Wednesday, May 6, 2009

Taubat


Assalamualaikum..
Sekadar untuk berkongsi bersama sahabat-sahabat…..sepanjang kita bergelar hamba Allah dan juga khalifah di muka bumi Allah ini, pasti pernah air mata jatuh dari pipi. Tidak kiralah samada seorang lelaki ataupun perempuan. Cumanya,kenapa dan bagaimana sahaja,itu yang berbeza. Mungkin ada yang menangis kerana kecewa,kehilangan sesuatu,diuji dengan dugaan yang tidak mampu rasanya untuk ditanggung dan pelbagai lagi. Tetapi sejauh mana pula kita menangis kerana Allah? Menangis kerana terasa diri telah melakukan dosa dan takut sekiranya Allah tidak mengampunkan kita,bimbang kerana diri sentiasa lalai dalam mengingati Sang Pencipta, juga kadangkala leka untuk mengagungkan ciptaannya dengan berzikir memuji kebesarannya.
Hakikat insan itu pelupa dan sentiasa lupa..
Tahukah sahabat-sahabat, semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Sekarang,cuba nilai diri kita sendiri. Adakah apabila kita terasa melakukan dosa kepada ALLAH, adakah kita masih mempunyai sifat malu pada diri,malu pada Tuhan yang menciptakan diri,adakah kita cepat-cepat bangun dan solat taubat serta beristighfar kepadaNya.,memohon keampunan daripada Allah pencipta jasad kerdil ini??..Sekarang,cuba bandingkan diri kita dengan kisah Nabi Adam tadi..Tidakkah malu rasanya pada diri,rasanya telah banyak kita lakukan dosa dan kekhilafan,tetapi seringkali terlewat untuk memohon ampun kepadanya..Lewat untuk membasahkan bibir dan pipi kerana menyesali akan dosa yang telah dilakukan..
Bersyukurlah sekiranya masih dikurniakan Allah sifat malu ini kerana dengannya akan menjadi benteng untuk kita dari melakukan dosa..sekiranya tiada,na’uzubillah..mohonlah padaNya supaya dilembutkan hati,dikuatkan lagi iman,diberikan kekuatan…Sesungguhnya,Allah itu Maha Pengampun, Maha penyayang dan Pendengar yang Terbaik..

Sifat-sifat ALLAH..Sejauh mana kita menghayati?


Manusia akan jatuh cinta kepada sesuatu atau seseorang yang serasi dengannya. Misalnya orang yang mempunyai hobi yang sama akan suka berdamping dengan individu lain yang sama hobi dengannya. Mereka boleh berbual-bual,bergurau dan bergaul mesra begitu lama atas topik yang sama. Ini tidak berlaku jika mereka bertemu dengan orang yang tidak sehobi dengan mereka. Burung yang sama akan terbang sekawan,begitu kata pujangga. Ahli ilmu serasi bergaul sesama ahli ilmu. Golongan professional sesama professional. Begitulah adatnya,yang saling mengenal akan serasi,yang tidak mengenal akan menjauh.


Hakikat ini juga jika difahami,akan mewajarkan manusia mencintai ALLAH. Sifat-sifat kesempurnaan Allah sebenarnya sangat serasi dengan jiwa manusia. Ketika ditimpa kezaliman misalnya,hati manusia merintih supaya datangnya keadilan..ketika itu sebenarnya manusia telah merintih kapada Allah. Bukankah al-‘Adlu (maha adil) itu sifat nama Allah? Bila miskin,manusia mengharapkan kekayaan..bukankah al-Ghani (maha kaya) itu juga nama sifat Allah? Begitu juga dengan sifat Tuhan yang Maha Pemaaf,Maha Penyayang,Maha Pengasih dan sebagainya. Semuanya dirindui dan dicintai manusia.


Inilah fitrah yang telah diinstall atau built-in oleh Allah s.w.t. dalam diri manusia sejak awal penciptaannya. Namun,semuanya bergantung kepada sejauh mana manusia itu menjaga dan menyuburkannya lagi. Sehingga dengan itu matlamat kita mempelajari Asma’ul Husna (99 nama Allah yang baik) antaranya ialah supaya kita berakhlak dengan sifat-sifat Allah. Sabda Rasulullah s.a.w.:


“Sesungguhnya Allah swt mempunyai 99 nama-seratus kurang satu. Sesiapa sahaja yang menghafalnya (mencontohinya), dia akan masuk syurga.” (Riwayat Bukhari Muslim)


Yang dimaksudkan dengan menghafal ialah menteladani,berakhlak dengan sifat –sifat Allah. Orang yang begini memang layak masuk syurga. Semakin banyak sifat-sifat Allah yang menjadi akhlak kita sehari-hari,semakin dekatlah kita dengan Allah. Dengan kata lain,tanda dekatnya hamba itu kepada Allah,dapat dilihat seberapa banyak sifat-sifat Allah yang dia contohi setiap hari. Itulah tanda taqarrub (akrab) seseorang itu dengan Allah. Semakin dekat dengan Allah,bila semakin banyak sifat-sifat seperti Ar-Rahman,sifat Ar-Rahim-Nya,sifat Ghaffar diamalkan dalam diri. Dia menjadi insan penyayang pengasih,pemaaf dan sebagainya.


Inilah yang dimaksudkan oleh Imam Al-Ghazali dengan katanya, “kita mengusahakan diri supaya diri ‘memakai’ sifat-sifat ketuhanan supaya berilmu,berbuat baik,menanam budi,lemah lembut dalam memberi kebajikan,penyayang kepada manusia ke jalan kebenaran.”
Percayalah,semua ini mendekatkan seorang hamba kepada Allah. Bukan pendekatan tempat tetapi pendekatan melalui sifat!


Jadi,sama-sama kita hitung diri.. sentiasa ingin berusaha kearah kebaikan..insyaALLAH..