Tuesday, March 19, 2013

Bercinta dengan Buku!!!




Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..

Saya telah Berjaya menghabiskan RM250 untuk buku-buku ini… Ada beberapa buku yang sudah saya habiskan..yang lain masih dalam senarai menunggu untuk dibaca…

senarai buku:
1. Gua ikut Enta - Riduan Mohamad Nor
2. Aku Bercerita - Ramlee Awang Murshid
3. Surat Ungu untuk Nuha - Noor Suraya
4. Cintaku luruh di oxford - Noor Suraya & imaen
5. Semurni Kasih Adam Seutuh cinta Hawa - Zamri Mohamad
6. Di Hamparan Shamrock - Hasrizal Abdul Jamil
7. 50 Sup Champion Resipi Rasulullah - Web Sutera
8. 12 tokoh pengubah Dunia - Khalid Haddad
9. Bahtera menuju ke syurga - Hilal Ashraf
10. Di Balik tabir kematian - Imam Al-Ghazali
11. Ummi, kenapa wajib tutup aurat? - Ummu Ammar
12 Kek Cawan - Lynn Hassan

Moga saya mampu untuk baca kesemuanya... 
Jalan penceritaan Yang tidak Thiqah,  tak perlu lah diikut ya!!!..

Bagi apa yang baik, dan seterusnya diamalkan, moga pahalanya mengalir untuk penulis penulis ini..

yang pada hakikatnya Allah yang mengilhamkan kepada mereka, dan menggerakkan saya untuk membeli dan membacanya....



wallahua'lam.

Saturday, February 23, 2013

Boleh atau Boleh, InsyaAllah?..



A: Jemput datang ke majlis kami ahad ni ye.
B: owh, tahniah..ok, bereh2..

Atau

A: Jemput datang ke majlis kami ahad ni ye.
B: Alhamdulillah, tahniah..insyaAllah, saya pasti hadir..

Yang mana satu cara percakapan yang kita biasa? ayat berbentuk janji yang kita yakin dapat laksanakan atau ayat yang beserta 'insyaAllah iaitu dengan izin Allah, kita boleh lakukan. Cara percakapan begini menggambarkan kerendahan hati kita kepada Allah. Ini adalah kerana kita selaku insan yang lemah, tanpa kudrat dariNya, manakan kita mampu bergerak, berjalan, merancang dan berjaya. Manalah tahu, semasa dalam perjalanan, ada musibah yang menyebabkan kita tidak mampu untuk sampai. Semua itu di dalam kuasa Allah. Manusia merancang, tetapi Allah sebaik2 perancang.

Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 23-24:

"Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi (23) kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: "Mudah mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini" (24).

 Menurut riwayat ayat ini diturunkan sebagai pelajaran kepada Nabi Besar Muhammad s.a.w. Hal ini berlaku ketika mana ada beberapa golongan Quraisy yang datang berjumpa baginda ingin bertanyakan hal berkaitan roh, kisah Ashhabul Kahfi, dan Zulkarnain. Baginda menjawab kepada mereka datanglah esok pagi agar baginda boleh menceritakannya.Walaubagaimanapun, wahyu terlambat turun pada esoknya menyebabkan baginda tidak dapat menceritakannya dan menjawab pertanyaan yang telah dikemukakan. Oleh itu, ayat-ayat ini diturunkan untuk memperingatkan baginda untuk sentiasa mengucapkan kalimah ini bagi membuat sesuatu pada masa akan datang.

 Terdapat suatu kisah di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Qalam yang menerangkan kepentingan kalimah ini. Di dalam surah ini Allah SWT telah menceritakan berkenaan pemilik-pemilik kebun yang telah dimusnahkan kebun mereka oleh Allah SWT. Ini kerana mereka tidak mahu mengeluarkan sedikit hasil kebun mereka untuk orang miskin. Mereka telah bersumpah untuk memetik buah-buahan di kebun-kebun mereka keesokkan harinya tanpa mengucapkan Insya Allah. Tatkala mereka tidur kebun-kebun mereka telah dimusnahkan buah-buahannya oleh Allah SWT. Setelah mereka melihat keesokan harinya kebun-kebun mereka, mereka telah bertaubat dan mengatakan bahawa mereka adalah orang yang tidak dapat menikmati hasil kebun-kebun mereka.

Dari sini dapat dilihat bahawa mereka mempunyai rancangan untuk memetik buah-buahan tetapi tidak menyebut Insya Allah. Oleh itu, Allah SWT telah menggagalkan niat mereka dan telah menyebabkan kerugian kepada mereka. Oleh itu, kita perlu sentiasa menyebut Insya Allah apabila hendak melakukan sesuatu moga-moga Allah SWT memberikan hasil yang kita kehendaki.

Sandarkan Allah dalam setiap perkara, InsyaAllah Allah pasti mudahkan..

Dengan Izin Allah... biiznillah





Sunday, January 6, 2013

Wait, i'm thinking..i'll be Back soon!!!




Berhabuk, bersawang...siapalah penulis blog ni...ish2x
Sepertinya, mahu kembali menulis..
Apa-apapun, doakan saya dan sahabat-sahabat yang sedang menjalani imtihan di UTM dan kampus-kampus lain
Moga beroleh kejayaan..dan kejayaan itu bukanlah semata-mata untuk kepentingan nafsi, tetapi untuk Islam, kerana Allah..
Jangan lupe juga berdoa untuk sahabat Islam kita di palestin, syria, dan negara2 Islam yang lain,
Doa untuk ibu bapa yang menyayangi kita sejak kecil

Moga urusan sahabat-sahabat dipermudahkan, insyaallah
Hanya setakat ini dulu..







Tuesday, July 31, 2012

Jantung dan Hati..



            Hei, aku geram sungguh la dengan cerita ni. Si Bazli tu punya la baik! Kalau aku la, elok dibunuh je si Nadira tu!. Dengan emosi cik Lin memberi ulasannya semasa menonton drama Dejavu gunung Kinabalu. Erk!, aku tak terkata apa-apa. Dalam hati, ‘wah, ganasnya! Cerita je pun’.. kau tak rasa apa-apa ke laila tengok cite ni? Soalan cik Lin  menuju kepadaku. ‘Emm, hehe, tak pun.. kalau saya kat tempat dia, saya redha je..heeee’. aku membalas. Kau ada ‘boyfren’ tak? Tanya cik lin lagi.. dengan pantas aku menidakkan. Emm, patutla..jawab cik Lin yang lebih banyak makan asam garam lebih dulu dari aku.

            Isunya, apa kaitan perubahan tingkahlaku dan perasaan dengan pemindahan jantung yang dilakukan oleh Nadira? Isu ini dilontarkan kepada saya dan rakan serumah yang lain. Saya hanya menjawab sedikit berkenaan dengan jantung dan hati berdasarkan pembacaan melalui majalah solusi yang lalu iaitu berkenaan salah faham ta’rifan jantung dan hati. Tarjemahan maksud qalbu/heart yang difahami sebelum ini sebenarnya adalah salah. Kelaziman bukan bermakna betul, manakala membetulkan sesuatu yang lazim bukanlah suatu perkara mudah.

            Berkenaan dengan sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”. Mengapakah Nabi s.a.w menyebut ‘hati’ tidak menyebut jantung sedangkan jantung adalah organ terpenting dan penentu dalam tubuh manusia.

            Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim itu, Nabi s.a.w tidak pernah menyebut ‘hati’, sebaliknya menyebut al-qalb iaitu jantung. Adapun hati dalam bahasa Arab disebut kabid. Namun, malangnya dalam bahasa Melayu jantung selalu diterjemah sebagai hati. Sedangkan bahasa Inggeris menterjemah dengan betul iaitu ‘heart’ yang bermaksud jantung.

Qalb dan Qulub

            Al-Quran dan Sunnah menggunakan perkataan qalb (jantung) atau qulub (jantung-jantung) sebagai kata jamak atau plural untuk qalb. Sejak dahulu perkataan qalb difahami oleh orang Arab sebagai organ yang tergantung dalam tubuh manusia.

            Dalam kamus rujukan bahasa Arab yang terpenting, iaitu Lisan al-‘Arab, pengarang Ibn Manzur (meninggal 711H) menyatakan: Al-Qalb: segumpal daging dari fuad (jantung) yang tergantung dengan urat besar tempat ia bergantung” (Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab 1/687, Beirut: Dar al-Fikr).

            Disebabkan perkembangan ilmu perubatan, maka dalam kamus Arab moden takrifan lebih terperinci. Dalam al-Mu’jam al-Wasit disebut: “al-Qalb ialah organ berotot dalaman yang menerima darah daripada salur darah dan mengepam ke arteri” (al-Mu’jam al-Wasit, 2/753)
.
            Ini sama dengan maksud jantung dalam Kamus Dewan Bahasa: “Organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan” (Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-3, 519).

            Jantung adalah organ berotot yang menjalankan peranan mengepam darah ke seluruh tubuh manusia (dan sebahagian daripada haiwan), manakala hati penting dalam sistem penghadaman.

            ‘Qalbun’ dan ‘heart’ dalam konteks organ dan anatomi tidak dapat disangkal bahawa perlu diterjemahkan sebagai jantung dan bukannya hati. ‘Heart disease had caused his death’ sepatutnya difahami sebagai ‘penyakit jantung telah menyebabkan kematiannya’ dan bukannya ‘penyakit hati telah menyebabkan kematiannya’.



            Perubahan psikologi akibat pemindahan jantung diakui sendiri oleh Claire Sylvia menerusi buku A Change Of Heart - A Memoir (tulisan bersama William Novak) yang diterbitkan pada 1997. Beliau  menerima jantung ‘baru’ pada tahun 1988 sewaktu berusia 47 tahun. Jantung tersebut milik seorang pemuda 18 tahun yang mati akibat kemalangan jalanraya sewaktu menunggang motorsikal.

            Claire, penari profesional dan ibu tunggal mendapati dirinya memiliki beberapa kelakuan dan sifat ‘ganjil’ (berbanding sebelum menerima jantung ‘baru’) yang apabila diselidiki, dimiliki oleh pihak penderma jantung. Sejurus mengalami pembedahan pemidahan jantung, beliau ditemubual. Tidak semena-mena Claire menyuarakan keinginan untuk minum bir, padahal beliau bukanlah peminum bir
sebelumnya

            Selang lima hari, semakin banyak perkara pelik berlaku. Claire mahukanbeberapa makanan yang langsung tidak digemari sebelumnya. Ini termasuklah coklat Snickers, cili besar hijau dan naget ayam Kentucky Fried Chicken. Malah, personality beliau turut berubah.

            Ujar Claire, “Saya menjadi semakin maskulin. Semakin agresif dan asertif…” Pada suatu hari, anak gadis beliau, Amara menegur, “Kenapa ibu berjalan begitu (macam gaya lelaki berjalan)?” Beliau juga sudah tidak minatkan lelaki sebagaimana sebelumnya, sebaliknya minatkan seorang wanita berambut blonde!

            Selain itu, kisah yang berkaitan dengan jantung juga di mana tubuh seorang gadis bukan Islam tidak dapat menerima jantung milik seorang budak lelaki, pelajar sekolah tahfiz al-Quran yang mati akibat kemalangan jalanraya. Ada pandangan yang mengatakan bahawa jantung turut menyimpan memori lantaran sebahagian daripada darah pernah melewati otak dan turut menyalin kod memori.

 Wallahua’lam. Maha suci Allah yang maha mengetahui lagi maha Bijaksana.. 
 Jika ingin lebih memahami, boleh baca tulisan blog yang lain...

Sumber rujukan:


Monday, July 16, 2012

Let pictures talk - Warming up Ramadhan


Tengah loading Ramadhan..Lagi beberapa hari lagi kita akan berada di bulan Ramadhan.. teruja x? jom tengok beberpa wallpaper yang mungkin boleh membantu top up amal nak hadapi Ramadhan ni..





 Semasa menghadapi Ramadhan..


 Moga menjadi muslim terbaik di sisi Allah



Lastly, Happy Puasa..Do our best!!!

Saturday, June 30, 2012

life is easy but sometimes it is complicated..




Dari melihat alam dan penghuninya kita mampu belajar sesuatu. Manusia bukan statik. Analogi seperti roda terkadang di bawah, terkadang berada di atas. Orang yang muda tidak selamanya muda. Muda juga bukan jaminan untuk hidup lebih lama. Melihat kehidupan kita pun sudah cukup untuk membuatkan kita untuk berfikir. Saya melihat anak saudara yang dahulunya kecil, dan sekarang sudah mula membesar, jiran-jiran sebaya mak dan abah yang dahulunya  banyak melakukan aktiviti bersama sekarang sudah mula ada garis kedut pada wajah mereka. Masing masing mempunyai masalah kesihatan tersendiri. Melihat juga rakan sepermainan saya semasa kecil dahulu kini sudah pun berumahtangga kerana sudah sampai masa mereka.

Inilah kehidupan, dahulunya kita tidak bersedia untuk menghadapi sesuatu akhirnya kita telah pun melaluinya.  Sempat juga saya membelek akhbar berkenaan kampus bertajuk peguam muda. Mereka menyertai sesi perbicaraan. Saya tertanya di dalam diri, bersediakah mereka? Kemudian saya tersedar dan bertanya pada diri, bersediakah aku untuk menjadi guru tidak lama lagi. Mungkin juga kerana saya ragu ragu dengan kemampuan diri. Tetapi, untuk setiap perkara  bersedia ataupun tidak,  kita tetap akan menghadapinya. Baru sahaja selesai Latihan Mengajar setelah 13 minggu. Jika dulu, agak sedikit takut takut, tetapi saya telah pun berjaya  menghadapinya.

Setiap hari, usia bertambah. Jika muda sekarang, beberapa tahun akan datang kita semakin menjangkau usia. Menjadi golongan tua menggantikan ibu bapa kita. Individu di sekeliling kita juga mungkin akan berubah. Jika kini kita bersama ramai teman, akan datang kita melalui hari hari tanpa mereka kerana setiap individu mempunyai impian  sendiri untuk dilakar. Proses belajar, bekerja, berumahtangga, melalui hari2 tua dan akhirnya bertemu yang Esa. Singkat hidup ini sebenarnya. Seolah olah ianya tempat kita bercucuk tanam dan hasilnya akan dikira kelak di alam timbangan.

Ya, akhirnya kita akan kembali kepada yang Esa. .

Allah menjadikan alam dan penghuninya untuk kita berfikir..kerana Allah menciptakannya bukan sia sia..

Di mana saya? Di mana anda?

” Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.” [ Al- Mulk 67: 2]

Sunday, May 20, 2012

Sahabat kanak-kanak Rasulullah...



Pertama kali melihat tajuk buku ini, saya sangat teruja dan tertarik untuk memilikinya. Sekarang, dah siap sampul lagi. Sebenarnya, bagaimana kita boleh tertarik dengan sesuatu adalah disebabkan faktor perjalanan kehidupan kita. Seperti saya, saya amat tertarik dengan bacaan ini kerana saya sedang berhadapan dengan kanak kanak yang sedang membesar menjadi remaja di sekolah. Saya juga ada membeli buku ‘cinta high class’, tetapi saya belum mampu  untuk menghabiskannya mungkin kerana saya bukan dalam kalangan mereka yang sedang bercinta, berkahwin dan sebagainya.

Ok, berbalik kepada tajuk buku ini, sahabat kanak-kanak Rasulullah. Saya kira, buku ini sangat -menarik untuk dibaca oleh semua golongan pembaca. Buku ini mengisahkan :
 
-Bagaimana Rasulullah S.a.w hidup dan bergaul dengan kanak-kanak?
-Bagaimana beliau menerima mereka dikala menghampiri Rasulullah?
-Bagaimana baginda bergurau dengan mereka?
-Bagaimana Nabi mengasuh anak-anak tirinya, putera dan puteri ibunda kaum mukmin?
-Bagaimana baginda mencurahkan kasih dan mendidik putera puteri sahabat
-Bagaimana baginda membimbing mereka yang mulai meningkat dewasa?
 
Kebanyakan tokoh-tokoh hebat seperti Anas ibn malik, Abdullah ibn Zubair, Hasan al- Basri, zaid ibn Tsabit dan sebagainya kesemuanya bersama-sama Rasulullah semasa zaman kecil mereka. Mereka dilayan dengan baik oleh Baginda sehinggakan terbentuk  pemuda yang hebat apabila dewasanya. Bila direnung pula dengan cara kita melayan adik, anak saudara, kanak-kanak terdekat kita, adakah selembut Rasulullah? Tentu sekali tidak bukan.

Dalam membimbing kanak kanak, Rasulullah adalah contoh terbaik. Dalam satu kisah menceritakan berkenaan dengan kisah Anas dimana suatu ketika, Nabi menyuruh Anas untuk suatu keperluan. Ditengah jalan, Anas melihat anak anak sedang bermain. Dia pun menyertai mereka sehinga melupakan perintah Nabi. Sedang asyik bermain, tiba-tiba Rasulullah memegang bahunya. Lalu sambil tersenyum, baginda berkata, “Hei Unais, kerjakanlah perintahku”. Kasih sayang dan kelembutan Rasulullah itu bukan hanya kepada Anas, tetapi juga kepada seluruh pelayan dan para bekas hamba sahaya baginda. Anas berkata, “lima belas tahun melayani Nabi, belum pernah sekalipun Baginda membentak, baik di dalam rumah mahupun di luar rumah. Walau apa pun yang kulakukan, baginda tidak pernah mengatakan ,”kenapa hasil kerjamu seperti ini?! Atau “buruk sekali hasil kerjamu!” atau jika aku tidak dapat melakukannya, baginda tidak pernah mengatakan , ‘kenapa tidak kau buat seperti ini?!’ Baginda sama sekali tidak pernah mencelaku, termasuk jika aku lambat melaksanakan perintah. Jika ada salah seorang keluarganya mencelaku, Baginda akan mengatakan, ‘jangan hiraukan. Jika memang ditakdirkan kau dapat melakukannya, kau pasti dapat”.
Ini adalah antara picisan kisah-kisah di dalam buku ini. ada banyak lagi kisah kisah Rasulullah bersama kanak kanak sehinggalah waktu wafatnya baginda. Saya kira, amat menarik juga untuk anda baca buku ini. Jika dibandingkan dengan zaman kini, sangat jauh bezanya dari sudut didikan dan layanan terhadap anak anak. 

Baginda s.a.w. sendiri menegaskan bahwa kedatangannya adalah untuk menyempurnakan akhlak yang ada pada diri manusia, “Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak.” (HR.Ahmad, lihat Ash Shahihah oleh Asy Syaikh al Bani no.45)

 Buku ini mengisahkan cerita unik masa kanak-kanak yang lurus dan jernih dalam rangkaian sejarah agung kenabian. Dengan menggambarkan kehidupan Nabi bersama anak anak, buku ini menggambarkan bagaimana ibu bapa ( emm,,bukan ibu  bapa sahaja, kita semua) mesti bergaul dan memperlakukan anak anak supaya nanti mereka menjadi peribadi peribadi soleh dan cemerlang di dalam masyarakat.

Akhir kalam, Saya tertarik untuk berkongsi bait kata kata yang diambil dari blog iluvislam:

Kasih sayang tidak memadai
Doa tidak mencukupi
Ilmu keibu-bapaan tidak datang dengan sendiri
Timbalah ia bersungguh-sungguh seikhlas hati
Agar anak menjadi insan yang hebat dan pandai berdikari

Oleh itu, carilah ilmu agar anda mudah memahami..