Sunday, July 12, 2009

bElAJar dArI pEnGaLaMaN




Assalamualaikum…

Alhamdulillah,dengan izin Allah,dapat juga saya saya berkongsi bersama pembaca blog. Cumanya sekarang mungkin situasi sahaja yang berbeza. Terasa rindu pula dengan sahabat-sahabat seperjuangan di utmkl..insyaALLAH,kita akan bertemu waktu konvo nanti..em,,Cuma ingin berkongsi pengalaman selama mana bekerja selama sebulan di akedemi Tahfiz Bestari. Pengalaman bekerja selama sebulan saya kira amat menarik,amat memenatkan,dan macam-macam rasa yang tidak mampu untuk diluahkan. Saya bekerja sebagai tenaga pengajar bagi adik-adik tahun 4,5dan6. Teringat lagi kata-kata irfan,7 tahun..’tak nak la pegi sebelah,nanti ustaz marah!irfan jawab,nta rakut ustaz?ana tak takut ustaz,,ana takut Allah..emm..terpana saya mendengarnya.yelah,adik yang berumur tujuh tahun dapat bercakap sehebat itu..bercakap ‘ana’ ‘anta’ pulak tu..dalam hati saya mendoakan moga dia menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti..

Apa yang saya ingin kongsikan di sini,pentingnya mendidik anak-anak mengenal Allah sejak dari mereka kecil lagi. Saya percaya,sekiranya ibu bapa mampu berbuat demikian,insyaALLAH anak-anak akan mudah dididik apabila mereka mula meningkat dewasa..kuncinya di sini,kita perlu banyak bersabar dalam mendidik kerana pastinya anak –anak akan bertanya pelbagai soalan yang kadang-kadang berulang,tetapi itulah proses pembelajaran bagi mereka. Begitu juga apabila kita menjadi seorang pendidik atau seorang guru.Tugasnya saya kira amatlah mencabar kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah pelajar. Kerana apa yang pasti,tahap pemikiran mereka bukanlah semuanya sama,tetapi masing-masing berbeza dari segi tahap IQ,kesungguhan,pemikiran,dan tahap kenakalannya. Mungkin teori ini tidak tepat,tetapi saya bercakap melalui pengalaman. Kuncinya kita perlu bersabar,tetapi bersabar itu tidak cukup kerana seorang pendidik memerlukan ilmu dan skill yang menarik supaya apa yang disampaikan dapat diadaptasi oleh pelajar . Dan sekarang baru saya faham istilah ‘syok sendiri’.yelah,mungkin kita mempunyai ilmu yang banyak,tetapi apa gunanya sekiranya apa yang kita cuba sampaikan tidak dapat difahami dan tidak dapat menarik minat orang yang mendengar..p/s.. em..Bukan mudah juga kan untuk menadi seorang guru.

Dan sekarang,saya bergelar seorang mahasiswa sekali lagi. Tetapi keadaannya amatlah berbeza dari menjadi mahasiswa yang dulu. Berbeza kerana suasana yang berbeza,sahabat yang berbeza,couse yang berbeza,dan segala-galanya berbeza. Em,tukar coure bukan bermakna berputus asa,tapi mungkin terlalu exited untuk menadi seorang pendidik. Saya kira lebih besar tangggungawab yang bakal dipikul kelak. Tapi,apa yang pasti,saya mempunyai perancangan tersendiri walaupun terpaksa berada di sini selama 4 tahun..huhu..tapi,insyaAllah ok,sebab masih ada sahabat sefikrah yang lain di sini.Kerana bagi saya,selama ini,sahabat-sahabatlah yang menadi penguat saya. Satu pesanan,Nilai persahabatan jangan dilupa kerana sahabat yang istimewa yang menerima kita apa adanya,melalui pelbagai keadaan susah dan senang bersama,kerana sahabat mengajar kita erti menadi matang,berfikir sebelum bertindak atau berkata-kata ..insyaALLAH dengan izinnya..indah kan nikmat sahabat yang Allah hadiahkan pada kita. Apabila rasa sayangnya terasa,pasti rindu juga amat terasa bila tidak bersama. Tetapi jangan sekali-kali jadikan ini sebagai kelemahan kita kerana Allah lebih tahu apa yang dilakukan dan ketentuan untuk kita olehNYA.

No comments: