Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dlm isi ikan..tp,bl ikan tlh mati,secubit grmpun sudh cukup untuk memasinkannya..begitulah HATI, hati yg hidup sgt sukar dinodai,tp bl hati telah mati,mudhnya dipengaruhi..mg Allah sentiasa pelihara hati kita..HATI yg dpilih Allah utk mndpt hidayahNYA ..sudah tentu hati yg menyesali akn dosanya..
Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk meneruskan penulisan walaupun ianya tidaklah seberapa. Kali ini saya ingin berkongsi bersama-sama sahabat-sahabat berkenaan dengan ceramah yang saya hadiri pada petang jumaat di MSI bersama sahabat mahasiswi yang lain tetapi isinya sudah saya tambah dan inovasikan..=). Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberi kelapangan masa untuk saya bersama sahabat-sahabat untuk hadir ke majlis ilmu yang mana setiap majlis ilmu itu ada malaikat bersama-sama dengan kita dan moga dengannya, kita mendapat rahmat Allah sentiasa.
Menggapai cita-cita
Masing-masing mempunyai cita-cita tersendiri. Begitu juga dengan saya. Dan setiap cita-cita yang diletakkan pastinya yang dirasakan terbaik untuk diri kita. Dan pastinya setiap orang bercita-cita kea rah kejayaan dan bukannya kegagalan. Hmm..Apa yang kita faham dengan kejayaan? Jika ditanya kepada mahasiswa atau pelajar sekolah pastinya mereka mahu untuk Berjaya di dalam pelajaran. Tetapi adakah hanya itu sahaja kejayaan yang hendak dicapai? Tidakkah ianya terlalu sempit dan sementara.
Saya ingin membawa sahabat-sahabat untuk memahami erti kejayaan itu, dimana kejayaan manusia itu sebenarnya hanyalah dalam agama dengan cara mentaati Allah dan mengamalkan sunnah rasulullah. Diperumpamakan dalam situasi dimana andaikata kita ditakdirkan untuk gagal dalam peperiksaan (nauzubilllah), boleh sahaja kertas itu di ulang semula dan cuba kita bandingkan pula dalam satu situasi dimana sewaktu sudahpun berada di alam kubur, bolehkah kita ulang semula dan meminta untuk dikembalikan hidup untuk memperbaiki amalan kita yang boleh dikatakn tidak seberapa?
Nah saya tinggalkan persoalan ini kepada sahabat-sahabat. Bila sudahpun berada di alam kubur, soalan pertama yang akan ditanya oleh malaikat adalah ‘siapa tuhan kamu?’ dan pa
da waktu itu bukan mulut petah kita yang menjawab tetapi iman kita yang menentukan jawapan yang keluar nanti.
Hakikat cinta
Hakikat cinta itu adalah dengan yakinnya kita dengan kalimah Lailahaillallah muhammadarrasulullah. Saya kira semuanya sedia maklum dan biasa dengan kalimah ini. Sebuah kalimah keramat yang menetukan samadaa manusia itu kelak berada di neraka ataupun syurga. Kalimah inilah yang membuktikan hakikat cinta kita kepada Allah, Jika benar-benar yakin dengan keesaan dan zat Allah. Makanya, Sentiasalah perbaharui iman kita dengan mengucapkan kalimah lailahaillahllah. Cintanya kita kepada Allah dengan cara selalu bercerita mengenai Allah secara berulang-ulang. Seperti seorang kekasih yang selalu menyebut tentang kekasihnya dalam setiap saat hidupnya kepada orang lain. Begitu juga dengan kisah cinta Qais dan Laila dimana qais begitu mencintai laila sehinggakan setiap orang yang dijumpai akan diserahkan hasil tulisannya berkenaan betapa besarnya cintanya kepada Laila. Sedangkan mereka bukanlah pernah berjumpa, Cuma khayalan semata-mata. Begitu juga kisah cinta Rabiatul Adawiyah di mana tahap kecintaannya kepada Allah melebihi segalanya. Setiap detik dan helaan nafas wali Allah ini adalah untuk penciptanya semata-mata. Subhanallah, jika kita Berjaya menjadi seperti itu, iaitu meletakkan hakikat cinta pada yang sepatutnya dengan Meletakkan tahap kecintaan tertinggi kepada Allah.
Saya ingin memetik kata-kata dari seorang ahli sufi ketika majlis ilmu dimana beliau menyebut "Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah." Subhanallah..dari cerita ini, bolehlah kita bermuhasabah dan menilai diri kita ini bagaimana.
Setiap sesuatu itu bermula dengan cinta. Lahirnya kita di dunia ini kerana cinta, terciptanya kita di dunia ini juga adalah kerana cinta Allah pada hambanya. Tanda cinta Allah adalah dengan memberi dan terus memberi. Cumanya manusia itu sahaja yang seringkali lupa untuk bersyukur. Saya teringat kata-kata ustazah dimana dia menganalogikan sebuah nilai cinta itu seperti sebuah pasangan kekasih di mana apabila berada di pasaraya untuk membeli belah, si lelaki akan menawarkan kesediaannya untuk menbayar setiap perbelanjaan semasa mereka berjalan bersama. Tinggal ambil sahaja. Wah!! Bukankah bertuah jika begitu. Sahabat-sahabat, begitulah juga dengan kecintaan Allah kepada kita. Allah memberi walaupun kita tidak meminta dan kadang-kadang Allah tidak memberi apa yang diminta kerana DIa tahu apa yang terbaik untuk kita. Hebat dan kasihnya Allah kan?..kita bagaimana ya? Adakah kita benar-benar bersyukur? Menunaikan segala perintahnya kerana kasihnya kita kepada DIA? Sama-samalah merenung kembali kita ini di mana sebenarnya.
Hakikat sebuah cinta dan kejayaan Sebuah cinta dan kejayaan. Apa kaitannya? Hmmmm..saya pun sedang berfikir. ..=).hehe.begini..seperti yang saya katakana tadi hakikat sebuah kejayaan itu bilamana kita mentaati Allah dan Rasulnya. Dan sebuah CINTA itu sudah cukup untuk menggerakkan kita ke arah mentaati Allah dan Rasulnya. Oleh itu marilah kita mengenal hakikat sebuah CINTA !!!
assalamualaikum..huh..bersawang sudaa...dah la banyak blog walking...ish3x...emm..dah lama rasanya x mengasah pemikiran untuk berfikir meluah idea...seringkali kesibukan menjadi alasan..tetapi orang len boleh je..2 lah..kadang-kadang kita terlalu awal meletakkan mind set pada pemikiran kita bahawa kita banyak kerja dan tiada masa utk menulis semula..
bila tidak berfikir, tiada apa akan berlaku!
saya seringkali berada dalam situasi ini sekarang..kenapa otak seolah2 menjadi tumpul. mengharapkan orang lain untuk berfikir terlebih dahulu dan kita hanya merespon..kadang-kadang xde idea nak merespon. saya kira situasi ni sangat memenatkan...
apabila menganggap setiap perkara yang pernah kita lalui itu biasa, maka kita sering terlepas pandang apabila disebut semula buat kesekian kalinya setelah beberapa tempoh masa..sedangkan ianya merupakan perkara yang penting sebenarnya..
juz do it!
mahu memulakan perlukan keberanian..sejak kebelakangan ini, saya mendapat satu formula dari pengalaman-pengalaman sebelumnya yang saya telah lalui. bukan bermaksud x perlu berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tetapi kadang-kadang kita perlu meletakkan keberanian dan keyakinan sebagai asas untuk memulakan. tapi jangan terlalu yakin pula. contoh situasi yang mana semester lepas saya mengambil subjek jahitan(amali). sebelum memulakan amali, pensyarah akan menerangkan terlebih dahulu cara-cara untuk menjahit dengan betul. dan selepas itu, perlu buat semula seperti yang diterangkan. jikalah ada pelajar yang tidak yakin dan kurang berani, saya rasa kerja kita akan lambat siap..terlalu takut dengan bayang-bayang "betul ke ni"....melakukan kesilapan itu biasa..dari situ kita belajar...yakin itu perlu tetapi jangan terlalu yakin..am i right?..sebab itu Allah kurniakan kita akal untuk berfikir..semester ini, saya mengambil subjek amali kimpalan. saya dan rakan-rakan yang lain ditugaskan untuk membuat toolsbox. punyalah semangat mengira dan mengukur kepingan besi tersebut. dan tibalah masanya untuk menggunting. dengan yakin tanpa berfikir, terus ja gunting tanpa melihat gambar pelan asal di atas kertas.. di situ berlaku kesilapan..terlebih potong suda...haaa..dalam penat mengukur tadi, berlaku pula kesilapan..Allah sedang uji kesabaran ni..ish2x...disini saya hanya ingin highlight berkenaan dengan perlu berani dan yakin untuk memulakan, tetapi perlu berfikir terlebih dahulu..
sebenarnya orang yang sentiasa berani dan yakin ini ada tipsnya..mahu memiliki keberanian dan keyakinan, dan semua itu bersumberkan dari Allah.. maka selalulah berdoa, berzikir, perhebatkan amalan sunat..insyaAllah, jika istiqamah mengamalkannya.... secara x sedar, keberanian dan keyakinan itu telahpun meresap dalam diri kita..Allahuakbar..besarnya kuasa Allah kan?..
setakat ni dulu..proses membersihkan blog dari sawang...huhu...=)
Hari ni merupakan hari keempat raya. Saya masih berada di rumah bersama keluarga. Raya kali ini agak menggembirakan kerana rumah diceriakan dengan telatah 3 anak saudara yang pulang beraya bersama. Kadang kala agak pening juga untuk mengawal mereka kerana masing-masing mempunyai karakter masing-masing. Kak long(anak sedara yg sulong),6 tahun, saya kira amat menguji tahap kesabaran saya. Boleh dikira tahap nakal yang melampau-lampau. Yelah..kalau sehari dua boleh tahan lagi, tetapi jika berhari-hari kadang-kadang terasa terlalu geram..
‘Budak-budak..biasalah’..saya memujuk hati. Kadang saya bermuhasabah diri mungkin ini ujian Allah untuk saya sebagaimana yang dipraktikkan sebelum ini. Cuma situasi sahaja yang berbeza. Di kampus suasana adalah berlainan manakala di rumah pula berlainan. Di kampus kita bersama dengan sahabat-sahabat yang mempunyai sealiran pemikiran, kematangan yang lebih kurang sama dan masing-masing saya kira boleh bertolak ansur antara satu sama lain. Ujian yang berat adalah Allah menguji kita dengan orang disekeliling kita sendiri (orang yang kita sayangi).
Anak-anak merupaka anugerah Allah kepada kita(dalam kes saya :anak saudara). Mereka bukanlah tahu tentang semua perkara yang betul dan yang salah. Cuma kitalah yang perlu membentuk mereka. Mungkin mereka nakal dan sampai satu tahap agak menguji kesabaran. Tetapi jalan yang terbaik..bersabarlah. .Allah sedang melatih kita untuk bersabar dan mana tahu apabila sudah Berjaya menghadapinya dengan baik, sampai masanya berumahtangga dan mempunyai anak, insyaAllah dapat membentuk dan mengawalnya dengan lebih baik.
Cuba letakkan diri kita dalam diri mereka. Kita akan tahu bagaimana cara untuk mengatasinya.
CINTA.. Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku, Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu.. Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku, Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu.. Andai saja kau JAUH dari diriku, Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku.. Andai saja kau HILANG dariku.. Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!
Cinta.. Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu.. Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku.. Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan.. Biar harta dan jasad terkorban.. Kerana cinta ini yang ku damba!
Cinta.. Menyebut namamu takkan pernah jemu.. Mengingatimu takkan pernah lupa.. Memujimu takkan pernah rapuh.. Janjimu sentiasa teguh.. Cinta sehidup dan selepas mati.. Cinta yang sentiasa bahagia walau derita.. Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu! Aku hidup kerana cinta itu! AKu mati kerana cinta itu!
Cukup bagiku cintamu.. Itulah pelindung yang memeliharaku.. Itulah ketenangan yang mententeramkan aku.. Itulah kebahagiaan yang menyinariku..
Engkau yang selalu ada.. Engkau yang sentiasa bersama.. Saat suka dan duka.. Aku cinta padamu.. Aku cinta pada takdirmu.. Aku cinta pada jalanmu..
Atas nama cinta.. "Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.." Atas nafas cinta... Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akhbar.. Jihad cinta buatMu ya Rabb... Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu.. Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu
Sejak dua menjak ini, sering berlegar dalam fikiran..dimanakah keberkatannya..saya berharap pembaca termasuk dari kalangan orang yang hanya pada setap perbuatannya semata-mata hanya mencari redha dan keberkatan dariNYA..
Pada waktu kritikal musim peperiksaan ini banyak perkara yang boleh berlaku..samada sedar atau tidak..adakah kita benar-banar jujur dengan diri sendiri..dimanakah keberkatannya sekiranya pada waktu peperiksaan masih sempat berbincang dan meniru. Kadang-kadang hati ini teramat geram dengan tingkah laku sesetengah pelajar antara layak atau tidak bergelar mahasiswa dengan bersahajanya berlaku tidak adil sewaktu menjawab peperiksaan.. Dari pihak diri saya sendiri berasa amat kesal dengan suasana begini. Tidak sedarkah kita yang ilmu yang dituntut ini akhirnya akan ditanya kelak oleh Allah s.w.t. ilmu itu wajib untuk kita tuntut, tetapi perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara. Tidak bimbangkah kita apabila bekerja nanti, ijazah yang digunakan sebagai syarat ini akan kita gunakan untuk kita mencari rezeki di bumi Allah ini.dengan rezeki itulah kita suatu hari nanti akan memberi kepada orang lain..jadi, di sini, dimanakah keberkatannya..bahagiakah kita tanpa redhanya?
Cubalah berpijak di bumi yang nyata, dimanakah kita sekarang? Apakah kita selama-lamanya akan hidup? Adakah dengan segulung ijazah ini akan menjamin kita untuk ke syurga milik Allah. Atau dalam hati langsung tidak berminat untuk memasukinya..nauzubillah..periksa hati kita sekali lagi..
Adakah apabila dikatakan amaran Allah, hati kita tidak tersentuh langsung..ataupun buat-buat tidak endah. .
‘Allah tidak melihat hasil, tetapi Allah menilai usaha kita’
Nah, berusahalah sehabis daya dengan cara yang betul. Jika merasa diri lemah dan tidak mampu, Allah ada untuk mendengar segalanya. Allah ada untuk membantu kita. .siapa kita untuk menentukan yang terbaik untuk diri sendiri melainkan semata-mata melalui ‘iradatnya’.
Moga-moga kita mampu bermuhasabah. .Bukan mahu menyalahkan sesiapa tetapi mahu membuka minda untuk sama-sama kita berfikir dengan sedalam-dalamnya.