Tuesday, October 1, 2013

Ku lihat, hanya Bunga..bunga..bunga...


 Taraaa....inilah hasilnya bila menanam anggur kat rumah...tapi keluar bunga carnation... seriously, saya dah jatuh hati dengan bunga-bunga ni.... bunga carnation ni senang je buat.. yang penting ada kesabaran dan minat yang tinggi... yang paling penting, bunga ni cantik...

 ni banyak warna..

 sebenarnya yang ni tak siap lagi..juz masukkan je dalam pasu dulu..


ni tak tau bunga apa.. main buat je.. terjumpa dalam internet.. then, saya tiru cara die..

emm..boleh buat bisness tak? heee.. setakat ni buat suka suka je.. kalau sahabat2 nak cuba, juz google cara buat bunga carnation dari kertas crepe.. selamat mencuba... ^_^

Wednesday, March 20, 2013

perjalanan selepas Spm...



             


            
           Pagi ini aku melangkah dengan penuh debaran… result SPM bakal menentukan masa depanku satu masa nanti.. Ya Allah, berkatilah usahaku dan murahkan Rezeki untukku..perjalanan mengambil masa selama 30 minit untuk ke sekolah. Aku menaiki bas, seorang! Wah, nampaknya aku adalah di antara orang yang terawal datang. Masuk sahaja di pejabat, ada dua rakan sekelas yang berada di situ.. Farah dan Fadhilah antara pelajar ‘pandai’ di kelas. Mereka sudah ambil barangkali. Aku dengan teragak-agak mengambil slip daripada kerani di pejabat.
           
            Pada ketika itu, tiada satu ayat yang mampu terucap. Agak kecewa juga dengan keputusan SPM walaupun tidaklah teruk sangat. Walau bagaimanapun, aku tidak mahu menjadi seorang hamba yang tidak bersyukur. Alhamdulillah, ini hasil usahaku! Mungkin rasa itu datang kerana melihat farah dan fadhilah mendapat keputusan terbaik di sekolah. Tahniah!
           
            Aku mahu masuk universiti! Mesti! Terlalu jauh perjalanan dan terlalu besar cita cita ketika itu. Aku mahu menjadi akauntan, bisikku. Jadi aku masih ada masa untuk berusaha untuk itu. semasa mengisi borang UPU, aku agak kurang pasti dengan apa yang akan aku mohon. Akhirnya UTM yang menjadi pilihan pertama. Mungkin terpengaruh dengan kak ngah, bekas pelajar UTM juga. Pilihan pada waktu itu kukira sesedap rasa sahaja.
           
            Mak pernah kata, mak teringin nak tengok salah seorang anak mak jadi ustazah. Aku pada ketika itu seboleh bolehnya tidak mahu menjadi ustazah dan berlegar legar dalam bidang agama. Mungkin sudah malas bercampur dengan hafazan, pakai tudung labuh! Yang penting, aku mahu keluar dari kepompong budak-budak sekolah agama! Kurang matang cara aku berfikir ketika itu. Jiwa remaja, huh, aku malu bila teringat yang aku pernah berfikir begitu.
 
           
            Sementara menunggu jawapan, aku meneruskan usahaku dengan solat hajat pada setiap malam selepas solat isyak. Aku percaya doa mempunyai kuasa yang sangat besar, kerana Allah lah yang berkuasa memberi rezeki. Dalam tempoh penantian, aku mengenali seorang sahabat. Ku kira, sahabat ini adalah kurniaan Allah untukku. Jodoh dari Allah! kami kenal semasa sama sama belajar komputer di Bandar. Sabahatku ini kekal menjadi sahabat sehingga sekarang. Terlalu banyak lakaran perjalanan yang kami lalui bersama(cerita in advance)
           
            Result UPU dah keluar! Aku menjadi antara orang tidak sabar ketika itu. Aku meminta pertolongan kak ngah untuk melihat keputusan permohonanku melalui internet. Beberapa ketika, kak Ngah menelefon, aku yang menjawab. Ada berita darinya. Aku diterima untuk menyambung diploma di UTM kl dalam jurusan perakaunan. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah… terima kasih kak ngah kerana menjadi inspirasi.. terima kasih mak, abah untuk setiap doa dan pelaburan untuk anak bongsumu yang seorang ini…
           
            Sudah ku katakan, tadi, sahabat itu adalah jodoh dari Allah. Aku berjodoh dengannya lagi, bersama-sama ke UTM kl..satu kursus, satu bilik. Subhanallah, hebat perancangan Allah, terima kasih kerana berikan dia sebagai salah satu sumber kekuatanku di sana, sedang ibu bapaku berada jauh. Untuk pengetahuan, aku bukanlah anak manja, sebaliknya anak bongsu yang berdikari..heheh..

 
            Alhamdulillah, sebaik kata-kata. Moga aku menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap nikmatMu. Perjalanan, pengalaman terlalu banyak di sana. Aku mengenal sahabat, usrah dan juga erti menjadi muslim sebenar. Sebuah hidayah dan kasih sayang Allah yang berterusan walaupun aku pernah mahu lari dari itu. Aku juga pernah gagal. Aku pernah gagal satu subjek semasa di tahun 3 semester satu. Subjek killer. Ramai juga rakan rakanku yang gagal untuk subjek itu. Takdirnya, kami bersama sama mengulang subjek tersebut pada semester ke dua tahun akhir. Alhamdulillah, tidak perlu menambah satu semester lagi. 

            Kita tidak pernah tahu, siapa kita pada esok hari. Dahulu, cita citaku untuk menjadi akauntan, sekarang, aku mahu menjadi guru. InsyaAllah aku ikhlas untuk mahu menjadi pendidik. Terlalu banyak angan anganku yang mahu dibumikan nanti semasa menjadi guru. Moga Allah memudahkan.  

 
            Sebenarnya, tak tahu mahu menghabiskan cerita ini di mana. Setakat ini sahaja, mungkin. Buat teman-teman, perjalanan masih jauh. Jadilah sebaik-baik muslim, iaitu muslim beriman walau apapun jalan yang dipilih. Jika hidayah Allah menyapa, jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja, kerana kita tidak tahu bila ia akan datang semula. Semoga pengakhiran di dunia ini berakhir dengan keadaan ‘husnul khatimah’ iaitu pengakhiran yang baik, insyaAllah…



Tuesday, March 19, 2013

Bercinta dengan Buku!!!




Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..

Saya telah Berjaya menghabiskan RM250 untuk buku-buku ini… Ada beberapa buku yang sudah saya habiskan..yang lain masih dalam senarai menunggu untuk dibaca…

senarai buku:
1. Gua ikut Enta - Riduan Mohamad Nor
2. Aku Bercerita - Ramlee Awang Murshid
3. Surat Ungu untuk Nuha - Noor Suraya
4. Cintaku luruh di oxford - Noor Suraya & imaen
5. Semurni Kasih Adam Seutuh cinta Hawa - Zamri Mohamad
6. Di Hamparan Shamrock - Hasrizal Abdul Jamil
7. 50 Sup Champion Resipi Rasulullah - Web Sutera
8. 12 tokoh pengubah Dunia - Khalid Haddad
9. Bahtera menuju ke syurga - Hilal Ashraf
10. Di Balik tabir kematian - Imam Al-Ghazali
11. Ummi, kenapa wajib tutup aurat? - Ummu Ammar
12 Kek Cawan - Lynn Hassan

Moga saya mampu untuk baca kesemuanya... 
Jalan penceritaan Yang tidak Thiqah,  tak perlu lah diikut ya!!!..

Bagi apa yang baik, dan seterusnya diamalkan, moga pahalanya mengalir untuk penulis penulis ini..

yang pada hakikatnya Allah yang mengilhamkan kepada mereka, dan menggerakkan saya untuk membeli dan membacanya....



wallahua'lam.

Saturday, February 23, 2013

Boleh atau Boleh, InsyaAllah?..



A: Jemput datang ke majlis kami ahad ni ye.
B: owh, tahniah..ok, bereh2..

Atau

A: Jemput datang ke majlis kami ahad ni ye.
B: Alhamdulillah, tahniah..insyaAllah, saya pasti hadir..

Yang mana satu cara percakapan yang kita biasa? ayat berbentuk janji yang kita yakin dapat laksanakan atau ayat yang beserta 'insyaAllah iaitu dengan izin Allah, kita boleh lakukan. Cara percakapan begini menggambarkan kerendahan hati kita kepada Allah. Ini adalah kerana kita selaku insan yang lemah, tanpa kudrat dariNya, manakan kita mampu bergerak, berjalan, merancang dan berjaya. Manalah tahu, semasa dalam perjalanan, ada musibah yang menyebabkan kita tidak mampu untuk sampai. Semua itu di dalam kuasa Allah. Manusia merancang, tetapi Allah sebaik2 perancang.

Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 23-24:

"Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi (23) kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: "Mudah mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini" (24).

 Menurut riwayat ayat ini diturunkan sebagai pelajaran kepada Nabi Besar Muhammad s.a.w. Hal ini berlaku ketika mana ada beberapa golongan Quraisy yang datang berjumpa baginda ingin bertanyakan hal berkaitan roh, kisah Ashhabul Kahfi, dan Zulkarnain. Baginda menjawab kepada mereka datanglah esok pagi agar baginda boleh menceritakannya.Walaubagaimanapun, wahyu terlambat turun pada esoknya menyebabkan baginda tidak dapat menceritakannya dan menjawab pertanyaan yang telah dikemukakan. Oleh itu, ayat-ayat ini diturunkan untuk memperingatkan baginda untuk sentiasa mengucapkan kalimah ini bagi membuat sesuatu pada masa akan datang.

 Terdapat suatu kisah di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Qalam yang menerangkan kepentingan kalimah ini. Di dalam surah ini Allah SWT telah menceritakan berkenaan pemilik-pemilik kebun yang telah dimusnahkan kebun mereka oleh Allah SWT. Ini kerana mereka tidak mahu mengeluarkan sedikit hasil kebun mereka untuk orang miskin. Mereka telah bersumpah untuk memetik buah-buahan di kebun-kebun mereka keesokkan harinya tanpa mengucapkan Insya Allah. Tatkala mereka tidur kebun-kebun mereka telah dimusnahkan buah-buahannya oleh Allah SWT. Setelah mereka melihat keesokan harinya kebun-kebun mereka, mereka telah bertaubat dan mengatakan bahawa mereka adalah orang yang tidak dapat menikmati hasil kebun-kebun mereka.

Dari sini dapat dilihat bahawa mereka mempunyai rancangan untuk memetik buah-buahan tetapi tidak menyebut Insya Allah. Oleh itu, Allah SWT telah menggagalkan niat mereka dan telah menyebabkan kerugian kepada mereka. Oleh itu, kita perlu sentiasa menyebut Insya Allah apabila hendak melakukan sesuatu moga-moga Allah SWT memberikan hasil yang kita kehendaki.

Sandarkan Allah dalam setiap perkara, InsyaAllah Allah pasti mudahkan..

Dengan Izin Allah... biiznillah





Sunday, January 6, 2013

Wait, i'm thinking..i'll be Back soon!!!




Berhabuk, bersawang...siapalah penulis blog ni...ish2x
Sepertinya, mahu kembali menulis..
Apa-apapun, doakan saya dan sahabat-sahabat yang sedang menjalani imtihan di UTM dan kampus-kampus lain
Moga beroleh kejayaan..dan kejayaan itu bukanlah semata-mata untuk kepentingan nafsi, tetapi untuk Islam, kerana Allah..
Jangan lupe juga berdoa untuk sahabat Islam kita di palestin, syria, dan negara2 Islam yang lain,
Doa untuk ibu bapa yang menyayangi kita sejak kecil

Moga urusan sahabat-sahabat dipermudahkan, insyaallah
Hanya setakat ini dulu..