Wednesday, May 6, 2009

Taubat


Assalamualaikum..
Sekadar untuk berkongsi bersama sahabat-sahabat…..sepanjang kita bergelar hamba Allah dan juga khalifah di muka bumi Allah ini, pasti pernah air mata jatuh dari pipi. Tidak kiralah samada seorang lelaki ataupun perempuan. Cumanya,kenapa dan bagaimana sahaja,itu yang berbeza. Mungkin ada yang menangis kerana kecewa,kehilangan sesuatu,diuji dengan dugaan yang tidak mampu rasanya untuk ditanggung dan pelbagai lagi. Tetapi sejauh mana pula kita menangis kerana Allah? Menangis kerana terasa diri telah melakukan dosa dan takut sekiranya Allah tidak mengampunkan kita,bimbang kerana diri sentiasa lalai dalam mengingati Sang Pencipta, juga kadangkala leka untuk mengagungkan ciptaannya dengan berzikir memuji kebesarannya.
Hakikat insan itu pelupa dan sentiasa lupa..
Tahukah sahabat-sahabat, semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Sekarang,cuba nilai diri kita sendiri. Adakah apabila kita terasa melakukan dosa kepada ALLAH, adakah kita masih mempunyai sifat malu pada diri,malu pada Tuhan yang menciptakan diri,adakah kita cepat-cepat bangun dan solat taubat serta beristighfar kepadaNya.,memohon keampunan daripada Allah pencipta jasad kerdil ini??..Sekarang,cuba bandingkan diri kita dengan kisah Nabi Adam tadi..Tidakkah malu rasanya pada diri,rasanya telah banyak kita lakukan dosa dan kekhilafan,tetapi seringkali terlewat untuk memohon ampun kepadanya..Lewat untuk membasahkan bibir dan pipi kerana menyesali akan dosa yang telah dilakukan..
Bersyukurlah sekiranya masih dikurniakan Allah sifat malu ini kerana dengannya akan menjadi benteng untuk kita dari melakukan dosa..sekiranya tiada,na’uzubillah..mohonlah padaNya supaya dilembutkan hati,dikuatkan lagi iman,diberikan kekuatan…Sesungguhnya,Allah itu Maha Pengampun, Maha penyayang dan Pendengar yang Terbaik..

Sifat-sifat ALLAH..Sejauh mana kita menghayati?


Manusia akan jatuh cinta kepada sesuatu atau seseorang yang serasi dengannya. Misalnya orang yang mempunyai hobi yang sama akan suka berdamping dengan individu lain yang sama hobi dengannya. Mereka boleh berbual-bual,bergurau dan bergaul mesra begitu lama atas topik yang sama. Ini tidak berlaku jika mereka bertemu dengan orang yang tidak sehobi dengan mereka. Burung yang sama akan terbang sekawan,begitu kata pujangga. Ahli ilmu serasi bergaul sesama ahli ilmu. Golongan professional sesama professional. Begitulah adatnya,yang saling mengenal akan serasi,yang tidak mengenal akan menjauh.


Hakikat ini juga jika difahami,akan mewajarkan manusia mencintai ALLAH. Sifat-sifat kesempurnaan Allah sebenarnya sangat serasi dengan jiwa manusia. Ketika ditimpa kezaliman misalnya,hati manusia merintih supaya datangnya keadilan..ketika itu sebenarnya manusia telah merintih kapada Allah. Bukankah al-‘Adlu (maha adil) itu sifat nama Allah? Bila miskin,manusia mengharapkan kekayaan..bukankah al-Ghani (maha kaya) itu juga nama sifat Allah? Begitu juga dengan sifat Tuhan yang Maha Pemaaf,Maha Penyayang,Maha Pengasih dan sebagainya. Semuanya dirindui dan dicintai manusia.


Inilah fitrah yang telah diinstall atau built-in oleh Allah s.w.t. dalam diri manusia sejak awal penciptaannya. Namun,semuanya bergantung kepada sejauh mana manusia itu menjaga dan menyuburkannya lagi. Sehingga dengan itu matlamat kita mempelajari Asma’ul Husna (99 nama Allah yang baik) antaranya ialah supaya kita berakhlak dengan sifat-sifat Allah. Sabda Rasulullah s.a.w.:


“Sesungguhnya Allah swt mempunyai 99 nama-seratus kurang satu. Sesiapa sahaja yang menghafalnya (mencontohinya), dia akan masuk syurga.” (Riwayat Bukhari Muslim)


Yang dimaksudkan dengan menghafal ialah menteladani,berakhlak dengan sifat –sifat Allah. Orang yang begini memang layak masuk syurga. Semakin banyak sifat-sifat Allah yang menjadi akhlak kita sehari-hari,semakin dekatlah kita dengan Allah. Dengan kata lain,tanda dekatnya hamba itu kepada Allah,dapat dilihat seberapa banyak sifat-sifat Allah yang dia contohi setiap hari. Itulah tanda taqarrub (akrab) seseorang itu dengan Allah. Semakin dekat dengan Allah,bila semakin banyak sifat-sifat seperti Ar-Rahman,sifat Ar-Rahim-Nya,sifat Ghaffar diamalkan dalam diri. Dia menjadi insan penyayang pengasih,pemaaf dan sebagainya.


Inilah yang dimaksudkan oleh Imam Al-Ghazali dengan katanya, “kita mengusahakan diri supaya diri ‘memakai’ sifat-sifat ketuhanan supaya berilmu,berbuat baik,menanam budi,lemah lembut dalam memberi kebajikan,penyayang kepada manusia ke jalan kebenaran.”
Percayalah,semua ini mendekatkan seorang hamba kepada Allah. Bukan pendekatan tempat tetapi pendekatan melalui sifat!


Jadi,sama-sama kita hitung diri.. sentiasa ingin berusaha kearah kebaikan..insyaALLAH..

Monday, April 13, 2009

Manusia Perubah..


Salam..
Emm..akhirnya dpt juga ana menulis..insyaAllah dengan apa yang Allah kurniakan..

Apa sebenarnya yang kita faham dengan MANUSIA PERUBAH, REVOLUSI,HOPE AND CHANGE dan istilah yang sama waktu dengannya..yelah,terpanggil juga rasanya untuk bercakap mengenai perkara ini kerana kita mudah mengungkapnya apabila ditanya mengenai apa yang kita mahu lakukan..setiap golongan pasti akan menyatakan bahawa mereka mahu melakukan perubahan..

Inilah persoalan yang ingin ana ajukan..perubahan ape ye..ana kira,sebelum kita ingin menjadi manusia perubah,kita perlu tahu apa yang kita mahu ubah..samada mahu ubah Negara,ubah pemimpin,ubah cara berdakwah,ubah personality,ubah diri dan macam-macam lagi..
Apa yang ana faham di sini, definisi mengubah yang tepat adalah ‘mengembalikan kepada yang asal’..Kerana Islam itu bersifat suci..mudah sahaja kan?x perlu berfikir panjang,Cuma perlu back to the basic..kerana Islam itu lengkap dengan segala panduan dan peraturan..antara mahu atau tidak untuk mengkaji dan mengikuti..subhanallah..tapi,itulah..pelaksanaannya bukan semudah seperti apa yang dikata..
Jika kita mahu menjadi generasi perubah,kita perlu ubah diri sendiri dulu..yelah,bagaimana ingin mengubah orang lain sekiranya kita berjalan pun x betul..ibarat ibu ketam yang mengajar anaknya untuk berjalan..
Pertamanya,ana kira, apa yang perlu ada pada seorang perubah itu sendiri adalah akhlak. Antaranya kita boleh lihat dari segi ketepatan waktu(lebih2 lagi bagi seorang pemimpin)..dengan waktu meetingnya,datang ke kelas..p/s:ana nasihat diri ana jugak..dari segi pergaulan/ikhtilat..xkiralah dengan kawan sekelas atau sahabat sefikrah..lebih-lebih lagi kepada kawan2 kita yang kat dalam kampus..sejauh mana kita menunjukkan akhlak yang perlu dicontohi oleh masyarakat kampus..-dari sini kita boleh nilai diri sendiri.
Selain itu,antara ciri-ciri manusia perubah juga adalah perlu sentiasa memberi nasihat..ustaz ana cakap,kita perlu berkawan dengan sume orang..yelah,bila dah rapat senanglah kita nak tegur..xkan nak main redah je kan..em,1000x peringatan untuk diri sendiri..
And lastly kita perlu ada ilmu.. kalau boleh lebih dari orang lain..dengan adanya ilmu,kita boleh menjadi sumber rujukan kepada orang lain..kerana ilmu itu asas kepada kehidupan..Dari ilmu lahirnya kefahaman dan diimplementasikan dengan amal perbuatan..
Dengan adanya 3 ciri ini,ana kira kita mampu untuk menjadi manusia perubah yang hasanah..

Thursday, April 2, 2009

BERKORBAN DEMI CINTA


Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia cabaran yang silih brganti
Dugaan mematangkan diri Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMU
Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
denganMu ku punyai segala
Takkan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga
Sisa hidup ini takkan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMU kebahagian

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pemimpin tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya
Salam..saje nk berkongsi bait2 lagu yang mungkin pernah dengar n perlu dihayati juga..sebuah lagu yang kadang2 membuat kita menangis,lagu yang memberi nasihat dan memujuk hati..syukran ya ukhti semua..

Tuesday, March 17, 2009

uKhUwAh

'Maafkan saya kak, saya dah tak mampu nak join kawan-kawan lain untuk ikut program lagi. Saya nak…’ Aduni mengeluh panjang dan berat, sambil menahan gejolak hatinya yang kencang. Berat sekali untuk meneruskan kata-kata yang hendak dia ucapkan kepada murabbinya. Namun, dia benar-benar merasakan dia tidak mampu untuk bersama-sama dengan jemaah dakwah yang ia sertai selama ini. Fikiran Aduni menerawang jauh mengenangkan detik-detik awal dia memasuki dunia dakwah. Aduni akui bahawa tarbiyahnya yang selama ini dia ikuti memberi impak yang sangat besar kepada pembentukan peribadinya. Dia mampu mengenakan busana muslimah secara sempurna kerana tarbiyahnya dan dia juga temukan keindahan ukhuwah dengan tarbiyah, bahkan dia mampu ‘bekerja’ sekarang kerana tarbiyah. Tapi saat ini, keindahan ukhwah yang dulu pernah dia rasakan terasa begitu hambar. Kemesraan dan kecintaan yang dibina bersama teman-teman se halaqah sudah mula memudar. Aduni merasakan teman-temannya terlalu cepat berjalan dan dia tertinggal jauh. Mereka begitu sibuk dengan amanah dakwah masing-masing, sementara pada waktu yang sama dia berasa tenggelam, malas dan letih dengan semua itu. Dia pun tidak tahu mengapa. Dia ingin teman-temannya mengerti kelemahan jiwanya dan membantunya keluar daripada jeratan-jeratan maksiat yang menjadi asbab kepada kemunduran semangatnya. Namun ketika dia mahu meluahkannya kepada mereka, dia lantas berasa sangat malu. Teman-temannya asyik membincangkan masalah dakwah bersama murabbinya membuatkan Aduni sukar untuk mengucapkannya. ‘Ala.. masalah kecik je, diorang mesti rasa buang masa je untuk cerita’, begitu fikirnya. Akhirnya dia tenggelam keseorangan menelan permasalahannya sehinggalah dia mencari teman-teman di luar komuniti dakwahnya untuk sekadar melabuhkan masalah yang terkubu di dalam hati.

Fenomena di atas bukanlah sesuatu yang mustahil dalam putaran dakwah. Jatuh bangunnya aktivis dakwah dalam meniti jalan ini, fenomena futurnya iman serta keguguran jundi-jundi dakwah adalah biasa dalam perjuangan ini. Itu adalah sunnatullah. ‘Imanu Yazid way an quz- Iman itu naik dan turun’. Akan tetapi yang patut disesalkan adalah ketika jatuhnya aktivis dakwah ini, ia bukan kerana mereka tidak mahu bangun dan kembali bersama dakwah, tetapi kerana orang-orang yang disekelilingnya tidak mahu membantunya bangkit semula bahkan tidak peduli sama sekali kalau saudaranya sedang terjatuh. Inilah yang patut direnungi bersama. Kisah Aduni adalah satu contoh. Kadang-kadang seorang murabbi itu merasakan bahawa anak-anak buahnya sangat bagus sekali, mendengar pengisian dengan teliti dan bersemangat, mencatat nota dengan rapi, kemudian pulang ke rumah masing-masing dengan aman. Tiada sebarang masalah. Padahal di sebalik penampilan yang bagus di hadapan murabbinya, ada jurang kemaksiatan yang dilakukan tanpa pengetahunnya. Anak buah seterusnya mahu mengundur diri dan merasa diri tidak setanding dengan teman-teman halaqahnya. Kuncinya di sini adalah dengan berterus-terang. Mutu sesebuah halaqah itu sangat bergantung kuat pada kualiti dialog yang dibina di dalam halaqah itu. Tidak mungkin dialog-dialog itu mampu berlaku dengan baiknya jika tidak adanya keterbukaan pada jiwa individu yang ada didalam halaqah tersebut. Keterbukaan di sini adalah berterus terang dalam menyampaikan segala permasalahan walau sekecil manapun masalah itu. Jangan memandang enteng sesuatu masalah itu jika itu memang memerlukan penyelesaian. Bagi seorang murabbi tidak sebolehnya terlalu mempercayai bahawa ia telah memberikan banyak bahan dan terlalu yakin bahawa mad’unya telah menjadi kader-kader yang tidak mungkin jatuh tatkala ketika tersadung batu ujian. Lihat sahaja kisah keterbukaan Kaab bin Malik semasa perang Tabuk kepada Rasulullah saw. Panglima besar Islam itu tidak mahu berperang hanya kerana malas! Namun dia bersimpuh di hadapan Rasulullah saw sambil berkata, "Wahai Rasulullah, andai aku berhadapan dengan selain engkau, aku yakin aku dapat mencari alasan, namun aku khuatir Allahswt akan membuatmu marah padaku dengan mengungkapkan kedustaan itu melalui wahyu…” Apa yang ditonjolkan Kaab sudah cukup menjadi renungan kita semua akan erti keterbukaan,berterus terang dan kejujuran. Di sanalah kuncinya.Ketika seorang mad’u berterus terang akan kesalahannya, maka akan legalah hati walaupun mungkin ianya memalukan. Di saat itulah motivasi rohani daripada murabbi dan nasihat teman-teman harus segera diberikan untuk membantu dan mengembalikannya semula kepada langkah yang sudah ditinggalkan. Eratkan kembali ukhwah. Satu lagi perkara yang berperanan besar dalam menjaga stamina ruhiyah seorang individu dalam tarbiyah adalah ukhwah. Kadang-kadang kerana kesibukan yang mencengkam, hak-hak ukhwah yang seharusnya kita berikan kepada saudara kita menjadi terabai. Maka wajarlah apabila kita rasakan sewaktu berprogram atau pertemuan rutin seperti menjadi kering tanpa makna. Kosong! Perkara sebegini haruslah diatasi.Sesibuk manapun kita dengan aktiviti yang dilakukan, hak-hak ukhwah harus tetap kita berikan. Berwajah ceria ketika bertemu, saling berziarah sehingga kita tahu keadaan keluarganya,masalah yang sedang dihadapinya serta keadaan imannya. Cari masa untuk bermalam bersamanya agar dapat bertukar cerita sehingga kita boleh merasakan sifat empati terhadap permasalahan saudara kita. Saling nasihat menasihati baik diminta ataupun tidak, saling bertukar-tukar hadiah dan saling mendoakan doa rabithah. Andai kesemua hak-hak ukhwah tersebut kita tunaikan, akan menjadi tipislah kemungkinan untuk gugurnya sahabat-sahabat kita di atas jalan dakwah ini, insyaAllah. Akhirnya saudaraku, tarbiyah itu unik. Di situ bukan sahaja sekadar perpindahan ilmu dan bahan, tetapi adalah proses bagi setiap individu di dalamnya untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Dan lebih dari itu, langkah-langkah ke arah menjadi lebih baik itulah yang menjadikan kita mengerti akan hakikat hidup berjemaah. Tarbiyah bukanlah segala-galanya, namun segala-galanya bermula dari tarbiyah

RENUNGAN BUAT DIRI

Ana ingin membawa antum berfikir sejenak..

Kita seringkali mengeluh,tertanya-tanya,adakalanya marah..mengapa sahabat kita ni x faham-faham..kenapa tiba-tiba je dia lari jauh dari medan perjuagan,kenapa dia sanggup buat macam 2,macam ini..kenapa ye?sepatutnya dia dah faham..bila ada masalah ataupun konflik,,kdg2 x tahu dari mana puncanya ia bermula.kt kadang-kadang sering salahkan orang lain,,kenapa dia macam ni.die sepatutnya macam ni..macam ni..die sepatutnya dah faham..kita juga sering mengeluh..kenapa ana usrah kita ni jd macam 2,macam ni..kenapa di x faham-faham..sdgkan ana dah bagi yang terbaik..kenapa dia x berubah,kenapa die masih lagi x pakai stoking,kenapa??kurang ke ape yang kt dah beri?..kalau exam pula,,kenapa ana dapat result teruk sangat..x cukup lagi k usaha ana..knp ana x dapat flying colours macam shbt2 yang lain..
Emm,byk betul persoalan yang yang kadang-kadang sering bermain dalam fikiran kita..kenapa..kenapa..dan kenapa..di sini ana tiada jawapannya,tapi ana mahu diri ini n sahabat2 berfikir kembali sejauh mana kita memberi..yelah..muhasabah n nilai diri..kenapa tidak diri kita sahaja yang meletakkan kesalahan tersebut pada diri kita jika berlaku sesuatu konflik contohnya..berkali-kali ana mengingatkan diri sendiri..nilai dan muhasabah..oo,mungkin berlaku masalah ni kerana ada kesilapan yang aku dah lakukan dan sejauh mana kita berusaha untuk memperbaiki keadaan..adakah kita dah pun membantu atau hanya mampu mengkritik,berhujah dengan teori..sejauh mana kita memberi,sejauh mana kita mamahami..macam keputusan exam juga..kenapa x dapat cemerlang..kenapa gagal subjek..tapi dah ke kita nilai diri,berapa banyak je yang kita dah study,berapa banyak yang kita faham..berapa banyak dah masa kita yang dah terkorban..tapi,mcmmana pula kalau kita dah memang berusaha??mgkin Allah x nak bagi lagi,mgkin x cukup lagi usaha kita,mgkin belum sampai masanya Allah nak beri.mgkin Allah x nak beri kejayaan itu sekarang dengan cara Allah tangguhkan dulu..macam 2 juga dengan anak usrah yang belum lagi menampakkan riak-riak perubahan..walaupun mungkin kita berfikir yang kita sudah cukup memberi..sabarlah..hati mereka bukan milik kita..mungkin belum sampai masanya..mungkin kita x cukup lagi memberi..i2 sume kerja Allah..Allah i2 maha mengetahui..dia sahaja yang berkuasa memegang hati hambaNYA..
….apa yang penting adalah meletakkan pergantungan kita dengan Allah..Allah pasti ada jawapannya..sejauh mana kita bermuhasabah,menilai..setiap rentak kehidupan yang Allah aturkan pasti ada sebab dan hikmahnya..berusahalah untuk menjadi positif pada kehidupan dan jika Berjaya ana percaya tiada lagi persoalan kenapa…
Dan sejauh mana kita memberi…