Monday, October 3, 2011

kasih Mak/ ibu / Ummi / Mama



Alhamdulillah ‘ala kulli haal..hujan pagi ini terus menyirami bumi. Suasana pagi ini sejuk dan selesa. Sangat sesuai sekiranya terus menyambung tidur semalam. Tetapi, aku kuatkan diri untuk tidak tidur semula. Jangan tewas pada nafsu!!! Nak menyemai baja iman itu memerlukan mujahadah yang kuat.

Semalam aku sempat menelefon ibuku di kampung mengatakan yang baju yang dikirimnya sudah aku ambil dari pejabat kolej. Dari minggu lepas dia menanti aku untuk mengambil kiriman posnya itu dan boleh dikatakan setiap hari mak telefon, tetapi baru semalam aku menuntutnya. Baju itu sepatutnya menjadi baju raya aku semasa aidilfitri yang lepas, tetapi, mak tak sempat nak siapkan kerana sibuk menyiakan tempahan baju orang lain. Biasalah bila menjadi anak tukang jahit ni, baju anak-anak mesti tak siap. Ingat lagi semasa aku kecil dahulu, aku akan merajuk sekiranya baju aku dan adik beradik lain tidak siap..bila diingat kembali, kelakar pun ada. Hai, jahilnya diriku ini ketika dulu.

Itulah seorang ibu. Atau aku memanggilnya dengan gelaran mak. Seorang insan yang sangat aku sayang setelah Allah dan RasulNya. Mak bukan sebarang mak, mak ni multitasking. Mak juga ustazah aku semasa kecil. Dia yang mengajar aku mengaji dari huruf alif ba  ta sehinggalah sekarang dengan ilmu yang diberi, aku boleh membaca AL-quran. Semoga pahala itu akan sentiasa mengalir pada mak, Ya Rabb. Mak kata, kalau mengajar kami mengaji, tak boleh manja-manja. Kene marah la selalu dan paling koman pun kene cubit..hehe..tapi, dengan cara tulah aku boleh baca Al-Quran sekarang. Terima kasih mak..

 Setiap kali aku pulang ke rumah semasa cuti, mak sangat gembira. Apa tidaknya, seorang pun anaknya tidak ada dekat dengannya. Cuma cucu-cucnya sahaja menjadi peneman sunyi, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mak ada peneman. Dia akan sibuk membeli ikan, udang, sotong, daging dan lauk-lauk yang sedap-sedap. Sedangkan selama dia berada di rumah, jarang juga makan benda-benda macam tu. Tapi, bila anak-anaknya balik, macam macam dia nak buat. Itulah mak kan!


Aku boleh menghitung kot tidak banyak sangat masa aku bersama mak. Semasa sekolah dulu, aku duduk di asrama. So, cuti sahaja berada di rumah. Selepas tamat sekolah, masuk university. Jauh pula tu. Lagi jaranglah berpeluang pulang ke rumah. Ditambah pula dengan pelbagai program dan aktiviti di universiti. Tapi, sekarang mak dah lali dengan kerenahku. Semasa cuti 4 bulan yang lepas, mak sangat gembira kerana aku ada membantunya di rumah. Yelah, mak kene jaga wan, jaga cucunya lagi dan perlu menyiapkan  baju tempahan. Kalau tak siap nanti orang marah. So, kiranaya aku kerja bawah mak la ni. Tolong jahit leher dan jahit kaki baju je yang aku pandai. Jahit baju tak pandai lagi. Punyalah berazam nak belajar dari mak semasa cuti tu..at last, x sempat belajar juga. Huhu..

Hebatkan mak..mak seorang wanita. Aku juga wanita.  Moga aku mampu menjadi seperti dia. Mak multitasking, tapi anak mak ni ambil pendidikan kemahiran hidup, insyaAllah, berkat doa mak, anak mak yang sorang ni pun mampu berkemahiran  dalam pelbagai perkara, multitasking macam mak..hehe..peace no war =)

Buat anak- anak mak di luar sana, walaupun jarang pulang bersama keluarga, tetapi rajin-rajinlah telefon mereka. Itu cara kita berakhlak dengan mereka.  Dan  sentiasa doakan mereka supaya diberikan hidayah yang berterusan, dipanjangkan umur,  diberi nikmat kesihatan yang berpanjangan dan termasuk dikalangan orang-orang yang beriman, insyaAllah. ‘Mak’ anda bukan hanya mengharapkan anda mendapat segulung ijazah, malahan dia mahu kita kita ni menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.


Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

No comments: