Tuesday, January 31, 2012

~Ibu Madrasah Pertama~




Penat yang masih tersisa, ibuku sudah mengajak aku untuk ke Bandar untuk melihat bunga api malam  itu bersama dua orang anak saudaraku. ‘apalah yang menarik sangat dengan bunga api, hmm, ikutkan sahaja lah’, bisik hatiku. Semasa perjalanan, jalan agak sesak dan berkali kali kami pusing Bandar untuk mencari tempat letak kereta. Setelah 3-4 pusingan, barulah kami menemui tempat yang sesuai untuk meletakkan kereta. Suasana malam ini agak bising dan ramai orang. Berbeza dengan malam malam lain. Malam ini agak meriah dengan pelbagai gelagat manusia menyambut tahun baru cina. Al maklumlah, satu Malaysia katakan. Aku agak tidak senang dengan suasana begini. Berkali kali terlanggar orang yang tidak dikenali.

Agak meluat melihat gelagat manusia manusia yang bermacam ragam. Dari anak kecil, remaja, dewasa dan orang tua. Melihat suasana di situ sahaja membuatkan aku tidak senang. Melihat tingkahlaku remaja lelaki dan perempuan serta pakaian mereka aku menjadi sakit mata. Aku hanya menggambarkan perasaanku pada ketika itu dengan riak muka. Tiada apa yang menarik padaku disitu. Aku mengajak ibuku pulang sahaja.

Ketika itu juga aku menggambarkan bahawa bukan mudah untuk aku melihat keluarga yang benar benar muslim di bumi Pahang ini. Mungkin termasuk keluargaku sendiri. Definasinya menurut aku. Dan terdetik di dalam pemikiranku mampukah aku memiliki keluarga sakinah kelak. Ada sedikit bimbang dalam diriku. Moga Allah mengaturkan urusan hidupku sebaiknya kelak.

Bagaimana anak muda remaja sekarang adalah bergantung kepada keluarga sebenarnya terutamanya seorang ibu sebagai ‘ibu madrasah pertama’ di rumah. Ibu madrasah pertama itu bermaksud  ibu sebagai orang pertama dan utama yang mendidik anak anak sejak dari kecil lagi. Bermula dari dengan cara memberi susu, cara ibu memandikan, memakaikan baju, memberi makan.. semua ini adalah baja-baja yang akan membentuk anak itu kelak. Ya, dari sekecil kecil perkara.

“ Seorang Ibu adalah sekolah apabila engkau persiapkan dengan baik bererti engkau telah mempersiapkan generasi yang harum” (Syair Hafizh Ibrahim)

  
Dalam sejarah islam, orang-orang besar lahir di bawah bimbingan para Ibu. Seorang Ulama, Hasan Muhammad Abu Al-Walid an-Naisabari menjadi ulama yang cerdas dan pintar kerana ibunya mendoakannya saat kehamilannya, “ Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku anak yang pintar.”  Dan dikabulkanlah  permintaannya, Imam Bukhari menjadi Ulama dan Pakar hadith yang berjaya berkat besarnya perhatian ibunya terhadap pendidikannya.

Teringat cerita tentang Abdullah bin Zubair ketika ia masih kecil. Seperti biasa ia bermain bersama teman-temannya. Tiba-tiba tawa riang mereka berhenti seketika. Sunyi,senyap. Teman-temannya pergi melihat saidina Umar melalui jalan tersebut. Anak-anak kecil tersebut jadi takut. Mereka berhamburan dan berlarian ketakutan. Namun Abdullah bin Zubair tetap diam di tempatnya.

Umar pun tertarik dan datang dekat padanya, “ Mengapa engkau tidak berlari bersama teman-temanmu?” Tanya Umar penuh kehairanan.“Wahai Amirul Mukminin. Aku tidak berbuat salah,mengapa harus takut kepadamu? Lagipula jalan kan masih luas,tidak sempit, mengapa aku harus  meluaskannya untukmu?” jawab Abdullah. Mendengar jawapan anam kecil ini, Umar pun kagum atas keberanian dan keterusterangannya. Benar-benar pemberani.

Siapa di balik keberanian Abdullah ini? Tidak lain adalah Ibunya Asama binti Abu Bakar. Asma adalah seorang wanita pemberani,putri sahabat nabi, Abu Bakar ash-Shiddiq.

Saya  juga sering memerhati dimana rata rata manusia manusia yang hebat, apabila kita lihat kepada ibu bapanya juga manusia yang hebat. Maka tidak hairanlah. Teringat saya semasa mengikuti program khidmat masyarakat anjuran Persatuan Mahasiswa Islam semester baru baru ini. saya mendapat ibu angkat yang sangat saya hormati. Kesemua anak anaknya berjaya pada nilaian saya. melihat ummi (panggilan yang saya gunakan) yang kerap kali menasihati, saya senang hati menjadi pendengar yang setia.

   Sekadar gambar hiasan.

Jelas sudah, dari  rahim seorang ibulah lahir para pahlawan besar, dari didikan seorang Ibulah lahir para pejuang, dari  bimbingan seorang ibu lah lahir para ilmuwan-ilmuwan hebat.   Dari rumah sang anak belajar untuk jujur, dari rumah sang anak di didik untuk rajin belajar, dari rumah lah sang anak di ajarkan untuk cinta pendidikan, dan dari rumah lah sang anak dibina untuk benci kejahatan.
Dari lingkungan rumahnya sang anak  diajarkan untuk jadi seorang pemimpin, dilatih untuk berfikir kreatif, diajarkan untuk  disiplin.  Dari bimbingan seorang ibu sang anak akan rajin membaca Qu’an,  dari sentuhan nasihat  ibu lah sang anak  akan rajin beribadah, dari binaan seorang ibulah sang anak belajar menghafal Al-Qur’an.

Jadinya, besarkan peranan seorang ibu sebagai madrasah pertama bagi anak anak. Lihat sahaja masalah social yang berlaku sekarang. Maka, kita perlu sedar bahawa ibu sendiri yang berperanan utama dalam mencorakkan seorang manusia kerana asalnya anak-anak itu ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang perlu mencorakkannya. Samada islam atau sekular..wallahua’lam..
 sekadar gambar hiasan ^_^

Bahasa diri: aku dan saya
 Saya menulis kerana saya melihat.

2 comments:

nsrisman said...

maka cemburu lah para suami nanti~

Laila_Suria said...

erk..hehe..nak buat mcmne.. ^_^