Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dlm isi ikan..tp,bl ikan tlh mati,secubit grmpun sudh cukup untuk memasinkannya..begitulah HATI, hati yg hidup sgt sukar dinodai,tp bl hati telah mati,mudhnya dipengaruhi..mg Allah sentiasa pelihara hati kita..HATI yg dpilih Allah utk mndpt hidayahNYA ..sudah tentu hati yg menyesali akn dosanya..
Saturday, February 23, 2013
Boleh atau Boleh, InsyaAllah?..
A: Jemput datang ke majlis kami ahad ni ye.
B: owh, tahniah..ok, bereh2..
Atau
A: Jemput datang ke majlis kami ahad ni ye.
B: Alhamdulillah, tahniah..insyaAllah, saya pasti hadir..
Yang mana satu cara percakapan yang kita biasa? ayat berbentuk janji yang kita yakin dapat laksanakan atau ayat yang beserta 'insyaAllah iaitu dengan izin Allah, kita boleh lakukan. Cara percakapan begini menggambarkan kerendahan hati kita kepada Allah. Ini adalah kerana kita selaku insan yang lemah, tanpa kudrat dariNya, manakan kita mampu bergerak, berjalan, merancang dan berjaya. Manalah tahu, semasa dalam perjalanan, ada musibah yang menyebabkan kita tidak mampu untuk sampai. Semua itu di dalam kuasa Allah. Manusia merancang, tetapi Allah sebaik2 perancang.
Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 23-24:
"Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi (23) kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: "Mudah mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini" (24).
Menurut riwayat ayat ini diturunkan sebagai pelajaran kepada Nabi Besar Muhammad s.a.w. Hal ini berlaku ketika mana ada beberapa golongan Quraisy yang datang berjumpa baginda ingin bertanyakan hal berkaitan roh, kisah Ashhabul Kahfi, dan Zulkarnain. Baginda menjawab kepada mereka datanglah esok pagi agar baginda boleh menceritakannya.Walaubagaimanapun, wahyu terlambat turun pada esoknya menyebabkan baginda tidak dapat menceritakannya dan menjawab pertanyaan yang telah dikemukakan. Oleh itu, ayat-ayat ini diturunkan untuk memperingatkan baginda untuk sentiasa mengucapkan kalimah ini bagi membuat sesuatu pada masa akan datang.
Terdapat suatu kisah di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Qalam yang menerangkan kepentingan kalimah ini. Di dalam surah ini Allah SWT telah menceritakan berkenaan pemilik-pemilik kebun yang telah dimusnahkan kebun mereka oleh Allah SWT. Ini kerana mereka tidak mahu mengeluarkan sedikit hasil kebun mereka untuk orang miskin. Mereka telah bersumpah untuk memetik buah-buahan di kebun-kebun mereka keesokkan harinya tanpa mengucapkan Insya Allah. Tatkala mereka tidur kebun-kebun mereka telah dimusnahkan buah-buahannya oleh Allah SWT. Setelah mereka melihat keesokan harinya kebun-kebun mereka, mereka telah bertaubat dan mengatakan bahawa mereka adalah orang yang tidak dapat menikmati hasil kebun-kebun mereka.
Dari sini dapat dilihat bahawa mereka mempunyai rancangan untuk memetik buah-buahan tetapi tidak menyebut Insya Allah. Oleh itu, Allah SWT telah menggagalkan niat mereka dan telah menyebabkan kerugian kepada mereka. Oleh itu, kita perlu sentiasa menyebut Insya Allah apabila hendak melakukan sesuatu moga-moga Allah SWT memberikan hasil yang kita kehendaki.
Sandarkan Allah dalam setiap perkara, InsyaAllah Allah pasti mudahkan..
Dengan Izin Allah... biiznillah
Sunday, January 6, 2013
Wait, i'm thinking..i'll be Back soon!!!
Berhabuk, bersawang...siapalah penulis blog ni...ish2x
Sepertinya, mahu kembali menulis..
Apa-apapun, doakan saya dan sahabat-sahabat yang sedang menjalani imtihan di UTM dan kampus-kampus lain
Moga beroleh kejayaan..dan kejayaan itu bukanlah semata-mata untuk kepentingan nafsi, tetapi untuk Islam, kerana Allah..
Jangan lupe juga berdoa untuk sahabat Islam kita di palestin, syria, dan negara2 Islam yang lain,
Doa untuk ibu bapa yang menyayangi kita sejak kecil
Moga urusan sahabat-sahabat dipermudahkan, insyaallah
Hanya setakat ini dulu..
Tuesday, July 31, 2012
Jantung dan Hati..
Hei,
aku geram sungguh la dengan cerita ni. Si Bazli tu punya la baik! Kalau aku la,
elok dibunuh je si Nadira tu!. Dengan emosi cik Lin memberi ulasannya semasa
menonton drama Dejavu gunung Kinabalu. Erk!, aku tak terkata apa-apa. Dalam hati,
‘wah, ganasnya! Cerita je pun’.. kau tak rasa apa-apa ke laila tengok cite ni? Soalan
cik Lin menuju kepadaku. ‘Emm, hehe, tak
pun.. kalau saya kat tempat dia, saya redha je..heeee’. aku membalas. Kau ada ‘boyfren’
tak? Tanya cik lin lagi.. dengan pantas aku menidakkan. Emm, patutla..jawab cik
Lin yang lebih banyak makan asam garam lebih dulu dari aku.
Isunya,
apa kaitan perubahan tingkahlaku dan perasaan dengan pemindahan jantung yang dilakukan oleh Nadira? Isu ini
dilontarkan kepada saya dan rakan serumah yang lain. Saya hanya menjawab
sedikit berkenaan dengan jantung dan hati berdasarkan pembacaan melalui majalah
solusi yang lalu iaitu berkenaan salah faham ta’rifan jantung dan hati. Tarjemahan
maksud qalbu/heart yang difahami sebelum ini sebenarnya adalah salah. Kelaziman
bukan bermakna betul, manakala membetulkan sesuatu yang lazim bukanlah suatu
perkara mudah.
Berkenaan
dengan sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging,
apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah
ia adalah hati!”. Mengapakah Nabi s.a.w menyebut ‘hati’ tidak
menyebut jantung sedangkan jantung adalah organ terpenting dan penentu dalam
tubuh manusia.
Dalam
hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim itu, Nabi s.a.w tidak pernah
menyebut ‘hati’, sebaliknya menyebut al-qalb iaitu jantung. Adapun hati dalam
bahasa Arab disebut kabid. Namun, malangnya dalam bahasa Melayu jantung selalu
diterjemah sebagai hati. Sedangkan bahasa Inggeris menterjemah dengan betul
iaitu ‘heart’ yang bermaksud jantung.
Qalb dan Qulub
Al-Quran
dan Sunnah menggunakan perkataan qalb (jantung) atau qulub
(jantung-jantung) sebagai kata jamak atau plural untuk qalb.
Sejak dahulu perkataan qalb difahami oleh orang Arab sebagai organ
yang tergantung dalam tubuh manusia.
Dalam
kamus rujukan bahasa Arab yang terpenting, iaitu Lisan al-‘Arab, pengarang Ibn
Manzur (meninggal 711H) menyatakan: Al-Qalb: segumpal daging dari fuad
(jantung) yang tergantung dengan urat besar tempat ia bergantung” (Ibn
Manzur, Lisan al-‘Arab 1/687, Beirut: Dar al-Fikr).
Disebabkan
perkembangan ilmu perubatan, maka dalam kamus Arab moden takrifan lebih
terperinci. Dalam al-Mu’jam al-Wasit disebut: “al-Qalb ialah organ berotot
dalaman yang menerima darah daripada salur darah dan mengepam ke arteri”
(al-Mu’jam al-Wasit, 2/753)
.
Ini
sama dengan maksud jantung dalam Kamus Dewan Bahasa: “Organ berotot yang
mengepam darah ke seluruh badan” (Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-3, 519).
Jantung
adalah organ berotot yang menjalankan peranan mengepam darah ke seluruh tubuh
manusia (dan sebahagian daripada haiwan), manakala hati penting dalam sistem
penghadaman.
‘Qalbun’
dan ‘heart’ dalam konteks organ dan anatomi tidak dapat disangkal bahawa
perlu diterjemahkan sebagai jantung dan bukannya hati. ‘Heart disease had
caused his death’ sepatutnya difahami sebagai ‘penyakit jantung telah
menyebabkan kematiannya’ dan bukannya ‘penyakit hati telah menyebabkan
kematiannya’.
Perubahan
psikologi akibat pemindahan jantung diakui sendiri oleh Claire Sylvia menerusi
buku A Change Of Heart - A Memoir (tulisan bersama William Novak) yang
diterbitkan pada 1997. Beliau menerima
jantung ‘baru’ pada tahun 1988 sewaktu berusia 47 tahun. Jantung tersebut milik
seorang pemuda 18 tahun yang mati akibat kemalangan jalanraya sewaktu
menunggang motorsikal.
Claire,
penari profesional dan ibu tunggal mendapati dirinya memiliki beberapa kelakuan
dan sifat ‘ganjil’ (berbanding sebelum menerima jantung ‘baru’) yang apabila
diselidiki, dimiliki oleh pihak penderma jantung. Sejurus mengalami pembedahan
pemidahan jantung, beliau ditemubual. Tidak semena-mena Claire menyuarakan
keinginan untuk minum bir, padahal beliau bukanlah peminum bir
sebelumnya
Selang
lima hari, semakin banyak perkara pelik berlaku. Claire mahukanbeberapa makanan
yang langsung tidak digemari sebelumnya. Ini termasuklah coklat Snickers, cili
besar hijau dan naget ayam Kentucky Fried Chicken. Malah, personality beliau
turut berubah.
Ujar
Claire, “Saya menjadi semakin maskulin. Semakin agresif dan asertif…” Pada suatu
hari, anak gadis beliau, Amara menegur, “Kenapa ibu berjalan begitu (macam gaya
lelaki berjalan)?” Beliau juga sudah tidak minatkan lelaki sebagaimana sebelumnya,
sebaliknya minatkan seorang wanita berambut blonde!
Selain
itu, kisah yang berkaitan dengan jantung juga di mana tubuh seorang gadis bukan
Islam tidak dapat menerima jantung milik seorang budak lelaki, pelajar sekolah
tahfiz al-Quran yang mati akibat kemalangan jalanraya. Ada pandangan yang
mengatakan bahawa jantung turut menyimpan memori lantaran sebahagian daripada
darah pernah melewati otak dan turut menyalin kod memori.
Wallahua’lam.
Maha suci Allah yang maha mengetahui lagi maha Bijaksana..
Jika ingin lebih memahami, boleh baca tulisan blog yang lain...
Sumber rujukan:
Monday, July 16, 2012
Let pictures talk - Warming up Ramadhan
Tengah loading Ramadhan..Lagi beberapa hari lagi kita akan berada di bulan Ramadhan.. teruja x? jom tengok beberpa wallpaper yang mungkin boleh membantu top up amal nak hadapi Ramadhan ni..
Semasa menghadapi Ramadhan..
Moga menjadi muslim terbaik di sisi Allah
Lastly, Happy Puasa..Do our best!!!
Saturday, June 30, 2012
life is easy but sometimes it is complicated..
Dari melihat alam dan penghuninya kita mampu belajar
sesuatu. Manusia bukan statik. Analogi seperti roda terkadang di bawah,
terkadang berada di atas. Orang yang muda tidak selamanya muda. Muda juga bukan
jaminan untuk hidup lebih lama. Melihat kehidupan kita pun sudah cukup untuk
membuatkan kita untuk berfikir. Saya melihat anak saudara yang dahulunya kecil,
dan sekarang sudah mula membesar, jiran-jiran sebaya mak dan abah yang
dahulunya banyak melakukan aktiviti
bersama sekarang sudah mula ada garis kedut pada wajah mereka. Masing masing
mempunyai masalah kesihatan tersendiri. Melihat juga rakan sepermainan saya
semasa kecil dahulu kini sudah pun berumahtangga kerana sudah sampai masa
mereka.
Inilah kehidupan, dahulunya kita tidak bersedia untuk
menghadapi sesuatu akhirnya kita telah pun melaluinya. Sempat juga saya membelek akhbar berkenaan
kampus bertajuk peguam muda. Mereka menyertai sesi perbicaraan. Saya tertanya
di dalam diri, bersediakah mereka? Kemudian saya tersedar dan bertanya pada
diri, bersediakah aku untuk menjadi guru tidak lama lagi. Mungkin juga kerana
saya ragu ragu dengan kemampuan diri. Tetapi, untuk setiap perkara bersedia ataupun tidak, kita tetap akan menghadapinya. Baru sahaja
selesai Latihan Mengajar setelah 13 minggu. Jika dulu, agak sedikit takut
takut, tetapi saya telah pun berjaya menghadapinya.
Setiap hari, usia bertambah. Jika muda sekarang, beberapa
tahun akan datang kita semakin menjangkau usia. Menjadi golongan tua
menggantikan ibu bapa kita. Individu di sekeliling kita juga mungkin akan
berubah. Jika kini kita bersama ramai teman, akan datang kita melalui hari hari
tanpa mereka kerana setiap individu mempunyai impian sendiri untuk dilakar. Proses belajar,
bekerja, berumahtangga, melalui hari2 tua dan akhirnya bertemu yang Esa.
Singkat hidup ini sebenarnya. Seolah olah ianya tempat kita bercucuk tanam dan
hasilnya akan dikira kelak di alam timbangan.
Ya, akhirnya kita akan kembali kepada yang Esa. .
Allah menjadikan alam dan penghuninya untuk kita berfikir..kerana
Allah menciptakannya bukan sia sia..
Di mana saya? Di mana anda?
” Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji
kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha
Pengampun.” [ Al- Mulk 67: 2]
Sunday, May 20, 2012
Sahabat kanak-kanak Rasulullah...
Pertama kali melihat
tajuk buku ini, saya sangat teruja dan tertarik untuk memilikinya. Sekarang,
dah siap sampul lagi. Sebenarnya, bagaimana kita boleh tertarik dengan sesuatu
adalah disebabkan faktor perjalanan kehidupan kita. Seperti saya, saya amat
tertarik dengan bacaan ini kerana saya sedang berhadapan dengan kanak kanak
yang sedang membesar menjadi remaja di sekolah. Saya juga ada membeli buku ‘cinta
high class’, tetapi saya belum mampu
untuk menghabiskannya mungkin kerana saya bukan dalam kalangan mereka
yang sedang bercinta, berkahwin dan sebagainya.
Ok, berbalik kepada
tajuk buku ini, sahabat kanak-kanak Rasulullah. Saya kira, buku ini sangat -menarik
untuk dibaca oleh semua golongan pembaca. Buku ini mengisahkan :
-Bagaimana
Rasulullah S.a.w hidup dan bergaul dengan kanak-kanak?
-Bagaimana
beliau menerima mereka dikala menghampiri Rasulullah?
-Bagaimana
baginda bergurau dengan mereka?
-Bagaimana
Nabi mengasuh anak-anak tirinya, putera dan puteri ibunda kaum mukmin?
-Bagaimana
baginda mencurahkan kasih dan mendidik putera puteri sahabat
-Bagaimana
baginda membimbing mereka yang mulai meningkat dewasa?
Kebanyakan tokoh-tokoh
hebat seperti Anas ibn malik, Abdullah ibn Zubair, Hasan al- Basri, zaid ibn
Tsabit dan sebagainya kesemuanya bersama-sama Rasulullah semasa zaman kecil
mereka. Mereka dilayan dengan baik oleh Baginda sehinggakan terbentuk pemuda yang hebat apabila dewasanya. Bila direnung
pula dengan cara kita melayan adik, anak saudara, kanak-kanak terdekat kita,
adakah selembut Rasulullah? Tentu sekali tidak bukan.
Dalam membimbing kanak
kanak, Rasulullah adalah contoh terbaik. Dalam satu kisah menceritakan
berkenaan dengan kisah Anas dimana suatu ketika, Nabi menyuruh Anas untuk suatu
keperluan. Ditengah jalan, Anas melihat anak anak sedang bermain. Dia pun
menyertai mereka sehinga melupakan perintah Nabi. Sedang asyik bermain,
tiba-tiba Rasulullah memegang bahunya. Lalu sambil tersenyum, baginda berkata, “Hei
Unais, kerjakanlah perintahku”. Kasih sayang dan kelembutan Rasulullah itu
bukan hanya kepada Anas, tetapi juga kepada seluruh pelayan dan para bekas
hamba sahaya baginda. Anas berkata, “lima belas tahun melayani Nabi, belum
pernah sekalipun Baginda membentak, baik di dalam rumah mahupun di luar rumah. Walau
apa pun yang kulakukan, baginda tidak pernah mengatakan ,”kenapa hasil kerjamu
seperti ini?! Atau “buruk sekali hasil kerjamu!” atau jika aku tidak dapat
melakukannya, baginda tidak pernah mengatakan , ‘kenapa tidak kau buat seperti
ini?!’ Baginda sama sekali tidak pernah mencelaku, termasuk jika aku lambat
melaksanakan perintah. Jika ada salah seorang keluarganya mencelaku, Baginda
akan mengatakan, ‘jangan hiraukan. Jika memang ditakdirkan kau dapat
melakukannya, kau pasti dapat”.
Ini adalah
antara picisan kisah-kisah di dalam buku ini. ada banyak lagi kisah kisah
Rasulullah bersama kanak kanak sehinggalah waktu wafatnya baginda. Saya kira, amat
menarik juga untuk anda baca buku ini. Jika dibandingkan dengan zaman kini,
sangat jauh bezanya dari sudut didikan dan layanan terhadap anak anak.
Baginda s.a.w.
sendiri menegaskan bahwa kedatangannya adalah untuk menyempurnakan akhlak yang
ada pada diri manusia, “Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan
akhlak.” (HR.Ahmad, lihat Ash Shahihah oleh Asy Syaikh al Bani no.45)
Buku ini mengisahkan cerita unik masa kanak-kanak yang lurus dan jernih dalam rangkaian sejarah agung kenabian. Dengan menggambarkan kehidupan Nabi bersama anak anak, buku ini menggambarkan bagaimana ibu bapa ( emm,,bukan ibu bapa sahaja, kita semua) mesti bergaul dan memperlakukan anak anak supaya nanti mereka menjadi peribadi peribadi soleh dan cemerlang di dalam masyarakat.
Akhir kalam, Saya tertarik untuk berkongsi bait kata kata yang diambil dari blog iluvislam:
Kasih sayang tidak memadai
Doa tidak mencukupi
Ilmu keibu-bapaan tidak datang dengan sendiri
Timbalah ia bersungguh-sungguh seikhlas hati
Agar anak menjadi insan yang hebat dan pandai berdikari
Oleh itu, carilah ilmu
agar anda mudah memahami..
Monday, April 2, 2012
jangan menunggu mereka berubah melainkan kamu UBAH CARA!
1D/E/F
Hari ini, hasanah pulang dengan mood yang tidak berapa baik.
Geram dengan kerenah pelajar tingkatan 1 D/E/F. Hendak menangis pun ada bila
difikirkan kembali. Tidak mahu mendengar kata langsung! Apa lagi yang hasanah
mampu lakukan selain bersabar. Hasanah tidak
pernah mengalami situasi sebegini semasa di sekolah satu ketika dahulu. Kawan kawannya
dulu yang super nakal pun tidak begini. Di sini bagaikan dia mengalami school
culture shock! Bagaikan mahu mengalah sahaja untuk tidak masuk ke kelas mereka rasanya.
Hasanah malu dengan guru pembimbing
kerana tidak mampu untuk mengawal kelas dengan baik. Entah bila rasa geram ini
akan surut. Beberapa kali hasanah beristighfar di dalam kelas tadi. Jika dapat
dicubit, hendak saja rasanya dicubit! Kelas yang terdiri daripada semua pelajar
lelaki. Hasanah seorang perempuan
mengawalnya! Untuk menyampaikan sepatah ayat pun amatlah susah dan mencabar. ” Ohhh..anak
muridku..berapa lama lagi cikgu boleh bertahan dengan keadaan sebegini”,
hasanah meruntun rasa.
Positif..positif..positif…pasti ada jalannya..hati memujuk. Solat
hajat banyak banyak untuk lembutkan hati mereka lebih-lebih lagi Chinese student.
Pernah dulu semasa pertama kali hasanah dan kawan kawan yang lain menjejakkan
kaki di sana, seorang guru pernah berpesan, “mengajar bukan mudah, lebih lebih
lagi pelajar cina. Senakal nakal pelajar islam, mereka masih boleh mendengar
kata kerana mereka ada kalimah ‘bismillah’, insyaAllah.
1 KAB
Hari ini cikgu hasanah pulang ke bilik guru dari kelas 1 KAB
dengan perasaan senang hati kerana dapat menyempurnakan amanah yang diberi
untuk mengajar mata pelajaran sejarah. Bercerita berkenaan kegemilangan
pentadbiran kesultanan Melaka, selain berkenaan dengan sultan melayu, hasanah cuba
menyelitkan penerangan dengan cerita sultan Muhammad al fateh iaitu berkenaan dengan cara kepimpinannya. Alhamdulillah, dia
merasa puas pada pagi itu. Mod gembira ^_^
Ironinya, Zaman yang dilalui pelajar pada hari ini jauh
berbeza daripada zaman yang telah kita hadapi. Cabaran dan gaya hidup pelajar
telah mengalami perubahan sehingga menjadi semakin sukar dan kompleks seiring
kemajuan sains dan teknologi. pelajar zaman ini lebih matang dan lebih berani
untuk bersuara.
Guru-guru di sekolah sekarang ‘berkerut dahi’ mencari kaedah
terbaik berdepan kerenah pelajar nakal atau bermasalah dalam pelajaran. Jadi, kesimpulannya
(setelah berfikir lama) bukan hanya tunggu pelajar ubah diri mereka, tetapi anda sebagai guru
perlu ubah cara! Jangan mudah mengalah!
Untuk membangkitkan motivasi, Hasanah menjenguk beberapa
kisah kisah guru di internet.., owh, mereka sudahpun merasainya. Nah, sekarang
giliran AKU untuk merasainya!
Padan muke, sape
suruh nak jadi cikgu!(erk, ni kata kata dari seorang guru lama kepada guru
praktikal)
Subscribe to:
Posts (Atom)




















