Friday, September 9, 2011

Selamat datang dan selamat kembali, Mahasiswa..



Selamat datang diucapkan kepada mahasiswa-mahasiswa yang baru sahaja memulakan kehidupan baru di universiti masing-masing terutamanya Universiti Teknologi Malaysia. Alhamdulillah, pilihan ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t dan menjadi peranan diri mahasiswa masing-masing untuk memilih kehidupan yang baik atau sebaliknya. Kerana setiap detik masa itu pasti kita tidak akan lepas dari melakukan pilihan. Samada ianya sesuai dengan nafsu ataupun iman kita.


Alam universiti merupakan satu alam yang sangat menyeronokkan bagi saya dan tentunya juga bagi sahabat-sahabat di luar sana. Pelbagai perkara baru yang boleh kita lakukan bersama. Antaranya menyertai aktiviti-aktiviti persatuan di dalam university, berkenal-kenalan antara rakan-rakan sekuliah, kolej dan juga persatuan, menambah ilmu pengetahuan sebanyak yang mungkin, belajar  membawa diri dan belajar untuk menjadi pemimpin . Sabda Rasulullah s.a.w:


“Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepimpinannya”....ila akhir hadis.


Oleh itu, tidak dinafikan, akan terdapat pelbagai cabaran yang akan ditempuhi oleh mahasiawa-mahasiswa tidak kiralah yang baru ataupun sudah lama berada di alam universiti. Antaranya adalah kejutan budaya, rakan-rakan, dan juga suasana sekitar. Mahasiswa perlu bijak menentukan arah tuju kehidupannya di alam universiti. Jadi amat penting bagi mahasiswa untuk menyiapkan diri dengan pelbagai  ilmu yang mana bukan sahaja ilmu akademik malahan yang paling penting adalah ilmu agama itu sendiri sebagai seorang muslim.


Belajar itu adalah satu amanah. Amanah daripada ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka menjadi manusia yang berjaya dan juga amanah dari Allah supaya kita ini menjadi insan yang berilmu di dunia dan di akhirat.


 Matlamat utama mahasisiwa bukanlah semata-mata untuk memperoleh segulung ijazah tetapi juga memperoleh redha Allah. Akhir kalam, selamat menempuh alam universiti buat semua mahasiswa. Moga beroleh keberkatan dalam menuntut ilmu.


~wajah-wajah yang menyenangkan~



Haikal sedang membesar

Fikriy

Angah dan Haikal

Haikal (kononnya nak buat peace=)

Angah pakai tudung nenek!

sepupu: Irsyad

Kakak dan Angah




anak saudara itu adalah anugerah!!!
cuti bersama mereka mengajar diri ini erti sabar yang sebenar...

Sunday, May 1, 2011

UKHUWAH MELANGKAUI HUBUNGAN DARAH








‘Manisnya ukhuwah itu melangkaui hubungan darah’. Kata kata ini saya dapat dari seorang sahabat. Memang benar. Dan saya ingin kaitkannya dengan ungkapan yang sering diungkapkan ‘aku mulia kerana ISLAM’. Apa yang sahabat-sahabat faham berkenaan dengan kedua-dua kata-kata keramat ini?

Ok, Berkaitan dengan reality hidup, saya dan sahabat-sahabat dari kolej KTHO & dengan kerjasama beberapa sahabat-sahabatdari KDSE baru sahaja pulang dari gunung pulai. Ini kali pertama saya singgah ke sana. Kami sempat mencelup kaki dan bermain air selama beberapa jam..emm.,.sejam setengah mungkin..ada sahabat yang berpeluang mandi kerana membawa pakaian persediaan yang selengkapnya. Alhamdulillah, walaupun hanya dapat mencelup kaki, tapi ada nikmatnya di situ. Biasalah, keterbatasan muslimat untuk mandi di sungai agak menghalang juga keterujaan kami.

Tidak banyak yang dapat dikongsi, tetapi saya merasai nikmat ukhuwah itu. Makan sandwish tergigit lada, sampai mengalir air mata (first time kot tergigit lada), digigit pacat yang disangka ulat biasa, sempat berusrah di dalam halaqah semasa di sungai (tajuk rahsia) dan sempat bergambar bersama sahabat-sahabat.

Selepas tu, kami singgah ke majlis perkahwinan kak sutinah(mantan pimpinan PMI yang lepas). Saya pun tidak berapa kenal, tetapi ukhuwah kerana Allah itu yang menggerakkan kami untuk ke sana. Sempat juga didoakan oleh mantan pengerusi HEWI PMIUTM sesi lepas “lepas ni giliran laila pulak ye”..emm..saya no komen..hanya mengaminkan.

Alhamdulillah, dengan memilih ISLAM, saya memperolehi semua itu. Betapa besar nikmat yang Allah berikan ini. Pergilah ke mana-mana tempat sekalipun, Allah akan hadiahkan kita dengan nikmat ukhuwah melangkaui hubungan darah. Sahabat-sahabat yang membaca tentu faham. Mulai dari di UTMKL, saya memperolehi ramai sahabat. Boleh dikatakan sangat rapat melebihi adik beradik dan apabila berada di UTM JB, saya dihadiahkan Allah sekali lagi sahabat-sahabat yang berganda-ganda ramainya.

Perlu difahami, kita akan merasai ukhuwah itu bukan hanya setelah melalui saat-saat manis bersama tetapi juga melalui saat-saat yang susah juga bersama-sama. Wujudkah makhluk Allah begini? Tentunya wujud..dan saya telah merasainya..kerana apa? Kerana memilih ISLAM sebagai jalan hidup!

p/s: gambar takde^_^

entri ni ringkas, sekadar untuk berkongsi..

Thursday, April 21, 2011

DARI MEJA STUDY BAKAL GURU..

Aduh, kepala rasa berat. Macam nak muntah.. Hidup tak tentu, makan tak endah..ya Allah, kenapa ni?......hehe, takde apa-apa sebenarnya..saja buat gimik intro. Tapi memang inilah separuh realitinya saya sejak dua menjak ini. Kadang-kadang, orang beri mesej tak baca penuh sampai habis, tak sempat nak makan, tak sempat nak fikir lain-lain. Kecuali facebook, tak boleh tinggal laaa. At least, kena buka sekejap. Yelah, buat kerja menghadap laptop, dan ada pula kemudahaninternet. Kalau tumpu pada assignment, jawabnya sekejap sahajalah boleh bertahan.

Tugasan apa yang teruk sangat ni? Mengalahkan PSM.Tentunya autocad. Perlu cipta basikal inovasi. Siapkan latihan mingguan lagi. Yang mingguan tu, buat last minit sebab autocad tidak dapat diinstall pada mulanya disebabkan laptop yang tidak cukup space dan masalah virus kot. At last, pinjam laptop kakak. Yelah, siapa yang boleh pinjamkan laptop sendiri pada kawan kan, sedangkan dorang pun ada banyak tugasan lain yang nak disiapkan. Lambatnya baru terfikir jalan penyelesaian. Tapi, takpe, semuanya dah berlalu. Yang penting sekarang, berusaha. Dan Alhamdulillah, hari ini(khamis) dah pun present basikal autocad. Bab basikal dah selesai, cumanya perlu diperbaiki lagi untuk dapatkan markah yang lebih baik. So, tak boleh nak berehat lagi.

“Sebenarnya saya mengharapkan lebih daripada kamu semua. Boleh sahaja saya nak Tanya soalan-soalan yang sepatutnya perlu ada pada basikal, tetapi saya tahu kemampuan kamu. Yelah, kita nak melahirkan guru yang mempunyai kemahiran yang pelbagai, justeru saya rasa kamu perlu buat lebih baik daripada ini. But, ini satu effort yang baik dari kamu semua sampaikan saya dengar tak tidurmalam, lupa nak makan. Boleh baiki lagi seperti komen saya kemukakan tadi, sampai minggu depan boleh hantar folio.” Ujar en.syafi’i (lebih kurang macam tu la) di dalam kelas sesudah semua kumpula membuat pembentangan.

Saya kira ini tidak adil bagi kami yang belajar hanya sedikit, tetapi tugasannya advance sangat. Macam inilah mahu melahirkan seorang guru. Silibusnya mesti lebih tough daripada student yang engeneering, politeknik, masakan dan lain-lain lagi. Berbeza antara belajar sekadar hanya perlu difahami, tetapi sebagai bakal guru, perlu memahami, berkemahiran dalam mengaitkan, dan yang penting mampu menyampaikan semula kepada pelajar nanti.

Pada mulanya, saya kira proses menjadi guru ini mudah. Rupa-rupanya susah juga. Lebih-lebih lagi pelajar kemahiran hidup. Pelbagai kemahiran perlu bukan sahaja difahami, malahan perlu dikuasai. Kerana guru bakal melahirkan seorang manusia yang bergelar insan. Insane itu kelaklah yang akan bergelar seorang akauntan, engeneer, pengusaha, cikgu semula dan lain-lain pekerjaan lagi. Kami membawa satu amanah, iaitu “MELAHIRKAN” manusia yang bergelar insan. Allahuakbar, moga Allah beri kekuatan untuk kami Berjaya memegang amanah ini kelak.

Saya teringat kata-kata seorang pensyarah Rekabentuk Industri yang mana “dari sekarang, kamu perlu mencipta identiti.” Identity yang dimaksudkan adalah identity seorang pemimpin, dari sudut akhlak, tutur kata, ketegasan, ilmu dan sebagainya. Mampukah? Berusaha dahulubaru tahu.

Jadi,belajar semata-mata untuk peperiksaan itu adalah sia-sia. Moga-moga ilmu yang dipelajari ini berkatdan mudah melekat di hati. “Ilmu itu cahaya, dan akan mudah masuk kepada mereka yang mempunyai hati yang bersih. Jadi, jagalah hati, hindari perkara-perkara maksiat dan lagha.

Lastly, selamat menghadapi minggu-minggu peperiksaan. Jangan dilupa untuk menjaga Tarbiyah diri. KepadaNya jualah kita meminta disamping berusaha.. All The Best..!!!

Saturday, April 16, 2011

~cikgu-cikgu ni..~

macam macam



Semalam sempat kami (student SPH) melakukan field trip ke hotel Grand Paragon, Johor untuk subjek penyediaan makanan. Apa yang seronok, sampai sahaja di sana, kami terus diberi peluang untuk menikmati makanan di hotel tersebut. Apa lagi, masing masing mengambil peluang keemasan tersebut untuk merasa setiapmakanan yang ada. ye lah, selama ni, dalam makmal masak, asyik masak dan serve untuk orang lainsahaja,jadi kali ni, peluang kami pula. kasihan juga melihat pekerja hotel yang serve kami, penat ke sana sini untuk melayan kerenah 98 student SPHni. Lepas satu, satu menu yang diambil. Alhamdulillah, semuanya berpuas hati dan pulang dengan perut ketat(kawan saya kata).

Puan Erna
Pn. Qistina

p/s: keluar sebentar dari kehidupan kampus yang penuh dengan tugasan yang tidak sudah-sudah. =)

Monday, March 28, 2011

BALAS MESEJ CEPAT YE!





PART 1

Assalamualaikum..sahabat-sahabat usrah, Esok kita ada usrah ye pukul 7.30 pagi di meranti..jangan lupe task yang akak bagi haritu. Mesej sunyi tanpa balasan. Naqibah menjangka bahawa ahli usrahnya akan datang kerana selalunya jika mereka ada masalah, mereka akan memberitau terlebih dahulu. Si naqibah inipun bersemangat untuk bersiap pada pagi itu. Dia meninggalkan ‘kebahagiaan’ pada hari minggunya untuk bertemu sahabat-sahabat tersebut

Hurm, tak ramai orang. Selesa sikit nak makandan berbincang, naqibah itu berbisik di dalam hati. Beberapa minit beliau menunggu di situ, sahabat-sahabat yang lain tetap tidak berkunjung tiba. Dia mengambil keputusan untuk menghantar mesej dan membuat miskol. Setelah sekian lama, tiada apa juga yang berlaku. Beliau hanya mampu menahan sabar. Kemudian, datang salah seorang daripada ahli usrahnya di meja menyapa. Alhamdulillah, ujar naqibah di dalam hati. “sorang je? Mana yang lain?”, naqibah menegur. “emm..tak tahu la akak..dorang tidur kot..penat mungkin.” “so macamana ni?takkan kita berdua je”ujar naqibah. “ Kita tukar petang la kak,boleh?”..emm..boleh juga..ok, takpelah, kita makan jela Kalau macam ni..hehe..maka makanlah mereka megi goring dengan sedikit perasaan kecewa di dalam hati si naqibah tadi.

“tolong akak untuk mesej sahabat-sahabat yang lain ye usrah petang ni”..”ok kak, nanti saya mesejkan,..apa-apa nanti saya beritahu akak”..tet tet, bunyi mesej masuk. Naqibah membuka mesej. Wajahnya bertukar sedikit kesal kerana secara tiba-tiba sahabat usrahnya tidak dapat hadir kerana kebanyakan mereka mempunyai urusan yang agak penting. Maka, hampalah lagi si Naqibah tadi.

PART 2

Hmm..dah baca? Macamana perasaan anda bila membica cerita ini. Jika anda berada di tempat naqibah tadi, bagaimana ya? Sebenarnya Di sini, saya tidak ingin menekankan berkenaan perasaan naqibah tadi, tetapi, kepentingan membalas mesej dengan segera. Banyak sebenarnya situasi lain yang boleh dikongsi, tetapi cukuplah ini sahaja. Ya sahabat-sahabat..kita memandang membalas mesej itu adalah suatu yang remeh tetapi ianya adalah sangat penting bagi si pemberi mesej. Mereka mungkin mahukan jawapan yang segera dan mungkin apa yang ditanya adalah sangat penting pada si pemberi mesej walaupun yang menerima menganggap ianya biasa. Bila ianya tidak mendapat kerjasama yang baik, makanya ianya mungkin akan mengecewakan orang lain. Dan dalam tidak sedar juga kita sebenarnya memberi beban lain kepada orang yang memberi mesej. Mungkin kerjanya tergendala, masanya terbuang, kreditnya habis, hatinya sedikit kecewa. Ha, nah...dahsyat juga ya kesannya..jadi sahabat-sahabat, lepas ni nak balas mesej tak...fikir-fikirkanlah..selamat beramal..=)

Ps//-ubat hati dengan mengadu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah penunjuk jalan keluar yang terbaik..dan berbaik sangka mengelakkan stress...

Friday, March 25, 2011

DIMANA KESUDAHANNYA?



Pada akhir akhir ini kita dikejukan dengan isu serangan beberapa buah Negara barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat ke atas Libya. Ianya bermula pada 18 Mac di mana Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan sokongan Liga Arab telah meluluskan resolusi tindakan ketenteraan bagi menghalang presiden Libya, Muammar Gaddafi membunuh rakyatnya yang memberontak. Dua hari selepas resolusi itu diluluskan, AS dan sekutunya iaitu Britain dan perancis telah menyerang Libya secara besar-besaran.

Daripada serangan ini, dapat kita lihat implikasinya dimana serangan udara Amerika ke atas Libya telah mengorbankan ramai rakyat yang tidak bersalah. Bertentangan dengan matlamat yang dikemukakan oleh presiden Amerika Syarikat iaitu Barack Obama dimana beliau menyatakan bahawa campur tangan itu dibuat kerana Muammar Gaddafi mengecam nyawa orang awam dan untuk menghentikan tindakan gaddafi menyekat revolusi menentang pemerintahannya sejak 15 Febuari yang lalu.

Diperingkat Persatuan Mahasiswa Islam sendiri peristiwa ini dianggap satu PENCEROBOHAN sekalipun mereka menggunakan alasan mahu menjaga dan melindungi rakyat Libya daripada terus dizalimi oleh Presiden Gaddafi. Pada resolusi PBB 1973 hanya inginkan pembelaan rakyat Libya bukannya serangan yang memusnahkan Bandar-bandar dan membunuh rakyat yang tidak bersalah.

Saya bimbang peristiwa ini akan mengulangi apa yang berlaku ke atas Iraq dan jjuga Afghanistan. Bagi saya bagaimana Amerika sanggup melakukan kekejaman ini sedangkan tindakan ini bercanggah dengan slogan ‘anti keganasan ‘ yang mereka laungkan.

Kami diperingkat Persatuan Mahasiswa Islam ingin menyatakan kebimbangan jika serangan ini lebih didorong oleh kepentingan barat dan bukannya untuk membela nasib rakyat Libya. Jika kita soroti sejarah, kita takut Amerika akan mengulangi kesilapan yang pernah dibuat oleh Itali dimana telah menyerang pada Oktober 1911 untuk menjajah Libya. Sebaliknya apa yang berlaku, mereka hanya dapat berbuat demikian setelah berperang selama kira-kira 20 tahun. Cuba banyangkan sahabat-sahabat sekalian, dalam tempoh 20 yahun itu pelbagai penderitaan yang dialami oleh rakyat Libya ketika itu. Tetapi apa yang berbeza kali ini adalah penjajahan bukanlah secara langsung, sebaliknya berselindung dengan alasan untuk membantu rakyat Libya.

diperingkat Persatuan Mahasiswa Islam sendiri juga kecewa terhadap kegagalan kepimpinan Presiden Gaddafi dalam menyelesaikan konflik dalaman negaranya. Sepatutnya sebagai pemimpin beliau perlu mendengar tuntutan rakyatnya supaya berundur. Saya ingin memetik kata kata Prof Azmi, Dekan Fakulti Tamadun Islam dimana beliau berkata ‘pemerintahan kuku besi yang dibawa oleh presiden Libya ini seharusnya dihentikan’


serangan barat ini secara tidak langsung akan mengakibatkan system pemerintahan Libya rosak dan kucar kacir. System dan pertahanan ekonomi runtuh dan hasilnya rakyat akan hidup dalam keadaan lebih teruk dari sebelumnya. Pembinaan semula Negara selepas ini tidak akan berlaku dengan baik kerana tiang-tiang utama Negara telah hancur dibedil Amerika dan sekutunya. Pembangunan semula pasti memerlukan modal yang besar dan masa yang panjang. Sepanjang tempoh itu, rakyat akan merana dan hidup dalam kesusahan.

Justeru, dapat kita lihat implikasinya di sinidan sama-sama bermuhasabah dan berdoa semoga peperangan ini dihentikan. Oleh itu sekali lagi di sini, saya mengecam tindakan Amerika dan kecewa dengan cara pemerintahan Presiden Libya tersebut.