Wednesday, January 4, 2012

Aku mencari dimana letaknya “kaf baa ro’ kaf alif taa nunn”




Nikmatnya menghayati lagu segenggam tabah pada petang ini bersama coklet whole nuts..lagu ini selalu saya ulang dengar semasa berada di utmkl dahulu..sangat membawa makna.. Alhamdulillah, dan sekarang  Saya perlu  mengambil mood untuk study kerana baru sahaja tadi selesai paper keusahawanan. Apabila bercerita berkenaan dengan musim peperiksaan, pelbagai cara yang kita sendiri praktikkan antaranya study berselang seli dengan FB, membaca blog dan sebagainya. Ini saya kira trend mahasiswa sekarang untuk mengelakkan mengantuk. Saya masih ingat lagi semasa menghadapi peperiksaan sijil menengah agama semasa sekolah dulu, antara cara yang saya gunakan yang mana sehingga sekarang saya tidak boleh lupa adalah merendam kaki di dalam baldi yang berisi air bersama seorang teman sebilik pada ketika itu. Ini bagi mengelakkan mengantuk. Maklumlah, dahulu perlu menghafal bahasa arab dan pastinya cepat mengantuk. Itu merupakan cerita lama yang membuatkan saya sentiasa tersenyum.

Juga Apabila bercerita berkenaan dengan peperiksaan, saya berminat untuk kita sama sama berkongsi berkenaan dengan keberkatan.

Setiap insan sentiasa mengharapkan keberkatan daripada Allah SWT. Dengan memperolehi ‘barakah’, seseorang itu akan mendapat kebahagiaan, ketenangan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Seorang petani yang memperoleh berkat dalam mencari rezeki dapat menyara keluarganya yang ramai, seorang ulama dapat mengarang beratus kitab walau pun beliau meninggal dunia pada usia muda seperti Imam al-Nawawiy dan sebekas susu dapat diminum oleh sebilangan orang seperti mana yang diriwayatkan dalam kitab Sahih al-Bukhari.
Keberkatan bukanlah diukur dengan kejayaan yang dicapai di dunia semata-mata. Keberkatan ini merangkumi kejayaan di akhirat iaitu mendapat keredaan Allah. Seorang yang mengingkari perintah Allah boleh mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan dengan berusaha dengan gigih dan tekun. Namun dia akan mendapat kemurkaan Allah di akhirat di atas kefasikannya. Allah memberikan kejayaan kepada sesiapa sahaja yang berusaha keras di dunia sebagaimana kita melihat ramai pelajar yang bukan beragama Islam cemerlang dalam pelajaran. Malah lebih cemerlang daripada pelajar muslim. Ini adalah sunnatullah. Kejayaan yang kita impikan ialah kejayaan di dunia dan di akhirat. Inilah‘Barakah’ yang dicita-citakan.

Jadi, disini, bagaimana kita memperoleh keberkatan?

Yang pertama adalah sudah tentulah dengan menjaga hubungan dengan Allah. Iaitu dengan sentiasa menjaga waktu solat di awal waktu. Jangan pernah rasa selesa apabila kita melambat lambatkan waktu solat semata mata ingin menhabiskan 1 bab bacaan contohnya. Kadang kala perkara ini kita sering terlepas pandang. Apabila kita mendahulukan perkara lain selian Allah, maka hilanglah keberkatan di situ. Ini juga termasuk dalam cara bagaimana kita beradab dengan Allah. Imam al-ghazali ada menyatakan bahawa :
“orang yang menyahut seruan azan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjemaah, di akhirat kelak dia akan dijemput oleh Allah dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya”.
 
Selain daripada itu dengan membaca Al-Quran beserta makna, solat sunat rawatib, puasa sunat, solat hajat dan juga berusaha untuk bangun untuk solat tahajud. Jika sebelum ini kita sudah pun mengamalkan semua amalan ini, di saat musim peperiksaan ini perbanyakkan lagi. Banyakkan berdoa supaya Allah memudahkan kita untuk study, memberi kita kekuatan untuk bertahan, memberi kita kemudahan untuk memahami dan mengingati dan mengurniakan keberkatan masa yang kita telah peruntukkan untuk mengulangkaji. Moga  dengan usaha dan kesungguhan yang kita zahirkan kepada Allah ini mampu membuka jalan kemudahan kepada kita untuk menempuh hari hari minggu final exam ini. Sesungguhnya tiadalah kekuatan dan daya melainkan ianya daripada ALLah.

Disamping itu, perlunya untuk menjauhi perkara haram dan sia-sia. Dosa dan maksiat yang dilakukan akan menghilangkan keberkatan dalam hidup. Ilmu adalah sesuatu yang suci. Bagaimanakah sesuatu yang suci akan berada di hati yang kotor?. Antara perkara yang yang perlu dijauhi ialah ‘couple’. Tetapi malangnya begitu ramai pelajar yang terlibat dengannya. Budaya tidak sihat ini amat membimbangkan dan berleluasa di semua peringkat pendidikan. Sehingga mereka ada pasangan dikira normal dan tiada pasangan dianggap pelik. Jangan cuba berjinak-jinak dengan perkara yang dilarang oleh agama ini. Setiap larangan mempunyai beribu hikmah di sebaliknya. 

 
Jadi, Ini adalah antara cara bagaimana kita boleh mendapat keberkatan. Sebenarnya banyak lagi tetapi ini adalah antara yang sangat perlu ditekankan. Saya kira bagi sahabat sahabat yang sentiasa mendambakan redha Allah tiada masalah untuk melaksanakan perkara perkara yang telah disebutkan tadi. berkenaan dengan cara terpulang kepada kita bagaimana asalkan ianya tidak melanggar syariat yang telah ditentukan oleh Allah..wallahua'lam..

sekadar perkongsian yang mana saya juga tidak layak untuk memberi nasihat tetapi jadikan sebagai panduan bersama

No comments: