Tuesday, March 15, 2011

MATI ITU PASTI KAN SAHABAT..



Alamak, kunci tertinggal pula. Em, macamana ni..adoyai..kebetulan pula hansetku kehabisan bateri. Otakku ligat berfikir samada mahu kekal di PSZ ataupun pulang ke bilik. Jika stay di PSZ pun tiada charger. Lagi pula kuliah tafakuh pada petang isnin ini tiada. Jadinya, setelah berkira-kira, aku membuat keputusan untuk kembali ke kolej walaupun tiada kunci bersama. Agak lama juga menunggu bas ke kolej. Dari tadi bas ke kolej KDSE dan KTC sahaja yang lalu. Hmm..perkara yang paling aku tidak suka adalah menuggu lama, tetapi oleh kerana malas untuk berjalan kaki, maka aku kekal menunggu di situ.

Kira-kira setengah jam menunggu, barulah bas muncul. Dalam perjalanan ke kolej aku bertembung dengan seorang sahabat di dalam bas. “nak pegi mana?tanyaku. owh, laila..saya nak pergi KTDI. Mana tahu ada yang boleh dibantu di sana. Jawabnya. Owh, kalau macam tu saya nak ikut jugalah. Sebenarnya nak balik bilik ni, tapi x sure rumate ada kat bilik tak. Baik saya ikut sama tolong apa yang patut kat sana. Ok?hehe..”ok ja, jom..

Sampai saja di KTDI, kami menuruni bas. Sahabat tadi menarikku untuk melintas jalan. Excited mungkin. Allah, tiba-tiba ada motor yang juga sedang bergerak laju. Terlanggar sedikit sahabat tadi dan dia terjelopok diatas jalan. Ketas A3 ku terpelanting jauh. Pada mulanya motor tadi sempat mengelak tetapi setelah itu ianya hilang kawalan dan terjatuh di tepi jalan bersama motor tadi. AllAH..aku menjadi cuak di situ. Bagaimana ni? Aku dan sahabat tadi bergegas menerpa siswi yang membawa motor tadi yang kini terjatuh bersama motornya. Aku cepat-cepat memegang bahu siswi tersebut dan bertanyakan samada dalam kondisi baik atau tidak. Jarinya sedikit luka dan berdarah tetapi kakinya tidak mengalami kecederaan. Pada zahirnya memang Nampak tiada apa-apa, tetapi kami di situ bimbang sekiranya berlaku kecederaan dalaman. Kebetulan, ada siswi lain yang berhenti dan menawarkan bantuan untuk menghantarnya ke Pusat Kesihatan. “Alhamdulillah, moga semuanya baik-baik sahaja”, hati kecilku bersuara.

Sesudah itu, kami masuk ke perkarangan KTDI dan aku merasakan kondisi sahabatku ini tidak baik kerana sewaktu kejadian, badannya terketar-ketar. Kami bergegas ke tandas dan melihat samada ada apa-apa yang cedera. Allah, sahabat, lutut dah luka dan ada lebam di kakinya, macamana ni!!. kugagahi juga melihatnya kerana aku bukanlah tegar untuk melihat darah. Pernah semasa di sekoah rendah dahulu, aku pengsan di klinik semasa melawat jiran yang kemalangan jalan raya kerana melihat darah. Kami duduk sebentar di luar tandas dan aku bergegas meminta sahabat untuk membawanya ke Pusat Kesihatan. Takut-takut berjangkit kuman lukanya.

Mati itu senang dan pasti kan sahabat-sahabat. Cumanya bukan pada hari tersebut sahaja ketetapannya. Ya Allah, andai Engkau takdirkan kami untuk mati, matikanlah kami dalam keadaan beriman YA Allah. Aku berdoa di dalam hati.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang

memperdayakan.[ali-Imran (3) : 185]

Kemudian, Allah menegaskan lagi, "Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi dan kokoh."

(QS Annisa' [4]: 78). Begitu juga surah berikut, "Setiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan, hanya kepada Kami-lah, kamu dikembalikan." (QS Al Anbiya' [21]: 35).

Berdasarkan ayat di atas, tiada seorang pun dapat melarikan diri dari kematian.Sering kita menerima perkhabaran tentang kematian seseorang, kita menganggap seolah-olah kematian itu hanya untuk orang lain. Tidak ditujukan untuk kita? Ini tidak lain kerana kita terleka dengan kesenangan dunia.Tapi bagaimanapun tanggapan kita, mampukah kita mengelak dari kematian? Pada hakikatnya kita perlu sentiasa sedar, mati akan datang pada bila-bila masa, secara tiba-tiba. Dari itu marilah kita bersedia untuk menemui Allah dengan hati bersih dari sebarang dosa.

Rasulullah SAW sendiri menyifatkan bahawa orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati. Lalu dia segera mempersiapkan diri untuk menghadapi saat itu. Dengan itu kita akam beroleh banyak manfaat dan menyediakan diri kita sebagai muslim yang suci dari segala noda dan dosa;

1. Menimbulkan rasa kecintaan dan redha terhadap segala ketentuan Allah.

2. Dapat membebaskan diri kita dari berhutang tanggungjawab yang telah Allah perintahkan[solat,puasa zakat dsb.]

3. Hati kita sentiasa merasa aman dan sejahtera. Serta dalam keadaan berbaik sangka dan ikhlas terhadap saudara muslim yang lain.

4. Kita mampu menepis godaan syaitan untuk melakukan maksiat kerana mengingati mati akan datang bila-bila masa dan secara tiba-tiba.

5. Meletakkan diri kita di jalan yang lurus lagi benar dan diredhai Allah

Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari Kiamat; dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana Dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Lukman:34)

Berdasarkan ayat ini, jelaslah bahwa pengetahuan manusia tentang kiamat, tentang hujan, tentang apa yang ada di dalam rahim, tentang usahanya besok, dimana akan meninggal. Dengan demikian meskipun manusia hebat otknya, tetapi mengenai hal tersebut manusia hendaknya mengakui akan ke Maha Kuasaan Allah.

No comments: