Friday, March 26, 2010

I'AM PROUD OF PMI..



Simfoni malam nurani’ dan forum yang bertajuk ‘Peranan mahasiswa dalam memaju ekonomi Dunia’ merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Simfoni malam nurani ini saya kira agak menarik kerana ianya lebih berkisarkan tentang kesasteraan dimana antara slot yang dimuatkan adalah bacaan sajak, teater ‘Menunggu Kata Dari Tuhan’, persembahan dari dua buah band dan beberapa slot lain.

Kelainan yang terdapat di dalam program ini jika dibandingkan dengan program yang lain adalah dari pihak PMI sendiri cuba ingin mengetengahkan cara sebenar berhibur dalam Islam. Bagaimana hiburan yang tidak melalaikan, cara penyampaian dan sebagainya. Amat unik dan menarik. Saya kira ianya Berjaya menarik ramai orang untuk datang mendengar dan melihat sendiri kelainan yang ada semasa program ini. Apa yang saya dapat lihat adalah PMI Berjaya menarik semua golongan untuk datang tidak kira samada yang free hair,golongan yang bercouple, golongan pakcik dan makcik dan seterusnya penyokong mahasiswa itu sendiri.

Sedikit sebanyak melalui hiburan yang diketengahkan, PMI dapat memberi guideline kepada penonton tentang adab semasa berprogram. Dari situ, PMI memantau kedudukan tempat duduk antara lelaki dan perempuan dan seboleh-bolehnya tidak bercampur antara mereka. Sebelum program bermula juga, terlebih dahulu mereka yang terlibat menunaikan solat isyak secara berjemaah di tapak konvo bersebelahan dengan tempat program.

Saya berharap pendekatan yang dibawa oleh PMI pada kali ini dapat dicontohi oleh mana-mana organisasi yang mahu menjalakan satu-satu program. secara tidak langsung saya berbangga dengan usaha yang cuba dilakukan oleh PMI sendiri dan berharap ini adalah permulaan bagi PMI untuk mengorak langkah dengan membawa pelbagai lagi pelbagai kejutan dan setersunya Berjaya melebarkan sayap dakwah di kampus.

Monday, March 22, 2010

monolog diri

Mahu mencari sahabat memang susah
Kan indah jika mereka mengerti makna persahabatan
Mengerti ada apa dalam berkasih sayang
Mengerti dan memahami

Ini semua bukan kerana dunia semata
Tapi hanya kerana Mu YA ALLAH..
Aku malu dengan diriku sendiri
Tidak mampu menjadi yang terbaik
Samaada antara aku dengan pencipta
Mahupun aku dengan hambaNYA

Teringat aku kata-kata ustaz
Erti hidup pada memberi
Yaa,memang benar
Tapi kadang kala sebagai insan yang lemah ini
Aku juga mahu menerima

Seringkali aku bermonolog dengan diri
Ahh,lemahnya diri
Usah dilayan perasaan sendiri
Tiada apa yang dapat melainkan sakit hati

Jangan lemah
Kerana kau perlu ingat
Kau juga telah Allah kurniakan sahabat
Jauh lebih baik dari mereka
Cumanya kau harus memberi lebih
Walaupun kadang-kadang kau sedar dirimu jua ada kekurangan
bukan niat aku meluahkan untuk mengharap simpati
tetapi berharap agar ada yang mengerti
AKU MEMERLUKAN KEKUATAN………….
HANYA KEPADA ENGKAU AKU SANDARKAN PERGANTUNGAN…………..

Thursday, February 4, 2010

TaNdA - TanDa KeMaTaNgAn

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.


Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.


Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.


Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.


Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.


Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.


Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur

Friday, January 15, 2010

emm..KAHWIN???



Kahwin?


Sensitifkah apabila berbicara tentang perkahwinan? Saya mula membuat perkiraan tentang hal ini. Terpulang pada diri masing-masing sebenarnya. Saya seringkali terbayangkan sesuatu yang amat berat apabila berumahtangga. Apa tidaknya, tanggungjawab semakin bertambah. Bukan mudah juga apabila bergelar seorang isteri atau suami. Lebih-lebih lagi bagi yang masih bergelar mahasiswa.


Tetapi, disebalik tanggungjawab yang banyak, manfaatnya juga banyak bukan..em,,tidak dinafikan..kadang-kadang bila dilanda musibah (moga ianya Allah beri untuk beri kekuatan pada kita),terdetik dalam hati untuk berkahwin..em,bukan apa,selain sahabat-sahabat,kita ada insan untuk menjadi penguat. Kerana masing-masing mamahami jalan yang sedang dilalui. Ini kerana setiap insane berbeza situasinya. Ada yang hanya mempunyai sahabat selain dari Allah. Sedangkan keluarga agak sukar memahami situasi diri.


Jadi, disinilah peranannya. Disamping berpeluang menambah pahala, Juga sebagai wasilah memudahkan gerak kerja. Subhanallah, moga kerana ia, membawa kita jalan ke syurga.
Em,pagi semalam,baru sahaja saya bercerita dengan seorang sahabat tentang hal kahwin ini.kelakar pun ada sebab yelah, bermimpi berkahwin cara demokrasi..nak tergelak pun ada bila diingat kembali..mentang-mentanglah PRK dah nak dekat..tapi,itu hanya sekadar mimpi.


Berbalik semula, Persoalannya, dah bersedia ke? Emm,xpe..mungkin diperingkat ini perlu merancang. Merancang supaya ianya mudah suatu hari nanti. Bagaimana ye nak merancang ni..perlulah ada ilmu, mantapkan hubungan dengan Allah supaya kita juga mendapat orang yang cintakan Allah sepertimana kita mencintai Allah(insyaAllah),dan istikharah…mudah-mudahan kita mendapat pasangan yang telah ditentukan ALLah,dan bukan semata-mata kerana pilihan kita sendiri.




Buat sahabat, saya sekadar berkongsi. Mungkin kita sudah matang untuk berfikir. Jadi, pentingnya dari saat ini berdoa moga-moga dikurniakan suami atau isteri yang soleh/ah yang bersama-sama berjuang pada jalan Allah. Moga dia menjadi wasilah untuk mendekatkan diri kita kepada ALLAH. Saya pernah terdengar ‘sama sahaja, berkahwin dengan pasangan sefikrah kadang-kadang tidak membantu juga dalam untuk aktif bergerak kerja,malahan sama-sama futur tercicir entah kemana’. Tapi,kita yang sudah memahami,saya rasa tidak wajar berfikiran begitu kerana kita perlu ingat, tidak rugi berusaha. Soal tercicir atau tidak sebenarnya bergantung pada diri sendiri . Mahu atau tidak, dan selebihnya serahlah pada Allah..


YA Allah, Kau tentukanlah yang terbaik untuk hambamu..

ADUHAI MALUNYA...


Aduhai malunya..


Malunya seorang muslimah
Malu secara fitrah
Agak sukar untuk diubah
Malu seorang muslimah
Moga malunya kerana Allah
Malu memandang kemungkaran,malu menyingkap perhiasan diri,malu semata kepada Allah
Bagaimana pula malu seorang mujahidah?
Malu kerana Allah itu wajib dan pasti
Di sini mujahidah perlu berhati-hati
Menentukan malu tepat pada tempatnya..
Jangan sampai malu mujahidah mengundang masalah
Malu melontar suara, malu bergerak kerja
Ini bukan malu pada tempatnya
Ayuh..bangun wahai mujahidah
Banyak lagi hal ummah yang perlu dipandang dan difikir penyelesaian
Sampai bila mahu malu
Buang ia semata kerana Allah.








*muhasabah buat sahabat muslimah mujahidah...

Sunday, December 27, 2009

SHARING..


Salam mahabbah buat sahabat-sahabat pembaca blog. Sudah lama rasanya ana tidak mengisi ruangan blog ini tetapi Berjaya juga ana mencuri masa yang sepatutnya untuk ana menulis lagi walaupun tidaklah sehebat mana.

Minggu lepas merupakan minggu yang paling memenatkan dan menggembirakan bagi permulaan semester ini. Apa tidaknya, sebagai pelajar pendidikan kemahiran hidup,bagi semester ini, ana perlu berkebun dan menjahit. Cubalah sahabat –sahabat bayangkan,ana perlu menyiapkan satu baris batas sepanjang 30 kaki dan selebar 3 kaki. Memang agak sukar juga bagi ana yang jarang memegang cangkul. Tapi,tiada apa yang mustahil kerana ianya dapat disiapkan walaupun agak penat dan masih lagi berbekas sakit di tangan.

Tetapi, ana agak gembira kerana disebalik kepayahan, jika kita tidak berputus asa,akan Nampak juga hasil yang kadang-kadang tak terjangka oleh akal kita sendiri. Begitu juga dalam perjuangan. Pelbagai cabaran dan kepayahan yang kita terpaksa tempuhi,tetapi disebalik kepayahan itu dengan berbekalkan kesabaran , Allah telah janjikan hasil yang terbaik untuk kita. Surah as-saff:

“wahai orang-orang yang beriman!mahukah aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?” (10)

“iaitu kamu beriman kepada ALLah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”(11)

“nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dank e tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘And. Itulah kemenangan yang agung”.(12)

“dan (ada lagi)kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat(waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin.” (13)

Secara analoginya, Perjuangan oleh pencinta agama Allah ini ibarat menanam pokok(islam). Perlukan kesabaran untuk menjaganya dari serangan serangga(musuh agama) dan perlulah istiqamah menyiram pokok tersebut sesuai pada waktunya(amalan). Hasilnya,akan terhasillah buah-buah yang mana memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Begitu indah peraturan dunia yang telah Allah tetapkan kepada manusia. Cumanya, terpulang kepada manusia itu sendiri samaada mahu merenung setiap apa yang terjadi. Yang bahayanya,apabila manusia mula mengeluh dengan apa yang menimpa diri. Bimbang apa yang dikeluhkan menjadikan apa yang kita lakukan itu tidak ikhlas. Oleh itu, perlulah berhati-hati dan membuat persiapan rohani supaya setiap apa yang bakal berlaku,kita memandangnya sebagai satu peluang untuk kita merenung dan memperbaiki diri. Percaya atau tidak, melalui pengalaman dan pemerhatian, setiap pengalaman samada kesusahan,kesenangan dan masalah yang ditempuhi menjadikan diri kita lebih matang pemikiran dari orang lain.

p/s; kunci kejayaan : sabar + usaha + penyerahan kepada Allah

Sunday, October 11, 2009

APA YANG BUKAN JANGAN KAU TANGISI MILIKMU


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya. " Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!