Sunday, December 27, 2009

SHARING..


Salam mahabbah buat sahabat-sahabat pembaca blog. Sudah lama rasanya ana tidak mengisi ruangan blog ini tetapi Berjaya juga ana mencuri masa yang sepatutnya untuk ana menulis lagi walaupun tidaklah sehebat mana.

Minggu lepas merupakan minggu yang paling memenatkan dan menggembirakan bagi permulaan semester ini. Apa tidaknya, sebagai pelajar pendidikan kemahiran hidup,bagi semester ini, ana perlu berkebun dan menjahit. Cubalah sahabat –sahabat bayangkan,ana perlu menyiapkan satu baris batas sepanjang 30 kaki dan selebar 3 kaki. Memang agak sukar juga bagi ana yang jarang memegang cangkul. Tapi,tiada apa yang mustahil kerana ianya dapat disiapkan walaupun agak penat dan masih lagi berbekas sakit di tangan.

Tetapi, ana agak gembira kerana disebalik kepayahan, jika kita tidak berputus asa,akan Nampak juga hasil yang kadang-kadang tak terjangka oleh akal kita sendiri. Begitu juga dalam perjuangan. Pelbagai cabaran dan kepayahan yang kita terpaksa tempuhi,tetapi disebalik kepayahan itu dengan berbekalkan kesabaran , Allah telah janjikan hasil yang terbaik untuk kita. Surah as-saff:

“wahai orang-orang yang beriman!mahukah aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?” (10)

“iaitu kamu beriman kepada ALLah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”(11)

“nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dank e tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘And. Itulah kemenangan yang agung”.(12)

“dan (ada lagi)kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat(waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin.” (13)

Secara analoginya, Perjuangan oleh pencinta agama Allah ini ibarat menanam pokok(islam). Perlukan kesabaran untuk menjaganya dari serangan serangga(musuh agama) dan perlulah istiqamah menyiram pokok tersebut sesuai pada waktunya(amalan). Hasilnya,akan terhasillah buah-buah yang mana memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Begitu indah peraturan dunia yang telah Allah tetapkan kepada manusia. Cumanya, terpulang kepada manusia itu sendiri samaada mahu merenung setiap apa yang terjadi. Yang bahayanya,apabila manusia mula mengeluh dengan apa yang menimpa diri. Bimbang apa yang dikeluhkan menjadikan apa yang kita lakukan itu tidak ikhlas. Oleh itu, perlulah berhati-hati dan membuat persiapan rohani supaya setiap apa yang bakal berlaku,kita memandangnya sebagai satu peluang untuk kita merenung dan memperbaiki diri. Percaya atau tidak, melalui pengalaman dan pemerhatian, setiap pengalaman samada kesusahan,kesenangan dan masalah yang ditempuhi menjadikan diri kita lebih matang pemikiran dari orang lain.

p/s; kunci kejayaan : sabar + usaha + penyerahan kepada Allah