Saturday, April 16, 2011

~cikgu-cikgu ni..~

macam macam



Semalam sempat kami (student SPH) melakukan field trip ke hotel Grand Paragon, Johor untuk subjek penyediaan makanan. Apa yang seronok, sampai sahaja di sana, kami terus diberi peluang untuk menikmati makanan di hotel tersebut. Apa lagi, masing masing mengambil peluang keemasan tersebut untuk merasa setiapmakanan yang ada. ye lah, selama ni, dalam makmal masak, asyik masak dan serve untuk orang lainsahaja,jadi kali ni, peluang kami pula. kasihan juga melihat pekerja hotel yang serve kami, penat ke sana sini untuk melayan kerenah 98 student SPHni. Lepas satu, satu menu yang diambil. Alhamdulillah, semuanya berpuas hati dan pulang dengan perut ketat(kawan saya kata).

Puan Erna
Pn. Qistina

p/s: keluar sebentar dari kehidupan kampus yang penuh dengan tugasan yang tidak sudah-sudah. =)

Monday, March 28, 2011

BALAS MESEJ CEPAT YE!





PART 1

Assalamualaikum..sahabat-sahabat usrah, Esok kita ada usrah ye pukul 7.30 pagi di meranti..jangan lupe task yang akak bagi haritu. Mesej sunyi tanpa balasan. Naqibah menjangka bahawa ahli usrahnya akan datang kerana selalunya jika mereka ada masalah, mereka akan memberitau terlebih dahulu. Si naqibah inipun bersemangat untuk bersiap pada pagi itu. Dia meninggalkan ‘kebahagiaan’ pada hari minggunya untuk bertemu sahabat-sahabat tersebut

Hurm, tak ramai orang. Selesa sikit nak makandan berbincang, naqibah itu berbisik di dalam hati. Beberapa minit beliau menunggu di situ, sahabat-sahabat yang lain tetap tidak berkunjung tiba. Dia mengambil keputusan untuk menghantar mesej dan membuat miskol. Setelah sekian lama, tiada apa juga yang berlaku. Beliau hanya mampu menahan sabar. Kemudian, datang salah seorang daripada ahli usrahnya di meja menyapa. Alhamdulillah, ujar naqibah di dalam hati. “sorang je? Mana yang lain?”, naqibah menegur. “emm..tak tahu la akak..dorang tidur kot..penat mungkin.” “so macamana ni?takkan kita berdua je”ujar naqibah. “ Kita tukar petang la kak,boleh?”..emm..boleh juga..ok, takpelah, kita makan jela Kalau macam ni..hehe..maka makanlah mereka megi goring dengan sedikit perasaan kecewa di dalam hati si naqibah tadi.

“tolong akak untuk mesej sahabat-sahabat yang lain ye usrah petang ni”..”ok kak, nanti saya mesejkan,..apa-apa nanti saya beritahu akak”..tet tet, bunyi mesej masuk. Naqibah membuka mesej. Wajahnya bertukar sedikit kesal kerana secara tiba-tiba sahabat usrahnya tidak dapat hadir kerana kebanyakan mereka mempunyai urusan yang agak penting. Maka, hampalah lagi si Naqibah tadi.

PART 2

Hmm..dah baca? Macamana perasaan anda bila membica cerita ini. Jika anda berada di tempat naqibah tadi, bagaimana ya? Sebenarnya Di sini, saya tidak ingin menekankan berkenaan perasaan naqibah tadi, tetapi, kepentingan membalas mesej dengan segera. Banyak sebenarnya situasi lain yang boleh dikongsi, tetapi cukuplah ini sahaja. Ya sahabat-sahabat..kita memandang membalas mesej itu adalah suatu yang remeh tetapi ianya adalah sangat penting bagi si pemberi mesej. Mereka mungkin mahukan jawapan yang segera dan mungkin apa yang ditanya adalah sangat penting pada si pemberi mesej walaupun yang menerima menganggap ianya biasa. Bila ianya tidak mendapat kerjasama yang baik, makanya ianya mungkin akan mengecewakan orang lain. Dan dalam tidak sedar juga kita sebenarnya memberi beban lain kepada orang yang memberi mesej. Mungkin kerjanya tergendala, masanya terbuang, kreditnya habis, hatinya sedikit kecewa. Ha, nah...dahsyat juga ya kesannya..jadi sahabat-sahabat, lepas ni nak balas mesej tak...fikir-fikirkanlah..selamat beramal..=)

Ps//-ubat hati dengan mengadu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah penunjuk jalan keluar yang terbaik..dan berbaik sangka mengelakkan stress...

Friday, March 25, 2011

DIMANA KESUDAHANNYA?



Pada akhir akhir ini kita dikejukan dengan isu serangan beberapa buah Negara barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat ke atas Libya. Ianya bermula pada 18 Mac di mana Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan sokongan Liga Arab telah meluluskan resolusi tindakan ketenteraan bagi menghalang presiden Libya, Muammar Gaddafi membunuh rakyatnya yang memberontak. Dua hari selepas resolusi itu diluluskan, AS dan sekutunya iaitu Britain dan perancis telah menyerang Libya secara besar-besaran.

Daripada serangan ini, dapat kita lihat implikasinya dimana serangan udara Amerika ke atas Libya telah mengorbankan ramai rakyat yang tidak bersalah. Bertentangan dengan matlamat yang dikemukakan oleh presiden Amerika Syarikat iaitu Barack Obama dimana beliau menyatakan bahawa campur tangan itu dibuat kerana Muammar Gaddafi mengecam nyawa orang awam dan untuk menghentikan tindakan gaddafi menyekat revolusi menentang pemerintahannya sejak 15 Febuari yang lalu.

Diperingkat Persatuan Mahasiswa Islam sendiri peristiwa ini dianggap satu PENCEROBOHAN sekalipun mereka menggunakan alasan mahu menjaga dan melindungi rakyat Libya daripada terus dizalimi oleh Presiden Gaddafi. Pada resolusi PBB 1973 hanya inginkan pembelaan rakyat Libya bukannya serangan yang memusnahkan Bandar-bandar dan membunuh rakyat yang tidak bersalah.

Saya bimbang peristiwa ini akan mengulangi apa yang berlaku ke atas Iraq dan jjuga Afghanistan. Bagi saya bagaimana Amerika sanggup melakukan kekejaman ini sedangkan tindakan ini bercanggah dengan slogan ‘anti keganasan ‘ yang mereka laungkan.

Kami diperingkat Persatuan Mahasiswa Islam ingin menyatakan kebimbangan jika serangan ini lebih didorong oleh kepentingan barat dan bukannya untuk membela nasib rakyat Libya. Jika kita soroti sejarah, kita takut Amerika akan mengulangi kesilapan yang pernah dibuat oleh Itali dimana telah menyerang pada Oktober 1911 untuk menjajah Libya. Sebaliknya apa yang berlaku, mereka hanya dapat berbuat demikian setelah berperang selama kira-kira 20 tahun. Cuba banyangkan sahabat-sahabat sekalian, dalam tempoh 20 yahun itu pelbagai penderitaan yang dialami oleh rakyat Libya ketika itu. Tetapi apa yang berbeza kali ini adalah penjajahan bukanlah secara langsung, sebaliknya berselindung dengan alasan untuk membantu rakyat Libya.

diperingkat Persatuan Mahasiswa Islam sendiri juga kecewa terhadap kegagalan kepimpinan Presiden Gaddafi dalam menyelesaikan konflik dalaman negaranya. Sepatutnya sebagai pemimpin beliau perlu mendengar tuntutan rakyatnya supaya berundur. Saya ingin memetik kata kata Prof Azmi, Dekan Fakulti Tamadun Islam dimana beliau berkata ‘pemerintahan kuku besi yang dibawa oleh presiden Libya ini seharusnya dihentikan’


serangan barat ini secara tidak langsung akan mengakibatkan system pemerintahan Libya rosak dan kucar kacir. System dan pertahanan ekonomi runtuh dan hasilnya rakyat akan hidup dalam keadaan lebih teruk dari sebelumnya. Pembinaan semula Negara selepas ini tidak akan berlaku dengan baik kerana tiang-tiang utama Negara telah hancur dibedil Amerika dan sekutunya. Pembangunan semula pasti memerlukan modal yang besar dan masa yang panjang. Sepanjang tempoh itu, rakyat akan merana dan hidup dalam kesusahan.

Justeru, dapat kita lihat implikasinya di sinidan sama-sama bermuhasabah dan berdoa semoga peperangan ini dihentikan. Oleh itu sekali lagi di sini, saya mengecam tindakan Amerika dan kecewa dengan cara pemerintahan Presiden Libya tersebut.

Tuesday, March 15, 2011

MATI ITU PASTI KAN SAHABAT..



Alamak, kunci tertinggal pula. Em, macamana ni..adoyai..kebetulan pula hansetku kehabisan bateri. Otakku ligat berfikir samada mahu kekal di PSZ ataupun pulang ke bilik. Jika stay di PSZ pun tiada charger. Lagi pula kuliah tafakuh pada petang isnin ini tiada. Jadinya, setelah berkira-kira, aku membuat keputusan untuk kembali ke kolej walaupun tiada kunci bersama. Agak lama juga menunggu bas ke kolej. Dari tadi bas ke kolej KDSE dan KTC sahaja yang lalu. Hmm..perkara yang paling aku tidak suka adalah menuggu lama, tetapi oleh kerana malas untuk berjalan kaki, maka aku kekal menunggu di situ.

Kira-kira setengah jam menunggu, barulah bas muncul. Dalam perjalanan ke kolej aku bertembung dengan seorang sahabat di dalam bas. “nak pegi mana?tanyaku. owh, laila..saya nak pergi KTDI. Mana tahu ada yang boleh dibantu di sana. Jawabnya. Owh, kalau macam tu saya nak ikut jugalah. Sebenarnya nak balik bilik ni, tapi x sure rumate ada kat bilik tak. Baik saya ikut sama tolong apa yang patut kat sana. Ok?hehe..”ok ja, jom..

Sampai saja di KTDI, kami menuruni bas. Sahabat tadi menarikku untuk melintas jalan. Excited mungkin. Allah, tiba-tiba ada motor yang juga sedang bergerak laju. Terlanggar sedikit sahabat tadi dan dia terjelopok diatas jalan. Ketas A3 ku terpelanting jauh. Pada mulanya motor tadi sempat mengelak tetapi setelah itu ianya hilang kawalan dan terjatuh di tepi jalan bersama motor tadi. AllAH..aku menjadi cuak di situ. Bagaimana ni? Aku dan sahabat tadi bergegas menerpa siswi yang membawa motor tadi yang kini terjatuh bersama motornya. Aku cepat-cepat memegang bahu siswi tersebut dan bertanyakan samada dalam kondisi baik atau tidak. Jarinya sedikit luka dan berdarah tetapi kakinya tidak mengalami kecederaan. Pada zahirnya memang Nampak tiada apa-apa, tetapi kami di situ bimbang sekiranya berlaku kecederaan dalaman. Kebetulan, ada siswi lain yang berhenti dan menawarkan bantuan untuk menghantarnya ke Pusat Kesihatan. “Alhamdulillah, moga semuanya baik-baik sahaja”, hati kecilku bersuara.

Sesudah itu, kami masuk ke perkarangan KTDI dan aku merasakan kondisi sahabatku ini tidak baik kerana sewaktu kejadian, badannya terketar-ketar. Kami bergegas ke tandas dan melihat samada ada apa-apa yang cedera. Allah, sahabat, lutut dah luka dan ada lebam di kakinya, macamana ni!!. kugagahi juga melihatnya kerana aku bukanlah tegar untuk melihat darah. Pernah semasa di sekoah rendah dahulu, aku pengsan di klinik semasa melawat jiran yang kemalangan jalan raya kerana melihat darah. Kami duduk sebentar di luar tandas dan aku bergegas meminta sahabat untuk membawanya ke Pusat Kesihatan. Takut-takut berjangkit kuman lukanya.

Mati itu senang dan pasti kan sahabat-sahabat. Cumanya bukan pada hari tersebut sahaja ketetapannya. Ya Allah, andai Engkau takdirkan kami untuk mati, matikanlah kami dalam keadaan beriman YA Allah. Aku berdoa di dalam hati.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang

memperdayakan.[ali-Imran (3) : 185]

Kemudian, Allah menegaskan lagi, "Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi dan kokoh."

(QS Annisa' [4]: 78). Begitu juga surah berikut, "Setiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan, hanya kepada Kami-lah, kamu dikembalikan." (QS Al Anbiya' [21]: 35).

Berdasarkan ayat di atas, tiada seorang pun dapat melarikan diri dari kematian.Sering kita menerima perkhabaran tentang kematian seseorang, kita menganggap seolah-olah kematian itu hanya untuk orang lain. Tidak ditujukan untuk kita? Ini tidak lain kerana kita terleka dengan kesenangan dunia.Tapi bagaimanapun tanggapan kita, mampukah kita mengelak dari kematian? Pada hakikatnya kita perlu sentiasa sedar, mati akan datang pada bila-bila masa, secara tiba-tiba. Dari itu marilah kita bersedia untuk menemui Allah dengan hati bersih dari sebarang dosa.

Rasulullah SAW sendiri menyifatkan bahawa orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati. Lalu dia segera mempersiapkan diri untuk menghadapi saat itu. Dengan itu kita akam beroleh banyak manfaat dan menyediakan diri kita sebagai muslim yang suci dari segala noda dan dosa;

1. Menimbulkan rasa kecintaan dan redha terhadap segala ketentuan Allah.

2. Dapat membebaskan diri kita dari berhutang tanggungjawab yang telah Allah perintahkan[solat,puasa zakat dsb.]

3. Hati kita sentiasa merasa aman dan sejahtera. Serta dalam keadaan berbaik sangka dan ikhlas terhadap saudara muslim yang lain.

4. Kita mampu menepis godaan syaitan untuk melakukan maksiat kerana mengingati mati akan datang bila-bila masa dan secara tiba-tiba.

5. Meletakkan diri kita di jalan yang lurus lagi benar dan diredhai Allah

Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari Kiamat; dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana Dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Lukman:34)

Berdasarkan ayat ini, jelaslah bahwa pengetahuan manusia tentang kiamat, tentang hujan, tentang apa yang ada di dalam rahim, tentang usahanya besok, dimana akan meninggal. Dengan demikian meskipun manusia hebat otknya, tetapi mengenai hal tersebut manusia hendaknya mengakui akan ke Maha Kuasaan Allah.

Friday, March 11, 2011

BAYARAN SEBUAH KEMAAFAN



Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:

Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."

Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.

Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.

Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?

TERIMA KASIH

Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya.

Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.

Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.

Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?

Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.

Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?

SELAMAT TINGGAL

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?

Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.

Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.

Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.

Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.

Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.

Maafkan sahaja.

Kembalilah bersaudara.

Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?

Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]

P/S: artikel ini copy n paste dr iluvislam..sangat menarik saya kira..moga ianya menjadi perkongsian bersama...

Thursday, March 10, 2011

HIBURAN...SALAHKAH?



Pada akhir-akhir ini kita diberitahu bahawa akan UTM akan membawa masuk kumpulan The Times untuk membuat konsert semasa Fiesta International Johor Horse Show 2011. Konsert seperti ini saya kira tidak wajar untuk diteruskan kerana ianya seolah-olah kita sebagai mahasiswa bersetuju kea rah membentuk dan menyokong budaya HEDONISMA di kalangan mahasiswa UTM itu sendiri. Beberapa pihak seperti PMI, PRO Mahasiswa, Pusat Islam, Majlis Perwakilan Mahasiswa dan lain-lain sedang berusaha untuk menyuarakan bantahan berkenaan dengan isu ini dan saya kira ianya merupakan usaha yang sangat perlu sebagai mahasiswa yang SEDAR dan bukan sahaja meRELAkan supaya konsert ini diteruskan. Sampai juga ke telinga saya bahawa “kita, mahasiswa jangan terlalu FANATIK untuk mengharamkan sesuatu perkara!”. Fahamkah kita apa yang dimaksudkan dengan fanatic ataupun sudahkah kita koreksi diri sendiri betapa kitamasih memerlukan ilmu sebelum menyatakan sesuatu. Adakah kita merasakan bahawa diri kita ini begitu ‘alim sehinggakan boleh menentukan sesuatu tanpa merujuk orang yang lebih berilmu.

Saya tertarik dengan kata-kata dari Ustaz Ismail semasa forum Budaya Hiburan di KTC di mana beliau mengatakan bahawa jahilnya kita yang berada di sini sehinggakan tidak Nampak apa yang betul dan apa yang salah. Bagi saya, semua pihak seharusnya lebih cakna berkenaan dengan isu sensitive ini di mana setiap apa yang mahu dilakukan perlulah dirujuk terlebih dahulu kepada orang yang lebih tahu/’alim iaitu Pusat Islam berkenaan boleh atau tidak program-program seperti ini untuk dijalankan. Sahabat-sahabat, seorang pemimpin itu adalah merupakan pemimpin yang Berjaya bilamana ianya menjadikan ulama’ sebagai tempat untuk dirujuk. Begitu juga dalam kondisi institusi pengajian kita pada hari ini, perlulah merujuk siapa yang benar-benar perlu dirujuk. Sekiranya kita ditegur maka seharusnya bukan terus berkeras, tetapi cuba mendengar dan memahami. Sahabat-sahabat sekalian, Cara termudah pula untuk tidak melakukan kesilapan adalah dengan tidak melakukan apa-apa dan diam itu lebih baik. Namun apa pula jawapan kita kepada Allah taala apabila ditanya tentang usaha kita dalam persoalan ini? Saya bukalah yang arif di sini, tetapi ingin mengajak

sahabat-sahabat untuk sama-sama berfikir.

Saya ingin membawa kisah di zaman Rasulullah s.a.w di mana sewaktu dalam perjalanan untuk ke majlis keraian/hiburan, baginda Rasulullah s.a.w ditidurkan oleh Allah sehinggakan baginda akhirnya tidak pergi ke majlis tersebut. Begitu Allah menjaga Rasulullah pada ketika itu daripada hiburan-hiburan yang tidak dibenarkan.

Bagaimanakah agaknya hiburan yang dibenarkan di dalam Islam? Islam tidak meletakkan bahawa hiburan itu salah. Sedangkan pada zaman Rasulullah dahulu, ketika mana penduduk Yathrib (sekarang dikenali sebagai Madinah) menyambut ketibaan junjungan yang mulia Nabi al-Musthofa Muhammad SAW bersama-sama rombongan pengikut Baginda SAW yang dikenali sebagai Muhajirin (orang-orang yang berhijrah), mereka memukul kompang dan gendang sebagai tanda kegembiraan mereka di atas ketibaan Baginda. Oleh itu muzik adalah diharuskan selagi mana ianya tidak melarang syarat-syarat syara'.

“Wahai tuhan kami! Engkau perjelaskanlah kepada kami kebenaran..dan kau perjelaskanlah juga kepada kami semua bentuk kebatilan..semoga dengan

itu kami akan memilih pintu-pintu kebaikan..

Adakah kita senang dengan pelbagai budaya hedonism sedangkan Universiti kita ini sekarang dilabelkan sebagai sebuah Universiti Penyeldikan. Oleh itu sahabat-sahabat, tepuk dada, Tanya Iman.....wallahua’lam..

Saturday, February 26, 2011

REAL MUSLIMAT: ANGGUN, BIJAK, SOLEHAH





“Real muslimat”, slogan yang sentiasa disebut-sebut oleh siswi

PMI khususnya akhir-akhir ini. Gagasan ini pada mulanya dibawa oleh mantan pengerusi HEWI PMI iaitu kak saidatun nor dan sekarang ianya diketengahkan dan diteruskan oleh pimpinan sekarang. Di sini saya ingin berkongsi apa yang dimaksudkan dengan REAL MUSLIMAT tersebut.

Solehah: sahabat-sahabat faham apa makna solehah? Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelar solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat saja iaitu

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

2. Taat kepada suami

1. Taat kepada Allah dan RasulNya


Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya

-Wajib menutup aurat

--Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah

- -Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga


2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami

- -Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami

-- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.

-- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik & kecantikannya serta rumah tangga

Nah, ini dia syarat-syarat untuk menjadi wanita solehah. Tetapi di sini saya ingin tekankan berkenaan dengan berberapa perkara asas iaitu untuk menjadi solehah, wajib seorang muslimah itu bertaqwa dan tidak boleh melakukan maksiat, selalu berzikir dan juga Allah perlu sentiasa disyukuri dan tidak boleh dikufuri. Elemen ini adalah merupakan asas bagi menuju solehah. (ustazah naemah,2011)

Sahabat-sahabat boleh rujuk surah Al- Imran: 102 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-NYa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.”

Sebenarnya banyak lagi ayat al-quran yang menyebut berkenaan dengan taqwa. Disini dapat kita lihat bahawa taqwa adalah merupakan sesuatu yang amat penting, kerana itu ianya disebut secara berulang-ulang di dalam Al-quran supaya manusia memahami dan jelas bekenaan dengan taqwa.Untuk menuju solehah, Wanita juga perlu sentiasa berzikir kepada Allah dan jadikan setiap masa kita leka dengan mengingati Allah dengan menyebut asma’nya. Terdapat banyak jenis zikir yang boleh diamalkan kita seharian dan lebih baik jika kita mampu memahami maknanya supaya kita dapat menghayati maksudnya, cumanya terpulang kepada iman kita untuk mengamalkan zikir-zikir memuji Allah ini.

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA


Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah datang dari faktor dalam. Bukanlah faktor luar atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gembUrkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugasan dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika banyak wanita yang tidak menyadari bahwa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: artinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: artinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelimang dengan dosa dan noda.
Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: artinya:

" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kel

alaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh karena itu tidakkah kamu berfikir."

3) Mudah terpedaya dengan syahwat 4) Lemah iman
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

ANGGUN DAN BIJAK

Di sini saya telah menerangkan serba sedikit berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan solehah. Anggun dan bijak pula bagaiamana ya? Anggun dan bijak yang dima

ksudkan di sini bukanlah semata-mata cantik di luaran tetapi apa yang cuba diperketengahkan adalah anggun dari segi pakaian, akhlak di mana wanita itu pandai untuk membawa diri sebagai seorang muslimah yang baik dan sopan, bijak membuat keputusan, berani, dan juga Berjaya dari sudut akademik. Pakaian sebenarnya bagi seorang muslimah adalah menutup aurat keseluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan. Sebenarnya anggun dan bijak ini tidak lari dari solehah dimana untuk menjadi anggun, perlu berpakaian seperti yang digariskan oleh Al-quran dan as sunnah dan begitu juga dengan akhlak kita sebagai muslimah. Beratkah? insyaAllah tidak. Allah meletakkan sesuatu sesuai dengan kemampuan kita.

Mungkin saya boleh ceritakan sedikit pengalaman saya sewaktu berada si UTMKL dulu di mana saya pada mulanya bukanlah seorang yang terlalu baik dan tidak sepenuhnya menutup aurat, tetapi setelah mendapat kesedaran daripada seorang kakak naqibah, saya mula memahami bahawa menutup aurat itu bukanlah semata-mata memakia tudung, tetapi juga termasuk memakai stokin. Pada mulanya, agak berasa ganjil untuk memulakan kerana tidak biasa dan melihat orang lain di sekeliling tidak memakai stoking, tetapi setelah dikuatkan azam untuk melakukannya, saya tekat dan Alhamdulillah Berjaya istiqamah sehingga sekarang. Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan nikmat islam yang Allah berikan ini.

Segala-galanya telah Allah gariskan kepada kita. oleh itu, perti

ngkatkan nilai diri kita di sisi manusia dan yang terpenting adalah memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Segala-galanya akan menjadi baik dan mudah. Cubalah!