Thursday, November 10, 2011

Them...



                                                                                  fikri
                                                                 
                                                                    haikal

Friday, November 4, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..

                                                            

Thursday, November 3, 2011

Whatever...


Huh.. muak menghadap laptop..tiba tiba, kembali ingin menulis setelah sekian lama menyepi. Esok Lala perlu menghadapi satu test amali grafik tepat pada pukul 8 pagi. Sekarang menunjukkan jam 2.33 pagi. Huh, gila apa, buat kerja lain. Tetapi, otaknya sudah tidak mampu mengedit gambar-gambar sedia ada ke dalam adobe photoshop sebagai latihan pengukuhan. Penat lagi memenatkan.  Dahlah tadi baru sahaja selesai melukis gambar robot. Mengarut!!!..L ala memang tidak pandai melukis, dan bukannya seorang yang kreatif, tetapi, demi komitmen assignment yang ingin ditunjukkan kepada pensyarah esok, lala memaksa tangannya untuk melukis. .Haaa..siap juga akhirnya..walaupun tidak seberapa, tetapi itu sahaja kemampuan imaginasi yang dia ada.
Rakan sebilik Lala sudah lama melayari mimpi indahnya di kala lala masih di hadapan laptop. Penat sungguh barangkali. Lala memanaskan air di dalam water hitter dan membancuh air kopi radix bagi memberi kesegaran pada malam yang memenatkan ini.  Sedang lala khusyuk menulis sesuatu…Erk, tiba-tiba Lala blank, otak blackout..huh..GELAP..No idea…………..
gambar robot comot...

p/s:
selamat pulang ke kampung, hati hati semasa pulang, selamat hari raya korban..
fahamilah apa itu erti pengorbanan..
moga bersama redha dan kasih sayang Allah selalu...^_^

Monday, October 3, 2011

kasih Mak/ ibu / Ummi / Mama



Alhamdulillah ‘ala kulli haal..hujan pagi ini terus menyirami bumi. Suasana pagi ini sejuk dan selesa. Sangat sesuai sekiranya terus menyambung tidur semalam. Tetapi, aku kuatkan diri untuk tidak tidur semula. Jangan tewas pada nafsu!!! Nak menyemai baja iman itu memerlukan mujahadah yang kuat.

Semalam aku sempat menelefon ibuku di kampung mengatakan yang baju yang dikirimnya sudah aku ambil dari pejabat kolej. Dari minggu lepas dia menanti aku untuk mengambil kiriman posnya itu dan boleh dikatakan setiap hari mak telefon, tetapi baru semalam aku menuntutnya. Baju itu sepatutnya menjadi baju raya aku semasa aidilfitri yang lepas, tetapi, mak tak sempat nak siapkan kerana sibuk menyiakan tempahan baju orang lain. Biasalah bila menjadi anak tukang jahit ni, baju anak-anak mesti tak siap. Ingat lagi semasa aku kecil dahulu, aku akan merajuk sekiranya baju aku dan adik beradik lain tidak siap..bila diingat kembali, kelakar pun ada. Hai, jahilnya diriku ini ketika dulu.

Itulah seorang ibu. Atau aku memanggilnya dengan gelaran mak. Seorang insan yang sangat aku sayang setelah Allah dan RasulNya. Mak bukan sebarang mak, mak ni multitasking. Mak juga ustazah aku semasa kecil. Dia yang mengajar aku mengaji dari huruf alif ba  ta sehinggalah sekarang dengan ilmu yang diberi, aku boleh membaca AL-quran. Semoga pahala itu akan sentiasa mengalir pada mak, Ya Rabb. Mak kata, kalau mengajar kami mengaji, tak boleh manja-manja. Kene marah la selalu dan paling koman pun kene cubit..hehe..tapi, dengan cara tulah aku boleh baca Al-Quran sekarang. Terima kasih mak..

 Setiap kali aku pulang ke rumah semasa cuti, mak sangat gembira. Apa tidaknya, seorang pun anaknya tidak ada dekat dengannya. Cuma cucu-cucnya sahaja menjadi peneman sunyi, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mak ada peneman. Dia akan sibuk membeli ikan, udang, sotong, daging dan lauk-lauk yang sedap-sedap. Sedangkan selama dia berada di rumah, jarang juga makan benda-benda macam tu. Tapi, bila anak-anaknya balik, macam macam dia nak buat. Itulah mak kan!


Aku boleh menghitung kot tidak banyak sangat masa aku bersama mak. Semasa sekolah dulu, aku duduk di asrama. So, cuti sahaja berada di rumah. Selepas tamat sekolah, masuk university. Jauh pula tu. Lagi jaranglah berpeluang pulang ke rumah. Ditambah pula dengan pelbagai program dan aktiviti di universiti. Tapi, sekarang mak dah lali dengan kerenahku. Semasa cuti 4 bulan yang lepas, mak sangat gembira kerana aku ada membantunya di rumah. Yelah, mak kene jaga wan, jaga cucunya lagi dan perlu menyiapkan  baju tempahan. Kalau tak siap nanti orang marah. So, kiranaya aku kerja bawah mak la ni. Tolong jahit leher dan jahit kaki baju je yang aku pandai. Jahit baju tak pandai lagi. Punyalah berazam nak belajar dari mak semasa cuti tu..at last, x sempat belajar juga. Huhu..

Hebatkan mak..mak seorang wanita. Aku juga wanita.  Moga aku mampu menjadi seperti dia. Mak multitasking, tapi anak mak ni ambil pendidikan kemahiran hidup, insyaAllah, berkat doa mak, anak mak yang sorang ni pun mampu berkemahiran  dalam pelbagai perkara, multitasking macam mak..hehe..peace no war =)

Buat anak- anak mak di luar sana, walaupun jarang pulang bersama keluarga, tetapi rajin-rajinlah telefon mereka. Itu cara kita berakhlak dengan mereka.  Dan  sentiasa doakan mereka supaya diberikan hidayah yang berterusan, dipanjangkan umur,  diberi nikmat kesihatan yang berpanjangan dan termasuk dikalangan orang-orang yang beriman, insyaAllah. ‘Mak’ anda bukan hanya mengharapkan anda mendapat segulung ijazah, malahan dia mahu kita kita ni menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.


Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Friday, September 9, 2011

Selamat datang dan selamat kembali, Mahasiswa..



Selamat datang diucapkan kepada mahasiswa-mahasiswa yang baru sahaja memulakan kehidupan baru di universiti masing-masing terutamanya Universiti Teknologi Malaysia. Alhamdulillah, pilihan ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t dan menjadi peranan diri mahasiswa masing-masing untuk memilih kehidupan yang baik atau sebaliknya. Kerana setiap detik masa itu pasti kita tidak akan lepas dari melakukan pilihan. Samada ianya sesuai dengan nafsu ataupun iman kita.


Alam universiti merupakan satu alam yang sangat menyeronokkan bagi saya dan tentunya juga bagi sahabat-sahabat di luar sana. Pelbagai perkara baru yang boleh kita lakukan bersama. Antaranya menyertai aktiviti-aktiviti persatuan di dalam university, berkenal-kenalan antara rakan-rakan sekuliah, kolej dan juga persatuan, menambah ilmu pengetahuan sebanyak yang mungkin, belajar  membawa diri dan belajar untuk menjadi pemimpin . Sabda Rasulullah s.a.w:


“Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepimpinannya”....ila akhir hadis.


Oleh itu, tidak dinafikan, akan terdapat pelbagai cabaran yang akan ditempuhi oleh mahasiawa-mahasiswa tidak kiralah yang baru ataupun sudah lama berada di alam universiti. Antaranya adalah kejutan budaya, rakan-rakan, dan juga suasana sekitar. Mahasiswa perlu bijak menentukan arah tuju kehidupannya di alam universiti. Jadi amat penting bagi mahasiswa untuk menyiapkan diri dengan pelbagai  ilmu yang mana bukan sahaja ilmu akademik malahan yang paling penting adalah ilmu agama itu sendiri sebagai seorang muslim.


Belajar itu adalah satu amanah. Amanah daripada ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka menjadi manusia yang berjaya dan juga amanah dari Allah supaya kita ini menjadi insan yang berilmu di dunia dan di akhirat.


 Matlamat utama mahasisiwa bukanlah semata-mata untuk memperoleh segulung ijazah tetapi juga memperoleh redha Allah. Akhir kalam, selamat menempuh alam universiti buat semua mahasiswa. Moga beroleh keberkatan dalam menuntut ilmu.


~wajah-wajah yang menyenangkan~



Haikal sedang membesar

Fikriy

Angah dan Haikal

Haikal (kononnya nak buat peace=)

Angah pakai tudung nenek!

sepupu: Irsyad

Kakak dan Angah




anak saudara itu adalah anugerah!!!
cuti bersama mereka mengajar diri ini erti sabar yang sebenar...

Sunday, May 1, 2011

UKHUWAH MELANGKAUI HUBUNGAN DARAH








‘Manisnya ukhuwah itu melangkaui hubungan darah’. Kata kata ini saya dapat dari seorang sahabat. Memang benar. Dan saya ingin kaitkannya dengan ungkapan yang sering diungkapkan ‘aku mulia kerana ISLAM’. Apa yang sahabat-sahabat faham berkenaan dengan kedua-dua kata-kata keramat ini?

Ok, Berkaitan dengan reality hidup, saya dan sahabat-sahabat dari kolej KTHO & dengan kerjasama beberapa sahabat-sahabatdari KDSE baru sahaja pulang dari gunung pulai. Ini kali pertama saya singgah ke sana. Kami sempat mencelup kaki dan bermain air selama beberapa jam..emm.,.sejam setengah mungkin..ada sahabat yang berpeluang mandi kerana membawa pakaian persediaan yang selengkapnya. Alhamdulillah, walaupun hanya dapat mencelup kaki, tapi ada nikmatnya di situ. Biasalah, keterbatasan muslimat untuk mandi di sungai agak menghalang juga keterujaan kami.

Tidak banyak yang dapat dikongsi, tetapi saya merasai nikmat ukhuwah itu. Makan sandwish tergigit lada, sampai mengalir air mata (first time kot tergigit lada), digigit pacat yang disangka ulat biasa, sempat berusrah di dalam halaqah semasa di sungai (tajuk rahsia) dan sempat bergambar bersama sahabat-sahabat.

Selepas tu, kami singgah ke majlis perkahwinan kak sutinah(mantan pimpinan PMI yang lepas). Saya pun tidak berapa kenal, tetapi ukhuwah kerana Allah itu yang menggerakkan kami untuk ke sana. Sempat juga didoakan oleh mantan pengerusi HEWI PMIUTM sesi lepas “lepas ni giliran laila pulak ye”..emm..saya no komen..hanya mengaminkan.

Alhamdulillah, dengan memilih ISLAM, saya memperolehi semua itu. Betapa besar nikmat yang Allah berikan ini. Pergilah ke mana-mana tempat sekalipun, Allah akan hadiahkan kita dengan nikmat ukhuwah melangkaui hubungan darah. Sahabat-sahabat yang membaca tentu faham. Mulai dari di UTMKL, saya memperolehi ramai sahabat. Boleh dikatakan sangat rapat melebihi adik beradik dan apabila berada di UTM JB, saya dihadiahkan Allah sekali lagi sahabat-sahabat yang berganda-ganda ramainya.

Perlu difahami, kita akan merasai ukhuwah itu bukan hanya setelah melalui saat-saat manis bersama tetapi juga melalui saat-saat yang susah juga bersama-sama. Wujudkah makhluk Allah begini? Tentunya wujud..dan saya telah merasainya..kerana apa? Kerana memilih ISLAM sebagai jalan hidup!

p/s: gambar takde^_^

entri ni ringkas, sekadar untuk berkongsi..