Thursday, March 10, 2011

HIBURAN...SALAHKAH?



Pada akhir-akhir ini kita diberitahu bahawa akan UTM akan membawa masuk kumpulan The Times untuk membuat konsert semasa Fiesta International Johor Horse Show 2011. Konsert seperti ini saya kira tidak wajar untuk diteruskan kerana ianya seolah-olah kita sebagai mahasiswa bersetuju kea rah membentuk dan menyokong budaya HEDONISMA di kalangan mahasiswa UTM itu sendiri. Beberapa pihak seperti PMI, PRO Mahasiswa, Pusat Islam, Majlis Perwakilan Mahasiswa dan lain-lain sedang berusaha untuk menyuarakan bantahan berkenaan dengan isu ini dan saya kira ianya merupakan usaha yang sangat perlu sebagai mahasiswa yang SEDAR dan bukan sahaja meRELAkan supaya konsert ini diteruskan. Sampai juga ke telinga saya bahawa “kita, mahasiswa jangan terlalu FANATIK untuk mengharamkan sesuatu perkara!”. Fahamkah kita apa yang dimaksudkan dengan fanatic ataupun sudahkah kita koreksi diri sendiri betapa kitamasih memerlukan ilmu sebelum menyatakan sesuatu. Adakah kita merasakan bahawa diri kita ini begitu ‘alim sehinggakan boleh menentukan sesuatu tanpa merujuk orang yang lebih berilmu.

Saya tertarik dengan kata-kata dari Ustaz Ismail semasa forum Budaya Hiburan di KTC di mana beliau mengatakan bahawa jahilnya kita yang berada di sini sehinggakan tidak Nampak apa yang betul dan apa yang salah. Bagi saya, semua pihak seharusnya lebih cakna berkenaan dengan isu sensitive ini di mana setiap apa yang mahu dilakukan perlulah dirujuk terlebih dahulu kepada orang yang lebih tahu/’alim iaitu Pusat Islam berkenaan boleh atau tidak program-program seperti ini untuk dijalankan. Sahabat-sahabat, seorang pemimpin itu adalah merupakan pemimpin yang Berjaya bilamana ianya menjadikan ulama’ sebagai tempat untuk dirujuk. Begitu juga dalam kondisi institusi pengajian kita pada hari ini, perlulah merujuk siapa yang benar-benar perlu dirujuk. Sekiranya kita ditegur maka seharusnya bukan terus berkeras, tetapi cuba mendengar dan memahami. Sahabat-sahabat sekalian, Cara termudah pula untuk tidak melakukan kesilapan adalah dengan tidak melakukan apa-apa dan diam itu lebih baik. Namun apa pula jawapan kita kepada Allah taala apabila ditanya tentang usaha kita dalam persoalan ini? Saya bukalah yang arif di sini, tetapi ingin mengajak

sahabat-sahabat untuk sama-sama berfikir.

Saya ingin membawa kisah di zaman Rasulullah s.a.w di mana sewaktu dalam perjalanan untuk ke majlis keraian/hiburan, baginda Rasulullah s.a.w ditidurkan oleh Allah sehinggakan baginda akhirnya tidak pergi ke majlis tersebut. Begitu Allah menjaga Rasulullah pada ketika itu daripada hiburan-hiburan yang tidak dibenarkan.

Bagaimanakah agaknya hiburan yang dibenarkan di dalam Islam? Islam tidak meletakkan bahawa hiburan itu salah. Sedangkan pada zaman Rasulullah dahulu, ketika mana penduduk Yathrib (sekarang dikenali sebagai Madinah) menyambut ketibaan junjungan yang mulia Nabi al-Musthofa Muhammad SAW bersama-sama rombongan pengikut Baginda SAW yang dikenali sebagai Muhajirin (orang-orang yang berhijrah), mereka memukul kompang dan gendang sebagai tanda kegembiraan mereka di atas ketibaan Baginda. Oleh itu muzik adalah diharuskan selagi mana ianya tidak melarang syarat-syarat syara'.

“Wahai tuhan kami! Engkau perjelaskanlah kepada kami kebenaran..dan kau perjelaskanlah juga kepada kami semua bentuk kebatilan..semoga dengan

itu kami akan memilih pintu-pintu kebaikan..

Adakah kita senang dengan pelbagai budaya hedonism sedangkan Universiti kita ini sekarang dilabelkan sebagai sebuah Universiti Penyeldikan. Oleh itu sahabat-sahabat, tepuk dada, Tanya Iman.....wallahua’lam..

No comments: