Penat yang masih
tersisa, ibuku sudah mengajak aku untuk ke Bandar untuk melihat bunga api
malam itu bersama dua orang anak
saudaraku. ‘apalah yang menarik sangat dengan bunga api, hmm, ikutkan sahaja
lah’, bisik hatiku. Semasa perjalanan, jalan agak sesak dan berkali kali kami
pusing Bandar untuk mencari tempat letak kereta. Setelah 3-4 pusingan, barulah
kami menemui tempat yang sesuai untuk meletakkan kereta. Suasana malam ini agak
bising dan ramai orang. Berbeza dengan malam malam lain. Malam ini agak meriah
dengan pelbagai gelagat manusia menyambut tahun baru cina. Al maklumlah, satu
Malaysia katakan. Aku agak tidak senang dengan suasana begini. Berkali kali
terlanggar orang yang tidak dikenali.
Agak meluat melihat
gelagat manusia manusia yang bermacam ragam. Dari anak kecil, remaja, dewasa
dan orang tua. Melihat suasana di situ sahaja membuatkan aku tidak senang.
Melihat tingkahlaku remaja lelaki dan perempuan serta pakaian mereka aku
menjadi sakit mata. Aku hanya menggambarkan perasaanku pada ketika itu dengan
riak muka. Tiada apa yang menarik padaku disitu. Aku mengajak ibuku pulang
sahaja.
Ketika itu juga aku
menggambarkan bahawa bukan mudah untuk aku melihat keluarga yang benar benar
muslim di bumi Pahang ini. Mungkin termasuk keluargaku sendiri. Definasinya
menurut aku. Dan terdetik di dalam pemikiranku mampukah aku memiliki keluarga
sakinah kelak. Ada sedikit bimbang dalam diriku. Moga Allah mengaturkan urusan
hidupku sebaiknya kelak.
Bagaimana anak muda
remaja sekarang adalah bergantung kepada keluarga sebenarnya terutamanya
seorang ibu sebagai ‘ibu madrasah pertama’ di rumah. Ibu madrasah pertama itu
bermaksud ibu sebagai orang pertama dan
utama yang mendidik anak anak sejak dari kecil lagi. Bermula dari dengan cara
memberi susu, cara ibu memandikan, memakaikan baju, memberi makan.. semua ini
adalah baja-baja yang akan membentuk anak itu kelak. Ya, dari sekecil kecil
perkara.
“ Seorang
Ibu adalah sekolah apabila engkau persiapkan dengan baik bererti engkau telah
mempersiapkan generasi yang harum” (Syair Hafizh Ibrahim)
Dalam sejarah islam, orang-orang besar lahir di
bawah bimbingan para Ibu. Seorang Ulama, Hasan Muhammad Abu Al-Walid
an-Naisabari menjadi ulama yang cerdas dan pintar kerana ibunya mendoakannya
saat kehamilannya, “ Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku anak yang pintar.”
Dan dikabulkanlah permintaannya, Imam Bukhari menjadi Ulama dan Pakar
hadith yang berjaya berkat besarnya perhatian ibunya terhadap pendidikannya.
Teringat cerita tentang Abdullah bin Zubair ketika ia masih kecil.
Seperti biasa ia bermain bersama teman-temannya. Tiba-tiba tawa riang mereka
berhenti seketika. Sunyi,senyap. Teman-temannya pergi melihat saidina Umar
melalui jalan tersebut. Anak-anak kecil tersebut jadi takut. Mereka berhamburan
dan berlarian ketakutan. Namun Abdullah bin Zubair tetap diam di tempatnya.
Umar pun tertarik dan datang dekat padanya, “ Mengapa engkau tidak berlari
bersama teman-temanmu?” Tanya Umar penuh kehairanan.“Wahai Amirul Mukminin. Aku tidak berbuat salah,mengapa harus takut
kepadamu? Lagipula jalan kan masih luas,tidak sempit, mengapa aku harus meluaskannya untukmu?” jawab Abdullah.
Mendengar jawapan anam kecil ini, Umar pun kagum atas keberanian dan
keterusterangannya. Benar-benar pemberani.
Siapa di balik keberanian Abdullah ini? Tidak lain adalah Ibunya Asama
binti Abu Bakar. Asma adalah seorang wanita pemberani,putri sahabat nabi, Abu
Bakar ash-Shiddiq.
Saya juga sering
memerhati dimana rata rata manusia manusia yang hebat, apabila kita lihat
kepada ibu bapanya juga manusia yang hebat. Maka tidak hairanlah. Teringat saya semasa mengikuti program khidmat masyarakat anjuran Persatuan Mahasiswa Islam semester baru baru ini. saya mendapat ibu angkat yang sangat saya hormati. Kesemua anak anaknya berjaya pada nilaian saya. melihat ummi (panggilan yang saya gunakan) yang kerap kali menasihati, saya senang hati menjadi pendengar yang setia.
Sekadar gambar hiasan.
Jelas sudah, dari rahim seorang ibulah lahir para pahlawan besar,
dari didikan seorang Ibulah lahir para pejuang, dari bimbingan seorang
ibu lah lahir para ilmuwan-ilmuwan hebat. Dari rumah sang anak
belajar untuk jujur, dari rumah sang anak di didik untuk rajin belajar, dari
rumah lah sang anak di ajarkan untuk cinta pendidikan, dan dari rumah lah sang
anak dibina untuk benci kejahatan.
Dari lingkungan rumahnya sang anak diajarkan untuk jadi seorang
pemimpin, dilatih untuk berfikir kreatif, diajarkan untuk disiplin.
Dari bimbingan seorang ibu sang anak akan rajin membaca Qu’an, dari
sentuhan nasihat ibu lah sang anak akan rajin beribadah, dari
binaan seorang ibulah sang anak belajar menghafal Al-Qur’an.
Jadinya, besarkan
peranan seorang ibu sebagai madrasah pertama bagi anak anak. Lihat sahaja
masalah social yang berlaku sekarang. Maka, kita perlu sedar bahawa ibu sendiri
yang berperanan utama dalam mencorakkan seorang manusia kerana asalnya
anak-anak itu ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang perlu mencorakkannya. Samada
islam atau sekular..wallahua’lam..
sekadar gambar hiasan ^_^
Bahasa diri: aku dan
saya
Saya menulis kerana saya melihat.
2 comments:
maka cemburu lah para suami nanti~
erk..hehe..nak buat mcmne.. ^_^
Post a Comment