehinggakan setiap orang yang dijumpai akan diserahkan hasil tulisannya berkenaan betapa besarnya cintanya kepada Laila. Sedangkan mereka bukanlah pernah berjumpa, Cuma khayalan semata-mata. Begitu juga kisah cinta Rabiatul Adawiyah di mana tahap kecintaannya kepada Allah melebihi segalanya. Setiap detik dan helaan nafas wali Allah ini adalah untuk penciptanya semata-mata. Subhanallah, jika kita Berjaya menjadi seperti itu, iaitu meletakkan hakikat cinta pada yang sepatutnya dengan Meletakkan tahap kecintaan tertinggi kepada Allah.

Saya ingin memetik kata-kata dari seorang ahli sufi ketika majlis ilmu dimana beliau menyebut "Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah." Subhanallah..dari cerita ini, bolehlah kita bermuhasabah dan menilai diri kita ini bagaimana.



Setiap sesuatu itu bermula dengan cinta. Lahirnya kita di dunia ini kerana cinta, terciptanya kita di dunia ini juga adalah kerana cinta Allah pada hambanya. Tanda cinta Allah adalah dengan memberi dan terus memberi. Cumanya manusia itu sahaja yang seringkali lupa untuk bersyukur. Saya teringat kata-kata ustazah dimana dia menganalogikan sebuah nilai cinta itu seperti sebuah pasangan kekasih di mana apabila berada di pasaraya untuk membeli belah, si lelaki akan menawarkan kesediaannya untuk menbayar setiap perbelanjaan semasa mereka berjalan bersama. Tinggal ambil sahaja. Wah!! Bukankah bertuah jika begitu. Sahabat-sahabat, begitulah juga dengan kecintaan Allah kepada kita. Allah memberi walaupun kita tidak meminta dan kadang-kadang Allah tidak memberi apa yang diminta kerana DIa tahu apa yang terbaik untuk kita. Hebat dan kasihnya Allah kan?..kita bagaimana ya? Adakah kita benar-benar bersyukur? Menunaikan segala perintahnya kerana kasihnya kita kepada DIA? Sama-samalah merenung kembali kita ini di mana sebenarnya.




Hakikat sebuah cinta dan kejayaan

Sebuah cinta dan kejayaan. Apa kaitannya? Hmmmm..saya pun sedang berfikir. ..=).hehe.begini..seperti yang saya katakana tadi hakikat sebuah kejayaan itu bilamana kita mentaati Allah dan Rasulnya. Dan sebuah CINTA itu sudah cukup untuk menggerakkan kita ke arah mentaati Allah dan Rasulnya. Oleh itu marilah kita mengenal hakikat sebuah CINTA !!!

No comments: