Pertama kali melihat
tajuk buku ini, saya sangat teruja dan tertarik untuk memilikinya. Sekarang,
dah siap sampul lagi. Sebenarnya, bagaimana kita boleh tertarik dengan sesuatu
adalah disebabkan faktor perjalanan kehidupan kita. Seperti saya, saya amat
tertarik dengan bacaan ini kerana saya sedang berhadapan dengan kanak kanak
yang sedang membesar menjadi remaja di sekolah. Saya juga ada membeli buku ‘cinta
high class’, tetapi saya belum mampu
untuk menghabiskannya mungkin kerana saya bukan dalam kalangan mereka
yang sedang bercinta, berkahwin dan sebagainya.
Ok, berbalik kepada
tajuk buku ini, sahabat kanak-kanak Rasulullah. Saya kira, buku ini sangat -menarik
untuk dibaca oleh semua golongan pembaca. Buku ini mengisahkan :
-Bagaimana
Rasulullah S.a.w hidup dan bergaul dengan kanak-kanak?
-Bagaimana
beliau menerima mereka dikala menghampiri Rasulullah?
-Bagaimana
baginda bergurau dengan mereka?
-Bagaimana
Nabi mengasuh anak-anak tirinya, putera dan puteri ibunda kaum mukmin?
-Bagaimana
baginda mencurahkan kasih dan mendidik putera puteri sahabat
-Bagaimana
baginda membimbing mereka yang mulai meningkat dewasa?
Kebanyakan tokoh-tokoh
hebat seperti Anas ibn malik, Abdullah ibn Zubair, Hasan al- Basri, zaid ibn
Tsabit dan sebagainya kesemuanya bersama-sama Rasulullah semasa zaman kecil
mereka. Mereka dilayan dengan baik oleh Baginda sehinggakan terbentuk pemuda yang hebat apabila dewasanya. Bila direnung
pula dengan cara kita melayan adik, anak saudara, kanak-kanak terdekat kita,
adakah selembut Rasulullah? Tentu sekali tidak bukan.
Dalam membimbing kanak
kanak, Rasulullah adalah contoh terbaik. Dalam satu kisah menceritakan
berkenaan dengan kisah Anas dimana suatu ketika, Nabi menyuruh Anas untuk suatu
keperluan. Ditengah jalan, Anas melihat anak anak sedang bermain. Dia pun
menyertai mereka sehinga melupakan perintah Nabi. Sedang asyik bermain,
tiba-tiba Rasulullah memegang bahunya. Lalu sambil tersenyum, baginda berkata, “Hei
Unais, kerjakanlah perintahku”. Kasih sayang dan kelembutan Rasulullah itu
bukan hanya kepada Anas, tetapi juga kepada seluruh pelayan dan para bekas
hamba sahaya baginda. Anas berkata, “lima belas tahun melayani Nabi, belum
pernah sekalipun Baginda membentak, baik di dalam rumah mahupun di luar rumah. Walau
apa pun yang kulakukan, baginda tidak pernah mengatakan ,”kenapa hasil kerjamu
seperti ini?! Atau “buruk sekali hasil kerjamu!” atau jika aku tidak dapat
melakukannya, baginda tidak pernah mengatakan , ‘kenapa tidak kau buat seperti
ini?!’ Baginda sama sekali tidak pernah mencelaku, termasuk jika aku lambat
melaksanakan perintah. Jika ada salah seorang keluarganya mencelaku, Baginda
akan mengatakan, ‘jangan hiraukan. Jika memang ditakdirkan kau dapat
melakukannya, kau pasti dapat”.
Ini adalah
antara picisan kisah-kisah di dalam buku ini. ada banyak lagi kisah kisah
Rasulullah bersama kanak kanak sehinggalah waktu wafatnya baginda. Saya kira, amat
menarik juga untuk anda baca buku ini. Jika dibandingkan dengan zaman kini,
sangat jauh bezanya dari sudut didikan dan layanan terhadap anak anak.
Baginda s.a.w.
sendiri menegaskan bahwa kedatangannya adalah untuk menyempurnakan akhlak yang
ada pada diri manusia, “Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan
akhlak.” (HR.Ahmad, lihat Ash Shahihah oleh Asy Syaikh al Bani no.45)
Buku ini mengisahkan cerita unik masa kanak-kanak yang lurus dan jernih dalam rangkaian sejarah agung kenabian. Dengan menggambarkan kehidupan Nabi bersama anak anak, buku ini menggambarkan bagaimana ibu bapa ( emm,,bukan ibu bapa sahaja, kita semua) mesti bergaul dan memperlakukan anak anak supaya nanti mereka menjadi peribadi peribadi soleh dan cemerlang di dalam masyarakat.
Akhir kalam, Saya tertarik untuk berkongsi bait kata kata yang diambil dari blog iluvislam:
Kasih sayang tidak memadai
Doa tidak mencukupi
Ilmu keibu-bapaan tidak datang dengan sendiri
Timbalah ia bersungguh-sungguh seikhlas hati
Agar anak menjadi insan yang hebat dan pandai berdikari
Oleh itu, carilah ilmu
agar anda mudah memahami..