Pagi
ini aku melangkah dengan penuh debaran… result SPM bakal menentukan masa
depanku satu masa nanti.. Ya Allah, berkatilah usahaku dan murahkan Rezeki
untukku..perjalanan mengambil masa selama 30 minit untuk ke sekolah. Aku
menaiki bas, seorang! Wah, nampaknya aku adalah di antara orang yang terawal
datang. Masuk sahaja di pejabat, ada dua rakan sekelas yang berada di situ..
Farah dan Fadhilah antara pelajar ‘pandai’ di kelas. Mereka sudah ambil
barangkali. Aku dengan teragak-agak mengambil slip daripada kerani di pejabat.
Pada
ketika itu, tiada satu ayat yang mampu terucap. Agak kecewa juga dengan
keputusan SPM walaupun tidaklah teruk sangat. Walau bagaimanapun, aku tidak
mahu menjadi seorang hamba yang tidak bersyukur. Alhamdulillah, ini hasil
usahaku! Mungkin rasa itu datang kerana melihat farah dan fadhilah mendapat
keputusan terbaik di sekolah. Tahniah!
Aku
mahu masuk universiti! Mesti! Terlalu jauh perjalanan dan terlalu besar cita
cita ketika itu. Aku mahu menjadi akauntan, bisikku. Jadi aku masih ada masa
untuk berusaha untuk itu. semasa mengisi borang UPU, aku agak kurang pasti
dengan apa yang akan aku mohon. Akhirnya UTM yang menjadi pilihan pertama.
Mungkin terpengaruh dengan kak ngah, bekas pelajar UTM juga. Pilihan pada waktu
itu kukira sesedap rasa sahaja.
Mak
pernah kata, mak teringin nak tengok salah seorang anak mak jadi ustazah. Aku
pada ketika itu seboleh bolehnya tidak mahu menjadi ustazah dan berlegar legar
dalam bidang agama. Mungkin sudah malas bercampur dengan hafazan, pakai tudung
labuh! Yang penting, aku mahu keluar dari kepompong budak-budak sekolah agama!
Kurang matang cara aku berfikir ketika itu. Jiwa remaja, huh, aku malu bila
teringat yang aku pernah berfikir begitu.
Sementara
menunggu jawapan, aku meneruskan usahaku dengan solat hajat pada setiap malam
selepas solat isyak. Aku percaya doa mempunyai kuasa yang sangat besar, kerana
Allah lah yang berkuasa memberi rezeki. Dalam tempoh penantian, aku mengenali
seorang sahabat. Ku kira, sahabat ini adalah kurniaan Allah untukku. Jodoh dari
Allah! kami kenal semasa sama sama belajar komputer di Bandar. Sabahatku ini
kekal menjadi sahabat sehingga sekarang. Terlalu banyak lakaran perjalanan yang
kami lalui bersama(cerita in advance)
Result
UPU dah keluar! Aku menjadi antara orang tidak sabar ketika itu. Aku meminta
pertolongan kak ngah untuk melihat keputusan permohonanku melalui internet. Beberapa
ketika, kak Ngah menelefon, aku yang menjawab. Ada berita darinya. Aku diterima
untuk menyambung diploma di UTM kl dalam jurusan perakaunan. Alhamdulillah,
terima kasih ya Allah… terima kasih kak ngah kerana menjadi inspirasi.. terima
kasih mak, abah untuk setiap doa dan pelaburan untuk anak bongsumu yang seorang
ini…
Sudah
ku katakan, tadi, sahabat itu adalah jodoh dari Allah. Aku berjodoh dengannya
lagi, bersama-sama ke UTM kl..satu kursus, satu bilik. Subhanallah, hebat
perancangan Allah, terima kasih kerana berikan dia sebagai salah satu sumber
kekuatanku di sana, sedang ibu bapaku berada jauh. Untuk pengetahuan, aku
bukanlah anak manja, sebaliknya anak bongsu yang berdikari..heheh..
Alhamdulillah,
sebaik kata-kata. Moga aku menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur atas
setiap nikmatMu. Perjalanan, pengalaman terlalu banyak di sana. Aku mengenal
sahabat, usrah dan juga erti menjadi muslim sebenar. Sebuah hidayah dan kasih
sayang Allah yang berterusan walaupun aku pernah mahu lari dari itu. Aku juga
pernah gagal. Aku pernah gagal satu subjek semasa di tahun 3 semester satu. Subjek
killer. Ramai juga rakan rakanku yang
gagal untuk subjek itu. Takdirnya, kami bersama sama mengulang subjek tersebut
pada semester ke dua tahun akhir. Alhamdulillah, tidak perlu menambah satu
semester lagi.
Kita
tidak pernah tahu, siapa kita pada esok hari. Dahulu, cita citaku untuk menjadi
akauntan, sekarang, aku mahu menjadi guru. InsyaAllah aku ikhlas untuk mahu menjadi
pendidik. Terlalu banyak angan anganku yang mahu dibumikan nanti semasa menjadi
guru. Moga Allah memudahkan.
Sebenarnya,
tak tahu mahu menghabiskan cerita ini di mana. Setakat ini sahaja, mungkin. Buat
teman-teman, perjalanan masih jauh. Jadilah sebaik-baik muslim, iaitu muslim
beriman walau apapun jalan yang dipilih. Jika hidayah Allah menyapa, jangan
biarkan ianya berlalu begitu sahaja, kerana kita tidak tahu bila ia akan datang
semula. Semoga pengakhiran di dunia ini berakhir dengan keadaan ‘husnul
khatimah’ iaitu pengakhiran yang baik, insyaAllah…
No comments:
Post a Comment