Friday, March 25, 2011

DIMANA KESUDAHANNYA?



Pada akhir akhir ini kita dikejukan dengan isu serangan beberapa buah Negara barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat ke atas Libya. Ianya bermula pada 18 Mac di mana Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan sokongan Liga Arab telah meluluskan resolusi tindakan ketenteraan bagi menghalang presiden Libya, Muammar Gaddafi membunuh rakyatnya yang memberontak. Dua hari selepas resolusi itu diluluskan, AS dan sekutunya iaitu Britain dan perancis telah menyerang Libya secara besar-besaran.

Daripada serangan ini, dapat kita lihat implikasinya dimana serangan udara Amerika ke atas Libya telah mengorbankan ramai rakyat yang tidak bersalah. Bertentangan dengan matlamat yang dikemukakan oleh presiden Amerika Syarikat iaitu Barack Obama dimana beliau menyatakan bahawa campur tangan itu dibuat kerana Muammar Gaddafi mengecam nyawa orang awam dan untuk menghentikan tindakan gaddafi menyekat revolusi menentang pemerintahannya sejak 15 Febuari yang lalu.

Diperingkat Persatuan Mahasiswa Islam sendiri peristiwa ini dianggap satu PENCEROBOHAN sekalipun mereka menggunakan alasan mahu menjaga dan melindungi rakyat Libya daripada terus dizalimi oleh Presiden Gaddafi. Pada resolusi PBB 1973 hanya inginkan pembelaan rakyat Libya bukannya serangan yang memusnahkan Bandar-bandar dan membunuh rakyat yang tidak bersalah.

Saya bimbang peristiwa ini akan mengulangi apa yang berlaku ke atas Iraq dan jjuga Afghanistan. Bagi saya bagaimana Amerika sanggup melakukan kekejaman ini sedangkan tindakan ini bercanggah dengan slogan ‘anti keganasan ‘ yang mereka laungkan.

Kami diperingkat Persatuan Mahasiswa Islam ingin menyatakan kebimbangan jika serangan ini lebih didorong oleh kepentingan barat dan bukannya untuk membela nasib rakyat Libya. Jika kita soroti sejarah, kita takut Amerika akan mengulangi kesilapan yang pernah dibuat oleh Itali dimana telah menyerang pada Oktober 1911 untuk menjajah Libya. Sebaliknya apa yang berlaku, mereka hanya dapat berbuat demikian setelah berperang selama kira-kira 20 tahun. Cuba banyangkan sahabat-sahabat sekalian, dalam tempoh 20 yahun itu pelbagai penderitaan yang dialami oleh rakyat Libya ketika itu. Tetapi apa yang berbeza kali ini adalah penjajahan bukanlah secara langsung, sebaliknya berselindung dengan alasan untuk membantu rakyat Libya.

diperingkat Persatuan Mahasiswa Islam sendiri juga kecewa terhadap kegagalan kepimpinan Presiden Gaddafi dalam menyelesaikan konflik dalaman negaranya. Sepatutnya sebagai pemimpin beliau perlu mendengar tuntutan rakyatnya supaya berundur. Saya ingin memetik kata kata Prof Azmi, Dekan Fakulti Tamadun Islam dimana beliau berkata ‘pemerintahan kuku besi yang dibawa oleh presiden Libya ini seharusnya dihentikan’


serangan barat ini secara tidak langsung akan mengakibatkan system pemerintahan Libya rosak dan kucar kacir. System dan pertahanan ekonomi runtuh dan hasilnya rakyat akan hidup dalam keadaan lebih teruk dari sebelumnya. Pembinaan semula Negara selepas ini tidak akan berlaku dengan baik kerana tiang-tiang utama Negara telah hancur dibedil Amerika dan sekutunya. Pembangunan semula pasti memerlukan modal yang besar dan masa yang panjang. Sepanjang tempoh itu, rakyat akan merana dan hidup dalam kesusahan.

Justeru, dapat kita lihat implikasinya di sinidan sama-sama bermuhasabah dan berdoa semoga peperangan ini dihentikan. Oleh itu sekali lagi di sini, saya mengecam tindakan Amerika dan kecewa dengan cara pemerintahan Presiden Libya tersebut.

No comments: