Tuesday, July 31, 2012

Jantung dan Hati..



            Hei, aku geram sungguh la dengan cerita ni. Si Bazli tu punya la baik! Kalau aku la, elok dibunuh je si Nadira tu!. Dengan emosi cik Lin memberi ulasannya semasa menonton drama Dejavu gunung Kinabalu. Erk!, aku tak terkata apa-apa. Dalam hati, ‘wah, ganasnya! Cerita je pun’.. kau tak rasa apa-apa ke laila tengok cite ni? Soalan cik Lin  menuju kepadaku. ‘Emm, hehe, tak pun.. kalau saya kat tempat dia, saya redha je..heeee’. aku membalas. Kau ada ‘boyfren’ tak? Tanya cik lin lagi.. dengan pantas aku menidakkan. Emm, patutla..jawab cik Lin yang lebih banyak makan asam garam lebih dulu dari aku.

            Isunya, apa kaitan perubahan tingkahlaku dan perasaan dengan pemindahan jantung yang dilakukan oleh Nadira? Isu ini dilontarkan kepada saya dan rakan serumah yang lain. Saya hanya menjawab sedikit berkenaan dengan jantung dan hati berdasarkan pembacaan melalui majalah solusi yang lalu iaitu berkenaan salah faham ta’rifan jantung dan hati. Tarjemahan maksud qalbu/heart yang difahami sebelum ini sebenarnya adalah salah. Kelaziman bukan bermakna betul, manakala membetulkan sesuatu yang lazim bukanlah suatu perkara mudah.

            Berkenaan dengan sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”. Mengapakah Nabi s.a.w menyebut ‘hati’ tidak menyebut jantung sedangkan jantung adalah organ terpenting dan penentu dalam tubuh manusia.

            Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim itu, Nabi s.a.w tidak pernah menyebut ‘hati’, sebaliknya menyebut al-qalb iaitu jantung. Adapun hati dalam bahasa Arab disebut kabid. Namun, malangnya dalam bahasa Melayu jantung selalu diterjemah sebagai hati. Sedangkan bahasa Inggeris menterjemah dengan betul iaitu ‘heart’ yang bermaksud jantung.

Qalb dan Qulub

            Al-Quran dan Sunnah menggunakan perkataan qalb (jantung) atau qulub (jantung-jantung) sebagai kata jamak atau plural untuk qalb. Sejak dahulu perkataan qalb difahami oleh orang Arab sebagai organ yang tergantung dalam tubuh manusia.

            Dalam kamus rujukan bahasa Arab yang terpenting, iaitu Lisan al-‘Arab, pengarang Ibn Manzur (meninggal 711H) menyatakan: Al-Qalb: segumpal daging dari fuad (jantung) yang tergantung dengan urat besar tempat ia bergantung” (Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab 1/687, Beirut: Dar al-Fikr).

            Disebabkan perkembangan ilmu perubatan, maka dalam kamus Arab moden takrifan lebih terperinci. Dalam al-Mu’jam al-Wasit disebut: “al-Qalb ialah organ berotot dalaman yang menerima darah daripada salur darah dan mengepam ke arteri” (al-Mu’jam al-Wasit, 2/753)
.
            Ini sama dengan maksud jantung dalam Kamus Dewan Bahasa: “Organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan” (Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-3, 519).

            Jantung adalah organ berotot yang menjalankan peranan mengepam darah ke seluruh tubuh manusia (dan sebahagian daripada haiwan), manakala hati penting dalam sistem penghadaman.

            Qalbun’ dan ‘heart’ dalam konteks organ dan anatomi tidak dapat disangkal bahawa perlu diterjemahkan sebagai jantung dan bukannya hati. ‘Heart disease had caused his death’ sepatutnya difahami sebagai ‘penyakit jantung telah menyebabkan kematiannya’ dan bukannya ‘penyakit hati telah menyebabkan kematiannya’.



            Perubahan psikologi akibat pemindahan jantung diakui sendiri oleh Claire Sylvia menerusi buku A Change Of Heart - A Memoir (tulisan bersama William Novak) yang diterbitkan pada 1997. Beliau  menerima jantung ‘baru’ pada tahun 1988 sewaktu berusia 47 tahun. Jantung tersebut milik seorang pemuda 18 tahun yang mati akibat kemalangan jalanraya sewaktu menunggang motorsikal.

            Claire, penari profesional dan ibu tunggal mendapati dirinya memiliki beberapa kelakuan dan sifat ‘ganjil’ (berbanding sebelum menerima jantung ‘baru’) yang apabila diselidiki, dimiliki oleh pihak penderma jantung. Sejurus mengalami pembedahan pemidahan jantung, beliau ditemubual. Tidak semena-mena Claire menyuarakan keinginan untuk minum bir, padahal beliau bukanlah peminum bir
sebelumnya

            Selang lima hari, semakin banyak perkara pelik berlaku. Claire mahukanbeberapa makanan yang langsung tidak digemari sebelumnya. Ini termasuklah coklat Snickers, cili besar hijau dan naget ayam Kentucky Fried Chicken. Malah, personality beliau turut berubah.

            Ujar Claire, “Saya menjadi semakin maskulin. Semakin agresif dan asertif…” Pada suatu hari, anak gadis beliau, Amara menegur, “Kenapa ibu berjalan begitu (macam gaya lelaki berjalan)?” Beliau juga sudah tidak minatkan lelaki sebagaimana sebelumnya, sebaliknya minatkan seorang wanita berambut blonde!

            Selain itu, kisah yang berkaitan dengan jantung juga di mana tubuh seorang gadis bukan Islam tidak dapat menerima jantung milik seorang budak lelaki, pelajar sekolah tahfiz al-Quran yang mati akibat kemalangan jalanraya. Ada pandangan yang mengatakan bahawa jantung turut menyimpan memori lantaran sebahagian daripada darah pernah melewati otak dan turut menyalin kod memori.

 Wallahua’lam. Maha suci Allah yang maha mengetahui lagi maha Bijaksana.. 
 Jika ingin lebih memahami, boleh baca tulisan blog yang lain...

Sumber rujukan:


Monday, July 16, 2012

Let pictures talk - Warming up Ramadhan


Tengah loading Ramadhan..Lagi beberapa hari lagi kita akan berada di bulan Ramadhan.. teruja x? jom tengok beberpa wallpaper yang mungkin boleh membantu top up amal nak hadapi Ramadhan ni..





 Semasa menghadapi Ramadhan..


 Moga menjadi muslim terbaik di sisi Allah



Lastly, Happy Puasa..Do our best!!!

Saturday, June 30, 2012

life is easy but sometimes it is complicated..




Dari melihat alam dan penghuninya kita mampu belajar sesuatu. Manusia bukan statik. Analogi seperti roda terkadang di bawah, terkadang berada di atas. Orang yang muda tidak selamanya muda. Muda juga bukan jaminan untuk hidup lebih lama. Melihat kehidupan kita pun sudah cukup untuk membuatkan kita untuk berfikir. Saya melihat anak saudara yang dahulunya kecil, dan sekarang sudah mula membesar, jiran-jiran sebaya mak dan abah yang dahulunya  banyak melakukan aktiviti bersama sekarang sudah mula ada garis kedut pada wajah mereka. Masing masing mempunyai masalah kesihatan tersendiri. Melihat juga rakan sepermainan saya semasa kecil dahulu kini sudah pun berumahtangga kerana sudah sampai masa mereka.

Inilah kehidupan, dahulunya kita tidak bersedia untuk menghadapi sesuatu akhirnya kita telah pun melaluinya.  Sempat juga saya membelek akhbar berkenaan kampus bertajuk peguam muda. Mereka menyertai sesi perbicaraan. Saya tertanya di dalam diri, bersediakah mereka? Kemudian saya tersedar dan bertanya pada diri, bersediakah aku untuk menjadi guru tidak lama lagi. Mungkin juga kerana saya ragu ragu dengan kemampuan diri. Tetapi, untuk setiap perkara  bersedia ataupun tidak,  kita tetap akan menghadapinya. Baru sahaja selesai Latihan Mengajar setelah 13 minggu. Jika dulu, agak sedikit takut takut, tetapi saya telah pun berjaya  menghadapinya.

Setiap hari, usia bertambah. Jika muda sekarang, beberapa tahun akan datang kita semakin menjangkau usia. Menjadi golongan tua menggantikan ibu bapa kita. Individu di sekeliling kita juga mungkin akan berubah. Jika kini kita bersama ramai teman, akan datang kita melalui hari hari tanpa mereka kerana setiap individu mempunyai impian  sendiri untuk dilakar. Proses belajar, bekerja, berumahtangga, melalui hari2 tua dan akhirnya bertemu yang Esa. Singkat hidup ini sebenarnya. Seolah olah ianya tempat kita bercucuk tanam dan hasilnya akan dikira kelak di alam timbangan.

Ya, akhirnya kita akan kembali kepada yang Esa. .

Allah menjadikan alam dan penghuninya untuk kita berfikir..kerana Allah menciptakannya bukan sia sia..

Di mana saya? Di mana anda?

” Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.” [ Al- Mulk 67: 2]

Sunday, May 20, 2012

Sahabat kanak-kanak Rasulullah...



Pertama kali melihat tajuk buku ini, saya sangat teruja dan tertarik untuk memilikinya. Sekarang, dah siap sampul lagi. Sebenarnya, bagaimana kita boleh tertarik dengan sesuatu adalah disebabkan faktor perjalanan kehidupan kita. Seperti saya, saya amat tertarik dengan bacaan ini kerana saya sedang berhadapan dengan kanak kanak yang sedang membesar menjadi remaja di sekolah. Saya juga ada membeli buku ‘cinta high class’, tetapi saya belum mampu  untuk menghabiskannya mungkin kerana saya bukan dalam kalangan mereka yang sedang bercinta, berkahwin dan sebagainya.

Ok, berbalik kepada tajuk buku ini, sahabat kanak-kanak Rasulullah. Saya kira, buku ini sangat -menarik untuk dibaca oleh semua golongan pembaca. Buku ini mengisahkan :
 
-Bagaimana Rasulullah S.a.w hidup dan bergaul dengan kanak-kanak?
-Bagaimana beliau menerima mereka dikala menghampiri Rasulullah?
-Bagaimana baginda bergurau dengan mereka?
-Bagaimana Nabi mengasuh anak-anak tirinya, putera dan puteri ibunda kaum mukmin?
-Bagaimana baginda mencurahkan kasih dan mendidik putera puteri sahabat
-Bagaimana baginda membimbing mereka yang mulai meningkat dewasa?
 
Kebanyakan tokoh-tokoh hebat seperti Anas ibn malik, Abdullah ibn Zubair, Hasan al- Basri, zaid ibn Tsabit dan sebagainya kesemuanya bersama-sama Rasulullah semasa zaman kecil mereka. Mereka dilayan dengan baik oleh Baginda sehinggakan terbentuk  pemuda yang hebat apabila dewasanya. Bila direnung pula dengan cara kita melayan adik, anak saudara, kanak-kanak terdekat kita, adakah selembut Rasulullah? Tentu sekali tidak bukan.

Dalam membimbing kanak kanak, Rasulullah adalah contoh terbaik. Dalam satu kisah menceritakan berkenaan dengan kisah Anas dimana suatu ketika, Nabi menyuruh Anas untuk suatu keperluan. Ditengah jalan, Anas melihat anak anak sedang bermain. Dia pun menyertai mereka sehinga melupakan perintah Nabi. Sedang asyik bermain, tiba-tiba Rasulullah memegang bahunya. Lalu sambil tersenyum, baginda berkata, “Hei Unais, kerjakanlah perintahku”. Kasih sayang dan kelembutan Rasulullah itu bukan hanya kepada Anas, tetapi juga kepada seluruh pelayan dan para bekas hamba sahaya baginda. Anas berkata, “lima belas tahun melayani Nabi, belum pernah sekalipun Baginda membentak, baik di dalam rumah mahupun di luar rumah. Walau apa pun yang kulakukan, baginda tidak pernah mengatakan ,”kenapa hasil kerjamu seperti ini?! Atau “buruk sekali hasil kerjamu!” atau jika aku tidak dapat melakukannya, baginda tidak pernah mengatakan , ‘kenapa tidak kau buat seperti ini?!’ Baginda sama sekali tidak pernah mencelaku, termasuk jika aku lambat melaksanakan perintah. Jika ada salah seorang keluarganya mencelaku, Baginda akan mengatakan, ‘jangan hiraukan. Jika memang ditakdirkan kau dapat melakukannya, kau pasti dapat”.
Ini adalah antara picisan kisah-kisah di dalam buku ini. ada banyak lagi kisah kisah Rasulullah bersama kanak kanak sehinggalah waktu wafatnya baginda. Saya kira, amat menarik juga untuk anda baca buku ini. Jika dibandingkan dengan zaman kini, sangat jauh bezanya dari sudut didikan dan layanan terhadap anak anak. 

Baginda s.a.w. sendiri menegaskan bahwa kedatangannya adalah untuk menyempurnakan akhlak yang ada pada diri manusia, “Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak.” (HR.Ahmad, lihat Ash Shahihah oleh Asy Syaikh al Bani no.45)

 Buku ini mengisahkan cerita unik masa kanak-kanak yang lurus dan jernih dalam rangkaian sejarah agung kenabian. Dengan menggambarkan kehidupan Nabi bersama anak anak, buku ini menggambarkan bagaimana ibu bapa ( emm,,bukan ibu  bapa sahaja, kita semua) mesti bergaul dan memperlakukan anak anak supaya nanti mereka menjadi peribadi peribadi soleh dan cemerlang di dalam masyarakat.

Akhir kalam, Saya tertarik untuk berkongsi bait kata kata yang diambil dari blog iluvislam:

Kasih sayang tidak memadai
Doa tidak mencukupi
Ilmu keibu-bapaan tidak datang dengan sendiri
Timbalah ia bersungguh-sungguh seikhlas hati
Agar anak menjadi insan yang hebat dan pandai berdikari

Oleh itu, carilah ilmu agar anda mudah memahami..

Monday, April 2, 2012

jangan menunggu mereka berubah melainkan kamu UBAH CARA!




1D/E/F

Hari ini, hasanah pulang dengan mood yang tidak berapa baik. Geram dengan kerenah pelajar tingkatan 1 D/E/F. Hendak menangis pun ada bila difikirkan kembali. Tidak mahu mendengar kata langsung! Apa lagi yang hasanah mampu lakukan selain bersabar. Hasanah  tidak pernah mengalami situasi sebegini semasa di sekolah satu ketika dahulu. Kawan kawannya dulu yang super nakal pun tidak begini. Di sini bagaikan dia mengalami school culture shock! Bagaikan mahu mengalah sahaja untuk tidak masuk ke kelas mereka rasanya. Hasanah  malu dengan guru pembimbing kerana tidak mampu untuk mengawal kelas dengan baik. Entah bila rasa geram ini akan surut. Beberapa kali hasanah beristighfar di dalam kelas tadi. Jika dapat dicubit, hendak saja rasanya dicubit! Kelas yang terdiri daripada semua pelajar lelaki. Hasanah  seorang perempuan mengawalnya! Untuk menyampaikan sepatah ayat pun amatlah susah dan mencabar. ” Ohhh..anak muridku..berapa lama lagi cikgu boleh bertahan dengan keadaan sebegini”, hasanah meruntun rasa.

Positif..positif..positif…pasti ada jalannya..hati memujuk. Solat hajat banyak banyak untuk lembutkan hati mereka lebih-lebih lagi Chinese student. Pernah dulu semasa pertama kali hasanah dan kawan kawan yang lain menjejakkan kaki di sana, seorang guru pernah berpesan, “mengajar bukan mudah, lebih lebih lagi pelajar cina. Senakal nakal pelajar islam, mereka masih boleh mendengar kata kerana mereka ada kalimah ‘bismillah’, insyaAllah.
1 KAB

Hari ini cikgu hasanah pulang ke bilik guru dari kelas 1 KAB dengan perasaan senang hati kerana dapat menyempurnakan amanah yang diberi untuk mengajar mata pelajaran sejarah. Bercerita berkenaan kegemilangan pentadbiran kesultanan Melaka, selain berkenaan dengan sultan melayu, hasanah cuba menyelitkan penerangan dengan cerita sultan Muhammad al fateh iaitu berkenaan  dengan cara kepimpinannya. Alhamdulillah, dia merasa puas pada pagi itu. Mod gembira ^_^

Ironinya, Zaman yang dilalui pelajar pada hari ini jauh berbeza daripada zaman yang telah kita hadapi. Cabaran dan gaya hidup pelajar telah mengalami perubahan sehingga menjadi semakin sukar dan kompleks seiring kemajuan sains dan teknologi. pelajar zaman ini lebih matang dan lebih berani untuk bersuara.

Guru-guru di sekolah sekarang ‘berkerut dahi’ mencari kaedah terbaik berdepan kerenah pelajar nakal atau bermasalah dalam pelajaran. Jadi, kesimpulannya (setelah berfikir lama) bukan hanya tunggu pelajar  ubah diri mereka, tetapi anda sebagai guru perlu ubah cara! Jangan mudah mengalah!
 

Untuk membangkitkan motivasi, Hasanah menjenguk beberapa kisah kisah guru di internet.., owh, mereka sudahpun merasainya. Nah, sekarang giliran AKU untuk merasainya!

 Padan muke, sape suruh nak jadi cikgu!(erk, ni kata kata dari seorang guru lama kepada guru praktikal)
hihi, ambik sebijik...

 

Saturday, March 17, 2012

AKU DAN LM ~CUAK pada 4 pagi~



18 hb, 4 pagi: tuk..tuk..tuk..bunyi pintu hotel diketuk…agak lama juga aku kira dan ketukan semakin kuat..aku melihat jam..4 pagi!!! Sape pulak ketuk pintu ni..ada rasa bimbang dalam hatiku.. aku bangun dan duduk seketika dihujung katil. Hmm..nak buka ke tak nak ni..Ya Allah.. kemudian terdengar dari luar memberitahu jabatan agama islam buat pantauan..dalam hatiku mulai cuak..aku mencapai tudung.. dan memebuka pintu sedikit. Ada beberapa orang lelaki dan seorang perempuan meminta izin untuk melakukan pemeriksaan. Ape pula ni? Dalam hatiku..kemudian seorang ‘kakak’ masuk dan melihat lihat keadaan dalam bilik. Hmm, minta tengok ic? Pinta kakak tersebut. Aku mencari cari ic ku di dalam beg dalam keadaan agak blur, x tahu nak cakap apa.. dari mana?emm, saya dari skudai, baru pindah sini malam tadi, buat masa ni check in hotel satu malam. Selalu ke datang sini? Aku memberanikan diri untuk bertanya. Kakak itu menjawab, tapi aku tidak berapa dengar..disebabkan faktor baru bangun tidur mungkin.  Kemudian kakak itu membuka pintu semula dan kelihatan jelas beberapa orang lain lelaki diluar. Seorang je?tanya mereka, kemudian melihat kasutku dan melihat lihat ke sebalik lansir. Dari mana? Tanya mereka. Hmm, kene ulang balik jawapan ke ni!! Hatiku bermonolog..mereka menyoal siasat.  Dari skudai, saya baru pindah sini. Ada Latihan Mengajar di sini. Aku menjawab. Owh, bakal cikgu la ni!..hmm, aku mengangguk.. dan kemudian mereka beredar begitu sahaja. Emm.. macam tu je? Dalam hatiku. Tak ad budi bahasa sedikitkah?. Minta maaf ke kerana menganggu atau ucapan terima kasih kerana bekerjasama..hmm..ok…………. dan kembali menutup pintu, tak berminat ingin menjenguk keluar melihat mereka. Bagaikan tidak percaya pun ada. Lama juga aku berfikir. jika terserempak dengan mereka, mungkin aku  tidak lagi mengingati wajah mereka. 


Ku kira ini kejutan pertama setelah menjejakkan kaki di  muar selepas  singgah di rumah sewa sebelum itu dengan keadaan rumah yang agak kotor. Kakak tidak membenarkan aku untuk tidur seorang diri di situ, tunggu pagi esok sahaja untuk mengemas bersama housemate. Buat masa sekarang jalan ke rumah belum mampu aku ingat kerana terlalu banyak lorong dan jalan taman yang bersambung sambung. Baharu sahaja sesat malam tadi semasa abang ipar mencari jalan keluar dari kawasan taman. Dan Esok, bermula lah misi aku berjalan kaki untuk ke sekolah..moga dipermudahkan..moga selepas ini cikgu tegar dengan kemungkinan ujian ujian yang bakal ditempuhi..

Tuesday, January 31, 2012

~Ibu Madrasah Pertama~




Penat yang masih tersisa, ibuku sudah mengajak aku untuk ke Bandar untuk melihat bunga api malam  itu bersama dua orang anak saudaraku. ‘apalah yang menarik sangat dengan bunga api, hmm, ikutkan sahaja lah’, bisik hatiku. Semasa perjalanan, jalan agak sesak dan berkali kali kami pusing Bandar untuk mencari tempat letak kereta. Setelah 3-4 pusingan, barulah kami menemui tempat yang sesuai untuk meletakkan kereta. Suasana malam ini agak bising dan ramai orang. Berbeza dengan malam malam lain. Malam ini agak meriah dengan pelbagai gelagat manusia menyambut tahun baru cina. Al maklumlah, satu Malaysia katakan. Aku agak tidak senang dengan suasana begini. Berkali kali terlanggar orang yang tidak dikenali.

Agak meluat melihat gelagat manusia manusia yang bermacam ragam. Dari anak kecil, remaja, dewasa dan orang tua. Melihat suasana di situ sahaja membuatkan aku tidak senang. Melihat tingkahlaku remaja lelaki dan perempuan serta pakaian mereka aku menjadi sakit mata. Aku hanya menggambarkan perasaanku pada ketika itu dengan riak muka. Tiada apa yang menarik padaku disitu. Aku mengajak ibuku pulang sahaja.

Ketika itu juga aku menggambarkan bahawa bukan mudah untuk aku melihat keluarga yang benar benar muslim di bumi Pahang ini. Mungkin termasuk keluargaku sendiri. Definasinya menurut aku. Dan terdetik di dalam pemikiranku mampukah aku memiliki keluarga sakinah kelak. Ada sedikit bimbang dalam diriku. Moga Allah mengaturkan urusan hidupku sebaiknya kelak.

Bagaimana anak muda remaja sekarang adalah bergantung kepada keluarga sebenarnya terutamanya seorang ibu sebagai ‘ibu madrasah pertama’ di rumah. Ibu madrasah pertama itu bermaksud  ibu sebagai orang pertama dan utama yang mendidik anak anak sejak dari kecil lagi. Bermula dari dengan cara memberi susu, cara ibu memandikan, memakaikan baju, memberi makan.. semua ini adalah baja-baja yang akan membentuk anak itu kelak. Ya, dari sekecil kecil perkara.

“ Seorang Ibu adalah sekolah apabila engkau persiapkan dengan baik bererti engkau telah mempersiapkan generasi yang harum” (Syair Hafizh Ibrahim)

  
Dalam sejarah islam, orang-orang besar lahir di bawah bimbingan para Ibu. Seorang Ulama, Hasan Muhammad Abu Al-Walid an-Naisabari menjadi ulama yang cerdas dan pintar kerana ibunya mendoakannya saat kehamilannya, “ Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku anak yang pintar.”  Dan dikabulkanlah  permintaannya, Imam Bukhari menjadi Ulama dan Pakar hadith yang berjaya berkat besarnya perhatian ibunya terhadap pendidikannya.

Teringat cerita tentang Abdullah bin Zubair ketika ia masih kecil. Seperti biasa ia bermain bersama teman-temannya. Tiba-tiba tawa riang mereka berhenti seketika. Sunyi,senyap. Teman-temannya pergi melihat saidina Umar melalui jalan tersebut. Anak-anak kecil tersebut jadi takut. Mereka berhamburan dan berlarian ketakutan. Namun Abdullah bin Zubair tetap diam di tempatnya.

Umar pun tertarik dan datang dekat padanya, “ Mengapa engkau tidak berlari bersama teman-temanmu?” Tanya Umar penuh kehairanan.“Wahai Amirul Mukminin. Aku tidak berbuat salah,mengapa harus takut kepadamu? Lagipula jalan kan masih luas,tidak sempit, mengapa aku harus  meluaskannya untukmu?” jawab Abdullah. Mendengar jawapan anam kecil ini, Umar pun kagum atas keberanian dan keterusterangannya. Benar-benar pemberani.

Siapa di balik keberanian Abdullah ini? Tidak lain adalah Ibunya Asama binti Abu Bakar. Asma adalah seorang wanita pemberani,putri sahabat nabi, Abu Bakar ash-Shiddiq.

Saya  juga sering memerhati dimana rata rata manusia manusia yang hebat, apabila kita lihat kepada ibu bapanya juga manusia yang hebat. Maka tidak hairanlah. Teringat saya semasa mengikuti program khidmat masyarakat anjuran Persatuan Mahasiswa Islam semester baru baru ini. saya mendapat ibu angkat yang sangat saya hormati. Kesemua anak anaknya berjaya pada nilaian saya. melihat ummi (panggilan yang saya gunakan) yang kerap kali menasihati, saya senang hati menjadi pendengar yang setia.

   Sekadar gambar hiasan.

Jelas sudah, dari  rahim seorang ibulah lahir para pahlawan besar, dari didikan seorang Ibulah lahir para pejuang, dari  bimbingan seorang ibu lah lahir para ilmuwan-ilmuwan hebat.   Dari rumah sang anak belajar untuk jujur, dari rumah sang anak di didik untuk rajin belajar, dari rumah lah sang anak di ajarkan untuk cinta pendidikan, dan dari rumah lah sang anak dibina untuk benci kejahatan.
Dari lingkungan rumahnya sang anak  diajarkan untuk jadi seorang pemimpin, dilatih untuk berfikir kreatif, diajarkan untuk  disiplin.  Dari bimbingan seorang ibu sang anak akan rajin membaca Qu’an,  dari sentuhan nasihat  ibu lah sang anak  akan rajin beribadah, dari binaan seorang ibulah sang anak belajar menghafal Al-Qur’an.

Jadinya, besarkan peranan seorang ibu sebagai madrasah pertama bagi anak anak. Lihat sahaja masalah social yang berlaku sekarang. Maka, kita perlu sedar bahawa ibu sendiri yang berperanan utama dalam mencorakkan seorang manusia kerana asalnya anak-anak itu ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang perlu mencorakkannya. Samada islam atau sekular..wallahua’lam..
 sekadar gambar hiasan ^_^

Bahasa diri: aku dan saya
 Saya menulis kerana saya melihat.