Tuesday, December 27, 2011

setiap kamu ada nilai di hati saya..

Alhamdulillah..syukur tak terhingga kepada Allah yang masih memberikan nikmat iman dan islam dalam diri. Kadangkala dalam kesibukan tak sempat nak menghadam semua perkara termasuklah blog khairamujahidah ini. Kini, Alhamdulillah, moga Allah lebih memberkati masa yang ada untuk kita bersama sama berkongsi.

Agak terasa sedih juga apabila teringatkan bahawa semester ini merupakan semester akhir saya bersama sahabat sahabat yang bakal habis semester hadapan kerana saya akan pergi latihan mengajar selama satu semester bagi semester hadapan. Terutamanya pada sahabat sahabat yang pernah bekerjasama dalam kerja-kerja persatuan, sahabat-sahabat muslimat yang saya kira baru sahaja saya ingin merasai nikmat bersahabat kerana Allah ini bersama mereka, sahabat-sahabat satu kolej dengan saya dan mereka yang sentiasa bersama saya. Tak mampu saya ungkapkan kesemuanya. Agaknya, itulah lumrah kehidupan. Dunia ini hanya tempat persinggahan. Allah beri sahabat kepada kita untuk bersama hanya seketika, tetapi ALLah kekal bersama selama lamanya.

Dalam mode study week (projek dan assignment, usrah) dan final exam terimbau saya kesemua kenangan itu. Terlalu banyak saya kira, tetapi hidup perlu diteruskan. Walau indah saat dulu, kenangan yang bakal terukir akan datang mungkin lebih indah. Dahulu semasa berpisah bersama sahabat-sahabat di utmkl, saya menangis sendiri kerana ukhuwah yang terpasak terlalu kuat untuk dirungkaikan. Dan saya tidak pasti samada saya akan dapat merasai nikmat bersahabat seperti itu lagi, tetapi Allah lebih mengetahui, Dia memberikan saya lebih dari itu.

Dan kehidupan perlu diteruskan. Saya bakal mengajar di SMK Tun Mamat, Muar. Agak jauh juga dari skudai. Bukan mahu melarikan diri, tetapi mungkin telah tertulis sejak dulu saya akan kesana. Pelajar SPH agak ramai, jadi kami perlu compete each other untuk mendapat sekolah yang terdekat. Alhamdulillah, mujur saya bersama kakak tersayang, merangkap rumate iaitu Ummu Hazimah yang akan bersama sama saya ke sana. Mulai sekarang sempat juga saya merisik keadaan sekolah melalui internet. Saya kira sekolah itu bagus dan saya tiada apa apa masalah untuk ke sana. Mungkin kami akan memohon untuk menjadi warden. Bila difikir semula, jangan saya kene buli sudah la. Maklumlah, keadaan fizikal saya yang agak kecil ni memungkinkan orang menganggap bahawa saya pula yang menjadi pelajar sekolah di sana.

Agak banyak juga anugerah kecemerlangan yang sekolah ini perolehi antaranya:
2008, Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Harian Berasrama ( Bandar) Daerah Muar.
2007, Anugerah Seri Asrama Terbilang Negeri Johor Kategori Sekolah Menengah).
2007, Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Harian Berasrama ( Bandar).
2007, Anugerah Sekolah Terbaik SPM(KAA).
2007, Lonjakan Saujana Mata Pelajaran Ekonomi Rumah Tangga Dalam SPM.
2006, Anugerah Sekolah Cemerlang Negeri Johor Kategori Sekolah Harian Biasa (Luar Bandar) Terbaik PMR.

memandangkan terlalu banyak anugerah yang diperoleh, nampaknya saya perlu meningkatkan potensi diri untuk mampu berada di sana.
                                                         ini gambar sekolah..


             Ini merupakan antara barisan para guru smk Tun Mamat. erk, takut la pulak.


 Gambar pengetua sekolah baru smk Tun Mamat. pengetua ni macam islamik. pakai tudung labuh. macan best je. ^_^

Saya akan berada di sekolah ini selama 13 minggu iaitu bermula dari 19 mac sehingga 29 jun. Dan kemudian akan kembali semula ke UTM selama setahun dengan suasana baru....la tahzan innallahama'ana...

doakan ye sahabat sahabat semoga semuanya dipermudahkan..

Biarlah dicampak ke mana manapun, saya tetap ingin menjadi pendidik. saya sedang berusaha mencuri masa untuk menghabiskan buku 'Hebatnya cara Rasulullah mendidik' dan juga 'why men don listen and women can't read maps'..mudah mudahan bahan bacaan ini banyak membantu..insyaAllah..

1 comment:

Cikgu Zalie said...

selamat berpraktikum cikgu...smg suatu hari nanti menjadi guru yg datangnya sentiasa dinanti...perginya ditangisi...