Wednesday, May 6, 2009

Taubat


Assalamualaikum..
Sekadar untuk berkongsi bersama sahabat-sahabat…..sepanjang kita bergelar hamba Allah dan juga khalifah di muka bumi Allah ini, pasti pernah air mata jatuh dari pipi. Tidak kiralah samada seorang lelaki ataupun perempuan. Cumanya,kenapa dan bagaimana sahaja,itu yang berbeza. Mungkin ada yang menangis kerana kecewa,kehilangan sesuatu,diuji dengan dugaan yang tidak mampu rasanya untuk ditanggung dan pelbagai lagi. Tetapi sejauh mana pula kita menangis kerana Allah? Menangis kerana terasa diri telah melakukan dosa dan takut sekiranya Allah tidak mengampunkan kita,bimbang kerana diri sentiasa lalai dalam mengingati Sang Pencipta, juga kadangkala leka untuk mengagungkan ciptaannya dengan berzikir memuji kebesarannya.
Hakikat insan itu pelupa dan sentiasa lupa..
Tahukah sahabat-sahabat, semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Sekarang,cuba nilai diri kita sendiri. Adakah apabila kita terasa melakukan dosa kepada ALLAH, adakah kita masih mempunyai sifat malu pada diri,malu pada Tuhan yang menciptakan diri,adakah kita cepat-cepat bangun dan solat taubat serta beristighfar kepadaNya.,memohon keampunan daripada Allah pencipta jasad kerdil ini??..Sekarang,cuba bandingkan diri kita dengan kisah Nabi Adam tadi..Tidakkah malu rasanya pada diri,rasanya telah banyak kita lakukan dosa dan kekhilafan,tetapi seringkali terlewat untuk memohon ampun kepadanya..Lewat untuk membasahkan bibir dan pipi kerana menyesali akan dosa yang telah dilakukan..
Bersyukurlah sekiranya masih dikurniakan Allah sifat malu ini kerana dengannya akan menjadi benteng untuk kita dari melakukan dosa..sekiranya tiada,na’uzubillah..mohonlah padaNya supaya dilembutkan hati,dikuatkan lagi iman,diberikan kekuatan…Sesungguhnya,Allah itu Maha Pengampun, Maha penyayang dan Pendengar yang Terbaik..

No comments: